Thursday, December 24, 2009

KARNIVAL MOH BELIA 1MALAYSIA PERAK 2009

Bandar Teluk Intan sekarang ini penuh dengan banner dan bunting di tiang-tiang letrik menghebahkan program Karnival Moh Belia 1Malaysia. Program akan berlangsung pada 26 & 27 Disember 2009 bertempat di ARENA SQUARE .Banner & Bunting terpampang gambar YB Zainol Fadzi Exco Belia merangkap ADUN Sg Manik.

Objektif program terkandung dalam surat edaran kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta sekitar Hilir Perak ialah " Untuk menjadi satu landasan dan rumusan kepada membina dan menghargai minat para belia , disamping dapat mengisi masa senggang belia dan secara tidak langsung ia akan dapat mengurangkan kadar ejala lepak dan tidak berfaedah yang SEMAKIN MERUNCING MELANDA BELIA MASA KINI "

Sedar pulak mereka kepada gejala kurang sihat yang dialami oleh para belia !!!!

Tapi amat malang sekali kerana pengisian kepada program karnival ini seperti yang terkandung dalam surat edaran ..... confirm !!! tidak mampu mengatasi masalah yang dihadapi.

Ikuti tentatif program :

Sabtu 26 Disember

7.00 - 8.00 pagi : Senamrobik bersama EXCO Belia Ng Perak
9.15 hingga petang : Pertandingan CABARAN TERBUKA SHUFFLE

Ahad 27 Disember

7.00 pagi : Pertandingan Poco-Poco
9.00 mlm : KONSERT DI AMBANG 2010

Inilah sebahagian dari tentatif yang dipetik daripada sebahagian program.

Dulu semasa Pakatan Rakyat memerintah, program-program sebegini lebih-lebih lagi KONSERT tidak diadakan , walaupun Kerajaan BONEKA DAP sebagaimana yang didakwa oleh orang Melayu UMNO.

Tapi bila UMNO BN memerintah.... itu pun secara HARAM ..... program sebegini mula bercambah semula.....

Jadi apa tindakan kita sekarang !!!!!

MARI KITA BER....DEMO !!!!!

Monday, December 21, 2009

Pengaruh tulisan .....

Benar kata-kata Mata Pena Lebih Tajam dari Mata Pedang.

Kita melihat kebelakangan ini tulisan dalam artikel mahu pun blog sudah mampu menjulang nama seseorang. Samada berunsur kebenaran mahu pun fitnah , tetap mendapat tempat. Apatah lagi berunsur sensasi. Lagi mendapat tempat.

Ada tulisan-tulisan dalam blog , kini telah menjadi bahan oleh pemberita-pemberita yang adakalanya mampu melariskan jualan akhbar mereka. Keuntungan dijadikan fokus , bukannya kebenaran.

Justeru penulis-penulis blog diharapkan tidak menjadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan. Jadikan blog sebagai tempat mencari kebenaran dalam keadaan media arus perdana kiri kanan atas bawah membodek kerajaan.

Selamat berjuang. Semoga Konvensyen Blogger baru-baru ini akan mematangkan kita.

Friday, December 11, 2009

Singapura oh Singapura.........

Semalam aku berada sehari suntuk di Singapura. Bercuti sambil menziarahi sepupu yang dah 34 tahun tak jumpa. Alhamdulilah kami disambut oleh mereka sekeluarga dengan rasa yang cukup gembira.

Kami sekeluarga dibawa melawat Orchard Road, Geylang Serai ,Mustafa Center dan beberapa lokasi lain. Ada beberapa perkara menarik yang ingin dikongsi bersama.

Di Geylang Serai kami melalui satu jalan yang sibuk. Sewaktu ingin melintas jalan , tiba-tiba lampu isyarat jalanraya rosak.Kami masuk ke dalam Shopping Complex berdekatan. Kami masuk lebih kurang 5 minit. Bila kami keluar, kami tengok dah ada pekerja membaiki lampu tersebut. Anak ku berkata " Cepatnya depa datang baiki !! "

Kami bergerak ke tempat lain. Naik MRT. Macam LRT kat KL. Tapi suasana stesennya macam kat airport. Bersih dan cantik. Aku tanya sepupuku...... Dia kata , kat sini kalau ada orang berludah, terus kena denda SD1000.00 . Merokok di tempat larangan denda SD1000.00. Makan chewing gum kalau buang merata , akan dikutip dan buat DNA untuk kenalpasti siapa yang makan. Kemudian kena denda SD1000.00.

Patutlah masing-masing takut nak buang sampah. Semua terdidik agar menjaga kebersihan. Aku pesan pada anak-anak ku agar mencontohi mereka. Jangan buang sampah merata-rata. Islam mengajar kita menjaga kebersihan.

Tapi yang agak malang ku perhatikan ialah tentang anak-anak Melayu di Singapura. Perlakuan tingkah laku mereka khususnya sudut pakaian , banyak terpengaruh dengan budaya masyarakat Cina. Penjagaan aurat kurang dititik berat.

Semasa sedang beli tiket MRT, sepasang remaja makan sambil nak beli tiket.... Terus datang pekerja MRT menegur mereka. Tak boleh makan disini. Nanti tempat ini akan kotor. Dalam MRT sebutir sampah pun tak kelihatan. Semuanya bersih. Dalam bas pun cukup bersih. Seronoknya kalau macam ni kat Malaysia..... Tapi apakan daya.... bila kami balik semula ke Johor Bahru menerusi Larkin ..... mula lihat sampah bertaburan ..... pedih mata memandang !!!!

Wednesday, December 2, 2009

Kesian ....

Semalam aku ada sikit urusan dgn sebuah agensi kerajaan. Aku terima rungutan .... Sekarang ni katanya semua majlis kena jemput wakil BN. Kemudian wakil BN tu akan sampaikan sumbangan. Maka diwar-warkan bahawa kerajaan BN Perak amat prihatin dgn masalah rakyat. Letih kami .... rungut pegawai-pegawai kerajaan. Ada pegawai yg kata sikit lagi .... gaji kita pun kena buat majlis penyampaian gaji. Wakil BN dtg dan kata ini kerajaan yg bagi. Susah kami nak kerja... kata mereka. Dulu masa Pakatan Rakyat kami kerja dalam keadaan yang aman. Aku meng iya kan kata-kata mereka.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Korban


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Menyambut 'Eidul Adha

Pengorbanan yang mesti dipikul oleh setiap pejuang Islam bagi memastikan Islam terlaksana. Semoga semangat 'Eidul Adha akan merangsang para pejuang Islam untuk meningkatkan lagi kesungguhan bekerja untuk Islam.

Salam 'Eidul Adha.

Saturday, October 31, 2009

Perkasakan Pakatan Rakyat

Berbekalkan pengalaman mentadbir Negeri Perak selama 11 bulan, Konvensyen Pakatan Rakyat kali pertama yang telah berlangsung di Hotel Syuen Ipoh pada hari ini diharapkan membuahkan sesuatu yang amat berharga.

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang , YB Yaakub Safari mewakili Menteri Besar Selangor dan YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak melakarkan pengalaman yang dilalui sejak 8 Mac 2008.

Pulau Pinang dengan pengalamannya yang tersendiri. Selangor dengan pengalamannya yang tersendiri. Perak dengan pengalamannya yang tersendiri.

Harapan rakyat kini ialah........ Pakatan Rakyat mesti menggantikan Barisan Nasional yang telah luput tarikh hayatnya !!!!

Pakatan Rakyat mesti bergerak dalam satu pasukan yang mantap.

Semoga Konvensyen yang berlansung sehari suntuk pada hari ini akan melakarkan sejarahnya yang tersendiri .

HIDUP RAKYAT ! BUBAR DUN PERAK ! ( YB Nga Kor Ming kata minggu depan DUN akan dibubarkan , selepas keputusan kes di Mahkamah Persekutuan )

Sahabat-sahabat ku ...... bersiap sedialah !!!

Menyumbanglah !!!!

YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng diberikan penghormatan melancarkan dana Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan didampingi oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Kepada para dermawan, anak Perak di perantauan dikalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat bolehlah menyumbang ke Akaun di bawah :

PAS PERAK TABUNG PAKATAN RAKYAT
BANK ISLAM NO AKAUN : 08013010073855.

ehsan dari dari blog : cinaislam

Thursday, October 29, 2009

Jadi ke Bubar DUN !

Hari ni saya cuti. Ada urusan di Manjung. Singgah kat Batu 10 Lekir makan capati Wan. Jumpa pulak sahabat Lumut. Soalan yg keluar .... Jadi ke bubar DUN. Lepas makan, terus ke Toyota Manjung. Jumpa pulak staf kat situ. Soalan yg sama juga ... Jadi ked bubar DUN. Lepas tu pergi bank kat Manjung. Jumpa staf bank. Soalan tu juga. Jadi ke bubar DUN.
Bajet haram dah lulus oleh kerajaan haram.
Lepas ni projek akan mula diagihkan. Yang kenyang kroni2.
Harap-harap tak ada projek haram. Para kontraktor .... jangan makan projek haram !!!

Telahan tak menjadi

Harap ada EGM . Tapi tak ada. Ganti dgn seminar halatuju. Media milik kerajaan kantoi. Mana tidaknya. Mereka harap dapat putar belit isu EGM. Tak menjadi lagi. Carilah berita lain pulak untuk diputarbelit. Isu apa pulak lepas ni. Isu bukit gondol di kawasan MB Pahang tak pulak heboh. Kalau jadi di Kelantan, heboh tiap-tiap hari. Inilah nilai pemberitaan masa kini. Bloggers jangan jadi macam mereka. Kita ada tanggungjawab menyampai kebenaran. Bukannya penambah masalah !

Wednesday, October 28, 2009

Pikul Tanggungjawab

YDP PAS Kawasan Teluk Intan menyampaikan taklimat Solat Hajat

Memohon perkenan Allah melalui doa

Alhamdulillah..... hanya dengan arahan melalui sms lebih kurang 24 jam sahaja, ratusan penggerak serta pencinta gerakan Islam kawasan Teluk Intan telah berkumpul di markas kawasan bagi menyahut arahan PJ PAS Perak untuk diadakan solat hajat. Solat hajat yang bertujuan agar perjalanan Sidang DUN pada 28 Oktober 2009 berjalan dengan baik.

Dilihat pada jumlah kehadiran yang sungguh memberangsangkan itu, jelas bahawa semangat para petugas parti berada ditahap yang tinggi bagi menghadapi pilihanraya semula Negeri Perak. Kesanggupan ini telah disuarakan oleh semua yang hadir ketika saya menyampaikan taklimat pilihanraya serta isu semasa dalam majlis tersebut. Mereka menyatakan kesediaan mereka menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Bagi kawasan-kawasan yang lain, saya turut mengharapkan semangat yang sama dapat disemai bagi membolehkan Pakatan Rakyat kembali berkuasa.

BUBAR DUN PERAK !!!


Monday, October 26, 2009

Kepimpinan Satu Amanah

Kiri, kanan, atas, bawah, cuba untuk memporak peranda kestabilan dalam PAS serta Pakatan Rakyat. Peranan media khususnya media arus perdana terus mengintai ruang-ruang yang boleh disensasikan di samping bagi melariskan jualan akhbar mereka yang kadangkalanya tersadai / bertimbun di kedai-kedai suratkhabar. Intai punya intai .... terjumpa tulisan dari blog .

Yes !!!!! Ini baik punya isu !!!
Mereka pun meledakkan isu tersebut !

Disinilah kita akan melihat kebijaksanaan pemimpin. Samada melatah , melenting , menuding dan sebagainya. Pokoknya ....... isu ini mesti ditangani segera.

Mungkin teguran yang membina akan terhasil.

Harapan yang disandarkan ialah penyelesaian yang segera dapat diambil. Situasi menang menang mesti digarap !!!!

Para blogers !!!! Harap dapat berhati-hati. Kini tulisan anda menjadi perhatian !

Bagi pemimpin ......... anda berhak ditegur.

Salam Perjuangan !

Wednesday, September 23, 2009

Salam 'Eidul Fitri

Kesempatan di hari baik dan bulan baik ini, mohon kemaafan sepuluh jari buat sahabat-sahabat sekelian. Salah silap harap di maafkan.

Namun rata-rata rakan taulan yang ditemui berbicara tentang kemelut politik di Negeri Perak.

Di tanah perkuburan Kg Pasir Panjang Laut, saya sempat bertemu dengan abang kandung kepada Setiausaha Politik Dr Zambry Abd Kadir. Dulunya yang saya kenali beliau ni merupakan penyokong kuat Umno. Tapi kini dah berubah !!! Katanya dulu betul..... dia Umno kaww , kaww !! Tapi la nie..... dah jadi penyokong kuat PAS kat Muar. Bila balik kampung je.... adiknya tak boleh nak lebih-lebih. Lebih-lebih je kena sound lah !!!!

Sebelah petang .... datang 3 keluarga yang dulunya bapa mereka ..... Huh ! Umno power punya !!! Tapi 3 keluarga nie .... semua .... baik anak , menantu .... semuanya cerita tentang PAS !!!

Nampaknya bagi Kg Pasir Panjang kini mempunyai ramai penyokong yang terang-terang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Bagi mereka telah tiba masanya untuk meng'kubur'kan UMNO / BN dalam pilihanraya akan datang.

Khutbah Hari Raya kat masjid Kg Pasir Panjang Laut pun power !!! Mengajak kembali kepada hukum Allah. Hukum Hudud diketengahkan bagi menyelesaikan banyak masalah yang melanda negara. Ust Bukhari yang menyampaikan khutbah tersebut mengajak para jamaah untuk kembali kepada hukum Allah.

Bagi rakyat yang cintakan keadilan ...... maka Pakatan Rakyat mesti dijadikan pilihan.
Bagi petugas dan penggerak Pakatan Rakyat..... jadikan ziarah Eidul Fitri sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat untuk kembali kepada kebenaran..... Tinggalkan UMNO / BN untuk selama-lamanya !!!!!

Tuesday, September 15, 2009

Jauh bukan penghalang.

YB yang prihatin : ehsan //intanhijau.blospot


Sebahagian penduduk tempatan bersama TYDP Kawasan Teluk Intan

Gotong royong menyediakan juadah sememangnya menjadi amalan kami.

Semalam YB ADUN PAS Changkat Jong bersama rombongan PAS Kawasan Teluk Intan berkunjung ke kawasan ladang kelapa sawit Ladang Ganda. Laluan estet sejauh 14 km bukanlah penghalang bagi seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat.

Majlis bermula seawal jam 6 petang dengan penyampaian sedikit sumbangan ala kadar kepada penduduk setempat. Kemudian diikuti dengan iftar bersama penduduk setempat. Sebelum itu YB telah menyampaikan sedikit ucapan yang mengingatkan penduduk setempat agar sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Beliau turut menyentuh berhubung perkembangan semasa di negeri Perak. Rata-rata penduduk setempat melahirkan rasa gembira mereka kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang sanggup datang ke tempat mereka. Mereka menyatakan wakil rakyat BN sebelum ini tidak pernah mengunjungi mereka. Kunjungan mereka adalah ketika pilihanraya sahaja dengan janji-janji manis yang tidak pernah ditepati. Bagi mereka, bukanlah sumbangan yang mereka harapkan, cukup sekadar beramah mesra pun sudah memadai.

Mereka berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan Aidil Fitri pada 11 Oktober 2009. Mereka mengharapkan agar YB dapat hadir ke majlis tersebut.

Ingatlah yang tersayang !


Ahad baru ni, saya dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja dalam satu program Tamrin anjuran sebuah IPTA tempatan.
Syukur rasanya kerana golongan profesional ini mahu mendekatkan diri dengan program tamrin sebegini. Semasa pembentangan , rata-rata peserta tamrin memiliki Al Quran di tangan sebagai rujukan. Moga-moga kalian semua akan menjadi pejuang Islam yang akan meneruskan perjuangan Islam yang amat murni ini ! Takbir !

Dalam perjalanan pulang, saya terpandang satu papan tanda yang dipasang di bahu jalan.
" Kepulangan Anda Ditunggu. Berhati-hati semasa memandu "

Saya mengambil kesempatan ini menasihati khususnya bagi pengguna jalanraya yang akan pulang ke kampung halaman. Memandulah dengan akhlak Muslim. Jangan diikut rasa hati, nanti binasa !!! Fikirkan juga keselamatan orang lain !!!

Tuesday, September 8, 2009

Bukan Islam sertai berbuka puasa


Ketua Unit Amal Kawasan sedang berbincang / mengatur strategi untuk membungkus UMNO

Pimpinan cawangan Sg Samak & Sg Kerawai melepaskan lelah selepas berbuka puasa sementara menantikan solat Isya'


Cukup berselera mereka menikmati makanan berbuka puasa.


Sdra Krishnan serta rakan-rakan kelab penyokong PAS Teluk Intan.

Selasa 8 Sept 2009
Jalinan kemesraan terus dipupuk bersama Kelab Penyokong PAS. Majlis berbuka puasa PAS Kawasan Teluk Intan turut disertai oleh rakan-rakan bangsa India petang tadi.
Jelas terbayang kemesraan dikalangan mereka yang diketuai oleh Sdra Krishnan selaku ketua kelab penyokong PAS Teluk Intan.
Mereka cukup berselera menikmati hidangan ikan keli sambal yang disediakan oleh cawangan kg bahagia.

Tuesday, September 1, 2009

Indahnya bersama Jamaah

Adik Mohd Zuhdi yang sentiasa istiqomah menyertai program Ehya Ramadhan bersama ayah tersayang.

Medan untuk bertukar-tukar pandangan digunakan sebaik mungkin sementara menanti masuknya waktu Isya'

Penggerak utama PAS cawangan Sg Kerawai, Hj Jumali



Memohon restu dari Allah swt, agar diberikan kekuatan istiqomah dalam perjuangan. Doa diketuai oleh Hj Shaharudin ketua PAS Cawangan Kg Banjar.

Ehya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan diteruskan untuk minggu yang kedua pada hari ini Selasa 1 September 2009. Kehadiran pada kali ini cukup memberangsangkan. Ratusan ahli PAS Kawasan telah memenuhi markas kawasan yang dirasakan sudah semakin sempit dengan kehadiran ahli dari cawangan-cawangan.

Suasana ukhuwah yang amat ketara terbentuk hasil dari komitmen ahli yang sentiasa mendahulukan program jamaah lebih dari program peribadi. Pengisian Tazkirah yang telah disampaikan oleh AF Ust Tarmizi Abd Rahman benar-benar memberikan kesedaran yang mendalam dikalangan ahli yang hadir. Ikuti ulasan tazkirah tersebut melalui intanhijau.blogspot.com

Monday, August 17, 2009

Permatang Pasir Update

Oh Rohaizat ...........

Baru sebentar tadi bersembang dengan salah seorang AJK Umno Bahagian Bukit Mertajam. Dia kata dalam seluruh pimpinan Umno Pulau Pinang, hanya Rohaizat ni je yang agak bersih ( bersih-bersih pun ada kes penipuan juga - syarikat guamannya )

Memang betul...... memang susah nak cari pemimpin Umno yang bersih ..... Mr Clean pun akhirnya terpalit juga.

Kalau dah dasar Umno tu huru hara ....... macam mana pimpinannya nak bersih.

Kata beliau lagi, terlalu sukar bagi Umno / BN nak menang di Permatang Pasir kerana calun yang dikemukakan oleh PAS adalah calun yang amat baik berbanding calun Umno / BN.

Beliau mendoakan kejayaan PAS / PR di Permatang Pasir.

Lepas tu jumpa dengan orang kuat PAFA kat Medan Gopeng.........

Hutang PAFA 4.2 juta...... masa Umno pegang. Lembaga Hasil Dalam Negeri tuntut. Socso tuntut. Kwsp tuntut..... tapi tak kan PR nak bayar ...... Tapi sepanjang PR / DS Nizar jadi Presiden PAFA semua bayaran kepada LHDN, Socso, Kwsp semua bayar ok..... So hutang lama kena tuntut dengan kerajaan BN .....

Lu fikirlah sendiri !!!!!

Saturday, August 15, 2009

Wahai Blogger !

Sambil membaca beberapa tulisan blogger , aku terfikir juga ....... adakah begini caranya kita ditarbiyyah atau kita tidak mengikuti tarbiyyah ....... Aku rasakan pandangan ku ini khas buat rakan blogger yang pernah melalui sessi tarbiyyah.

Bukan apa , kekadang aku rasa sedih, bila ada blogger yang turut serta dengan apa yang dihasratkan oleh media arus perdana yang dengan sengaja mensensasikan satu-satu isu , lebih-lebih lagi yang berlaku di negeri PR. Tapi kalau berlaku di negeri BN, macam tak ada hal je.... Blogger pulak tolong bagi panas lagi..... dua tiga kali panas jadinya. Kata orang Perak panas menjahang !!!!!

Cukuplah wahai bloggers !! Tolong bantu mengukuhkan PR ....... bukannya melemahkan PR. Dalam usia yang terlalu muda, aku nampak PR akan menjadi lebih baik dari BN yang usianya hampir tamat.....

Mari kita sama-sama mengukuhkan / membantu PR ! Paparkan tulisan2 yang menarik , bukan yang melemahkan ......... boleh tak ! Ini harapan ku..........

Ramadhan pun kian hampir ........ Mari sama-sama kita muhasabah diri !!!

Sunday, August 2, 2009

Suara hati rakyat !

Depan Panggung Coliseum

Jalan Bandar dekat Dataran Merdeka
Mamat ni, aku jumpa terbatuk-batuk kena gas. Rupa-rupanya POLIS. Polis pun kena tembak juga.

Persimpangan Jln Raja Laut, depan DBKL

Halau di sini, depa kumpul pulak tempat lain. Apa ada masalah.






Depan SOGO jam 1.45 tgh

Aku tiba di SOGO sekitar jam 1.00 tengahari. Aku difahamkan rakyat yang cintakan keadilan sejak jam 10.00 pagi sudah berada di sekitar SOGO dan dibeberapa lokasi yang lain. Dalam perjalanan, aku menerima SMS dari Timbalan YDP Kawasan Teluk Intan , memaklumkan ketua unit amal kawasan telah ditahan polis.

Gelombang bermula jam 2.00 petang sebagaimana yang dirancang. Namun halangan pihak polis menyebabkan pergerakan agak terhalang di sana-sini.

Hebat polis 1 Malaysia ni. Tapi kadar jenayah di Malaysia asyik meningkat . Menurut statistik setiap 100 ribu rakyat Malaysia 4 orang mati dibunuh setiap hari, 11 rompakan setiap hari , samun , ragut , rogol dan lain-lain jenayah berleluasa. Angka ini diberikan oleh seorang penyelidik di sebuah institut milik kerajaan Malaysia. Ini bermakna POLIS GAGAL menangani jenayah.

Tapi hari ini, 1 OGOS 2009 polis-polis yang ku jumpai, punya le berlagak . Menjerit sana, menjerit sini. Bersurai ! Kalau tidak kena tangkap ! Itulah kalimah yang sering dihamburkan. Namun bagi rakyat yang cintakan keadilan, mereka tidak menghiraukan laungan tersebut. Polis datang, mereka bergerak ke tempat lain. Lepas tu pergi ke sudut lain, kumpul kat tempat lain pulak. Inilah antara senario yang berlaku sejak jam 2 ptg hingga ke jam 6.00 ptg.

Aku sempat menemui pelancung dari Sweden dan Australia bertanya pendapat mereka tentang himpunan pada hari ini. Aku tanya adakah mereka takut dengan keadaan ini hingga menyebabkan mereka tidak mahu berkunjung semula ke Malaysia. Jawapan yang mereka berikan cukup mudah. Ini adalah hak rakyat. Rakyat bebas menyuarakan perasaan mereka.

Kesimpulan :

Rakyat berkumpul hanya dengan membawa satu senjata iaitu PERASAAN.
Perasaan yang ingin diluahkan terhadap satu Akta yang zalim iaitu ISA.

Aku di antara puluhan ribu rakyat yang menyertai himpunan ini cukup yakin bahawa sekira rakyat dibenarkan berkumpul dan kemudiannya dibenarkan bergerak ke tempat yang hendak dituju, maka himpunan ini akan berlangsung dengan cukup tertib. Bergerak jam 2.00 petang menuju ke Istana Negara...... jam 3.30 ptg selesai lah. Polis tak payah nak bazir banyak gas, polis tak kena booo, polis tak kena maki, polis tak kena marah, peniaga tak perlu tutup pintu kedai, peniaga jual air minum dapat untung...... pendek kata, semuanya OK.

Tapi bila polis buat macam-macam andaian yang negatif, maka kemarahan rakyat semakin meluap-luap. Ingat ......... pilihanraya ke 13 akan merubah landskap Malaysia. BN akan tumpas pada kali ini. Kerajaan RAKYAT akan merubah segalanya insyaAllah !

Bangun rakyat Malaysia. Kita bangun menumbangkan kerajaan zalim Barisan Nasional. Permatang Pasir ini juga antara signal kejatuhan BN.

Sunday, July 26, 2009

Bangga & Kagum !!!

Aku berada di Sg Petani hari ni ( Sabtu & Ahad ) . Mesyuarat. Exit je tol Sg Petani utara, aku menuju ke pusat bandar. Aku merancang untuk menginap sekitar tempat aku bermesyuarat. Alhamdulillah, sebagaimana yang aku harapkan ........ dah siap rupanya. Masa aku datang sekitar 4 bulan yang lalu, ianya masih under renovation. Kini .... ianya baru sahaja dibuka ( baru 4 hari !! ). Itulah el-zahraa inn hotel berkonsepkan Islamik milik rangkaian HPA satu nama yang cukup sinonim dengan " mai se cawen " kopi radix !

Alhamdulillah , memang cukup menarik. Disambut dengan ucapan salam, alunan zikir dan nasyid menyelubungi ruang legar serta di setiap tingkat ..... sangat menghiburkan.

Lebih mengkagumkan ....... lambang HPA boleh dilihat cukup banyak khususnya di Lagenda Height. Sebelah hotel, ada Restoran Organik , RFC yang mampu menyaingi KFC, Radix Oriental Cuisine ala Cina , Radix Bakery House, HPA Multimedia , HPA Homestay dan banyak lagi ( ada 15 syarikat ) ........ bangga rasanya bila melihat lambang HPA terpampang di bangunan kedai milik HPA ......

Tahniah kpd Abg Haji Mail ( Pengarah Urusan HPA ) yang cukup terkenal semasa kami dalam Dewan Pemuda dulu. Harap-harapnya akan muncul ramai lagi usahawan berjiwa Islam yang cukup gigih yang akan menguasai dunia ekonomi ummah.

So nak promosi sikit kat sahabat2 ..... sokonglah produk kita !!!!

Tuesday, July 14, 2009

Alhamdulillah. Syukur dengan kemenangan.

Isnin 14 Julai 09:

Jam 7.00 petang sms bertalu-talu masuk bertanyakan perkembangan di Manik Urai. Aku balas ...... InsyaAllah menang.

Jam 8.00 malam aku cuba mendapatkan keputusan terkini dari YB Zaki ADUN Kelaburan Kelantan. Tapi tak ada reply ....... aku yakin ...... peti sms YB mesti penuh.

Jam 8.20 aku sms YB Dr Hatta bertanyakan berita terkini...... Dr Hatta balas ..... +70 ..... Syukur rasanya. Kemudian Dr Hatta hantar lagi sms .... jadi ler !!

So .... aku terus shoot sms kepada sahabat-sahabatku........... Alhamdulillah. Syukur.

Yang penting kita menang. Kempunan orang Manik Urai nak dapat jambatan baru. Selama ni pun dengan jambatan sedia ada , orang Manik Urai hidup aman sentosa. So ...... apa ada masalah !!

Dengan kemenangan ini diharapkan dapat terus menguatkan semangat seluruh rakyat untuk menolak UMNO / BN . Signalnya ........ kalau ada saja pilihanraya kecil ketika ini ....... keputusannya ..... BN kecundang !!! ( Sabah / Sarawak ... tolak tepi ).

So kepada semua ahli / penyokong / pencinta Pakatan Rakyat !!!!!! Mari kita berganding bahu , bersatu hati dan tenaga untuk terus bergerak menyedarkan masyarakat untuk menolak UMNO / BN dalam pilihanraya akan datang !

Bagi Negeri Perak .......... bersiap sedialah kita untuk menghadapi pilihanraya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang. DUN Perak akan dibubarkan !!!!!!

Monday, July 13, 2009

Ya Allah ! Berilah Kemenangan di Manik Urai.

Solat Hajat , Munajat serta bacaan Al Quran 30 juzuk dilakukan secara berjamaah yang dipimpin oleh Ketua Urusan Ulamak Kawasan Teluk Intan.


Adik Muhammad Fauzan turut berpuasa
bersama-sama ahli PAS Kawasan Teluk Intan

Berbuka puasa bersama sebelum program seterusnya

Walaupun nun jauh beratus kilometer dari Teluk Intan, namun yang tak mampu membantu tenaga di Manik Urai ada cara lain yang boleh dilakukan.

Urusan Ulamak PAS Kawasan Teluk Intan telah mengumpul ahli PAS Kawasan untuk diadakan program Munajat Manik Urai.

Hari Isnin 13 Julai 2009 ( sehari sebelum hari mengundi PRK Manik Urai ) , ahli PAS Teluk Intan telah berkumpul di Markas Tarbiyyah Teluk Intan untuk diadakan Majlis Munajat tersebut. Program bermula dengan berbuka puasa , solat maghrib dan diteruskan dengan bacaan Al Quran 30 juzuk beramai-ramai. Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan Solat Hajat dan diakhiri dengan taklimat ringkas pilihanraya yang disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Teluk Intan. ADUN Changkat Jong YB Hj Mohd Anuar Sudin turut hadir dalam program ini.

Rata-rata ahli amat berpuashati dengan inisiatif yang diambil oleh Urusan Ulamak PAS Kawasan bagi mengumpul ahli-ahli agar dapat melahirkan rasa tanggungjawab bersama untuk kejayaan jamaah.

Wednesday, July 8, 2009

Catatan Hati .........

Terima kasih Ajijoi !!!
http://ajijoi.blogspot.com
atas posting anda pada 27 June 2009. Sebenarnya aku telah lama menanti bila akan terbitnya buku kisah kejayaan permata kelahiran bumi ulama Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.

Alhamdulillah, setelah membaca posting tersebut, esok harinya aku ke Pustaka Intan Shah bagi mendapatkan buku tersebut. Syukur .... ada satu lagi yang tinggal. Ku beli dengan harga RM24.00.

Sampai ke rumah, belum sempat ku baca ...... isteriku telah dulu menatapnya. Kagum dengan ketabahan , kecekalan dan kematangan insan bernama Nik Nur Madihah . Belum sempat isteriku menghabiskan bacaan, anakku Muhammad Fauzan pulak menanti dengan penuh minat untuk membacanya. Minat sungguh dia membacanya. Nampak gayanya tunggu malam nanti baru dapat baca agaknya.

Pada sebelah malam baru tiba giliranku untuk membacanya. Hebat !!!! memang hebat puteri Nik Mohd Kamal ini ......... bagi mereka yang leka diulit kemewahan ....... bacalah buku ini !!! Nescaya akan basah dipipimu rasa keinsafan !

Sesungguhnya, akan ku jadikan buku ini sebagai panduan dalam mana-mana program motivasi yang akan aku sertai .( InsyaAllah pada program Motivasi di Kg Ulu Bernam hujung minggu ini, aku berhasrat untuk berkongsi pengalaman adik Nik Nur Madihah ini. Rata-rata pelajar Kg Ulu Bernam ini adalah anak-anak penoreh getah dan pekerja estet).

Petang tadi aku ke Pustaka Intan Shah untuk membeli buku ini untuk ku hadiahkan kepada 2 orang puteriku ......... hampa ..... buku tersebut telah habis. Hari Jumaat baru sampai stok baru. InsyaAllah akan usahakan bagi mendapatkannya.

Friday, July 3, 2009

Rayuan Terakhir ....

Abah ..... ini ada surat , cikgu bagi.
Aku ambil surat berwarna merah bertajuk Rayuan Terakhir untuk Malam Amal Al Munir 2009.

Anak ku belajar di Sek Ren Agama Al Munir. Satu-satunya sekolah persendirian agama di Teluk Intan. Sebagaimana biasa , SAR bukannya mendapat bantuan kerajaan ( masa PR memerintah, SAR kembali mendapat bantuan ). Berbagai cara dilakukan oleh pihak sekolah bagi menampung belanja pengurusan sekolah. Al Munir merupakan salah sebuah sekolah terbaik di Hilir Perak berdasarkan pencapaian UPSR setiap tahun. Setiap dua tahun sekali, diadakan malam amal bagi menambah tabung sekolah.

Tapi tahun ini kutipan agak kurang....... Justeru itu aku mengambil kesempatan melalui tulisan ku ini agar sahabat2 yang membacanya ..... sudilah menghulurkan sumbangan. Just hubungi ku di talian 019-573 6943 ......... Bantulah !!!!!

Maklumat Malam Amal

Tarikh : 11 Julai 2009 ( sabtu )
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan ( Jln Speedy )
Artis Jemputan : Kumpulan Nasyid FAREAST

Harga Meja ( 8 orang satu meja )
  • Eksekutif RM500.00
  • Kasturi RM400.00
  • Zamrud RM320.00


Thursday, July 2, 2009

Perpaduan Pemuda

Agenda Awani sebentar tadi ( 8.15 - 8.45 mlm ) menyiarkan secara langsung perbincangan mengenai perpaduan Melayu. Panel yang terlibat ialah Sdr Kamaruzaman SU Dewan Pemuda PAS Pusat , Sdr Latt Ketua Pemuda UMNO PJS dan Prof. Shahrudin dari IPTA tempatan.
- Hujah Pemuda Umno berkisar kepada perpaduan Melayu.
- Hujah Pemuda PAS berkisar kepada perpaduan berasaskan Islam.
- Hujah Prof berasas kepada permulaan yang secara natural.

Dari pemerhatianku, Pemuda UMNO cuba mengambil kesempatan dengan memberikan andaian-andaian yang cuba menjerat PAS. Alhamdulillah Sdra Kamaruzaman telah dapat menerjah jerat tersebut dengan mengambil contoh-contoh berdasarkan fakta-fakta semasa.

Keikhlasan UMNO dalam isu perpaduan adalah retorik semata-mata. Bukti yang jelas dikemukakan oleh Sdra Kamaruzaman bagaimana kezaliman kerajaan Pusat pimpinan UMNO terhadap kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, rampasan kuasa di Perak, geran perkapita kepada kerajaan Kelantan lebih puluhan tahun.

Kalau perkara-perkara asas ini tak dapat dileraikan oleh UMNO ........ mana mungkin isu perpaduan dapat diatasi.

Umno dalam keadaan lemas....... mencapai apa sahaja yang boleh dipaut. Nampak PAS yang paling dekat. Maka PAS lah yang dipaut...... Dah kuat nanti ....... tak pandanglah PAS ke, atau sapa2. Masa sesak ..... cari kawan .... Dah lega nanti !!!!! Sejarah membuktikan ianya pernah berlaku.

Tuesday, June 30, 2009

Tahniah PJ Perak yang baru.

Taklimat oleh Ust Wan Azli & Ust Abd Fattah . Ustaz Abu Bakar menginap di Tingkat 3. Kami sekeluarga di Tingkat 7.


Semasa di Tanah Suci Mekah musim cuti persekolahan yang baru lalu, aku tinggal satu hotel dengan Ust Abu Bakar ( bekas YDP Gopeng , ketika itu aku Ketua Pemuda Gopeng ). Hari diumumkan perlantikan PJ Perak yang baru, aku menerima sms dari Cikgu Farid dan Cikgu Rustam memaklumkan perlantikan PJ yang baru. Sewaktu pulang dari solat isya aku bertemu Ust Bakar mengucapkan tahniah atas perlantikan sebagai PJ yang baru. Ust Bakar turut menyatakan bahawa anta kena bantu ana juga.
Aku menyatakan bahawa saf kepimpinan yang bakal dilantik akan membantu Ustaz. Ustaz Bakar turut melahirkan kebimbangannya tentang keadaan Ustazah Rafeah yang sedang uzur akibat kanser. Namun aku memberikan perangsang untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Tanpa disangka, pagi Sabtu yang lalu Ustaz Bakar menaliponku menyatakan hasrat untuk melantik aku sebagai salah seorang AJK Perhubungan. Aku agak keberatan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Namun Ustaz Bakar mengungkap kembali kata-katanya di bumi Mekah tempoh hari. Aku akur dengan kata-kata Ustaz Bakar.
Justeru aku pohon sahabat-sahabat membantu aku dalam memikul tanggungjawab ini. Sahabat-sahabat kawasan Teluk Intan dan kawasan Gopeng turut menyampaikan ucapan tahniah. Tak ketinggalan bekas ketua penerangan ku di kawasan Gopeng dulu Sdra Hariul Salleh yang kini menetap di Ampang Selangor.
InsyaAllah akan ku cuba menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada ku. Cuma yang agak merungsingkan ialah bebanan tugas di tempat kerja ku !!!!!
Ya Allah ! Bantulah hambaMu yang lemah ini !

Tuesday, June 23, 2009

Tak macam di Malaysia !

Bergambar bersama Ust Fatah, Ust Wan Azli dan Cikgu Rahman
selepas solat subuh di Masjid Terapung Jeddah
Ust. Fatah ( ketua rombongan ) , Ust Khairi selepas solat subuh
di Masjid Terapung Jeddah.


Flight dari Jeddah ke Mesir jam 11.30 pagi. Tawaf wida' jam 12.50 malam. Jam 3.00 pagi kami berangkat ke Jeddah. Jam 4.00 pagi sampai ke Masjid Rahmah Jeddah ( Masjid Terapung ) bukan Masjid Kuala Ibai Terengganu. Masjid yang indah ini berhampiran dengan pantai. Waktu Subuh 4.08 pagi. Lepas azan , lebih kurang 30 minit baru solat jemaah. 4 saf..... satu saf lebih kurang 40 orang. Yang istimewanya......... 90% peratus ahli jemaah terdiri dari golongan muda Arab ( dalam lingkungan 20 ke 30 tahun ... ada yang pakai seluar bunga2 ala Hawaii pun ada) ...... Lain pulak di Malaysia..... golongan ini jauh dari masjid !! Macam2 alasan pulak tu... seluar kotor lah dan macam2 lagi.

Aku kagum dengan keadaan mereka. Walaupun mereka lepak di sekitar Masjid Rahmah pada sebelah malamnya hingga ke subuh , tapi bila tiba waktu solat , mereka berduyun-duyun ke masjid.

Jangan sampai jadi macam ni !

Posting yang menarik untuk direnungi...... di petik dari Warta Sg Rapat.

KISAH SEDIH.

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”


Monday, June 15, 2009

Salam Perjuangan.

Alhamdulillah...... jam 2.00 pagi tadi kaki selamat menjejak bumi Teluk Intan. Setelah lebih 2 minggu berada di perantauan. Sebelum sampai ke Teluk Intan, sempat singgah sebentar di Changkat Jong ( Kedai Pak Jaafar ) kerana ibu mertua nak menumpang bilik air. Jumpa pulak dengan Ketua Unit Amal Kawasan....... dapatlah sedikit sebanyak berita kawasan. Katanya esok ada perlawanan sepak takraw Piala YB ADUN Changkat Jong. Sempatlah memberikan nasihat agar teruskan program mendekati anak muda. Banyakkan penglibatan anak muda dengan aktiviti kemasyarakatan. Beliau memberikan komitmen akan mengadakan program mengecat masjid, sekolah agama rakyat dan sebagainya.

Lepas tu aku meneruskan perjalanan ke Masjid Daerah Teluk Intan bersama rombongan yang pergi menunaikan umrah. Turut serta dalam rombonganku ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan Bagan Datoh dan Setiausaha PAS Cawangan Kg Kilang Padi. Tak ketinggalan juga turut serta dalam rombongan umrah kami.... AJK UMNO Bahagian Bagan Datoh.

InsyaAllah dalam post akan datang, akan ku cuba berkongsi pengalaman 14 hari di bumi ambia' Mesir , Madinah dan Mekah.

Thursday, May 7, 2009

Semua dah jadi parti komponen BN

Dahsyat sungguh BN la niiiii......
SPR , SPRM , Polis dan ............... semuanya dah macam jadi parti komponen BN. Apa yang disuruh oleh BN ..... pasti diikut tanpa banyak soal.

Terkini ...... jalan masuk ke pusat bandar Ipoh penuh dengan sekatan jalanraya. Seolah-olah sesuatu yang amat buruk akan berlaku. Lebih malang lagi ..... bila masjid pun jadi sasaran. Sebarang kegiatan bermula maghrib hingga subuh diarah untuk dibatalkan. Malang sungguh bila ' ber MB kan ' dengan golongan yang haram ! Benda halal jadi haram !

Aku baru menerima sms dari sahabatku di Ipoh. Polis baik yang berpakaian seragam atau tidak sedang berkumpul di Ipoh bagi mengelakkan dari berlakunya himpunan yang akan mereka beritakan esok sebagai himpunan yang ' gagal '. Mana tidaknya, dah disekat orang datang ! Namun begitu , rakyat yang cintakan keadilan akan tetap turun beramai-ramai ke Ipoh.

Selamat bersidang 7 Mei 2009 !!!! Kerajaan haram BN akan tumbang juga akhirnya !!! Yakinlah !!!!

Sunday, April 26, 2009

Tangisi iringi ucapan YB Changkat Jong

Atas rasa tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat , ucapan YB ADUN Changkat Jong penuh emosi berhubung masalah yang dihadapi oleh rakyat. Penderitaan serta kesusahan rakyat yang tidak mendapat pembelaan dari pihak yang berwajib sejak lebih 50 tahun BN memerintah cukup menginsafkan beliau. Beliau cuba untuk melaksanakan sebaik mungkin amanah sebagai wakil rakyat yang mengwakili semua kaum.

Air mata keinsafan tersebut kerana masyarakat yang ditemui melahirkan keperitan yang mereka hadapi........ Air mata beliau terus mengalir....................................

Lagi gambar



Gambar-gambar semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan

Gambar-gambar Mesyuarat Agung



Gambar-gambar sebelum Mesyuarat Agung Kali ke 35 PAS Kawasan Teluk Intan bertempat di Dewan MPTI Teluk Intan.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan kali ke 35

Berlangsung di Dewan MPTI Teluk Intan
Tarikh : 26 April 2009
Perasmian : YB Dato Hj Mahfuz Omar

Tuesday, April 21, 2009

Lagi peringatan !

Hari ini aku bercuti.
Aku ke Toyota Manjung untuk servis kereta ... Dah lama tak servis .... Main lanyak je kereta tu. Kereta kalau diservis ikut peraturan, insyaAllah akan dapat digunakan dengan jangka hayat yang lebih panjang.

Begitu juga dengan kita, jasad serta rohani perlu selalu di'servis'. Kekotoran dan kerosakan yang ada pada rohani dan jasmani perlu di'servis' secara berterusan. Hasil dari 'servis' yang dilakukan akan melahirkan jiwa yang bersih. Bagi pejuang yang berada dalam jamaah Islam yang memperjuangkan Islam, perkara-perkara yang begini mesti diambil berat.

Sambil menunggu kereta siap untuk diservis, aku ke internet corner yang disediakan di pusat servis berkenaan. Sambil update blog, aku didatangi oleh salah seorang pekerja di pusat servis tersebut. Alhamdulillah, ahli jamaah juga. Beliau melahirkan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama.

Kami bekerja disini, ditekankan tentang imej. Cuba tengok pusat servis ni, imej yang menyenangkan menyebabkan pelanggan suka datang, walaupun terpaksa menunggu dalam satu waktu yang lama. Beliau menyarankan agar PAS juga cuba mengambil berat tentang imej. Institusi milik PAS seperti PASTI contohnya, cuba perbaiki imej PASTI katanya. Kurikulum PASTI memang diakui sebagai kurikulum yang terbaik. Tapi imej dari sudut penampilan bangunan serta prasarana kadang-kadang amat menyedihkan. Beliau merujuk kepada beberapa buah PASTI di kawasan beliau.

Aku rasakan ada kebenaran kepada apa yang disuarakan. Justeru aku berharap perkara ini dapat diambil perhatian yang serious oleh pihak-pihak yang berwajib.

Beliau juga ada menyentuh tentang Usrah yang dilakukan. Ada kalanya usrah berjalan seakan-akan sama seperti kuliah di surau atau di masjid. Ini menyebabkan usrah menjadi program yang hidup segan mati tak mahu. Ini juga perlu diambil perhatian.

Persiapan buat pejuang

Setelah selesai hantar anak pulang ke asrama , aku terus ke Ipoh bagi menghadiri usrah bulanan di cawangan lama iaitu Cawangan Rapat Jaya Tambahan. Alhamdulillah, komitmen ahli cawangan tetap utuh . Ahli mengambil berat dengan program cawangan. Ahli baru yang mengikuti usrah juga turut hadir. Aku menyampaikan pengisian buat ahli-ahli cawangan. Aku mengingatkan mereka tentang 3 perkara sebagaimana post ku sebelum ini iaitu 3 nokhtah buat pejuang.
1. Kefahaman tentang Islam.
2. Petugas yang ikhlas.
3. Petugas yang komited / istiqomah.

Dalam sesi perbincangan, Ketua Cawangan memaklumkan beliau telah menerima surat dari Pejabat Daerah menyatakan bahawa jawatan ketua kampung dan pengerusi JKKK telah ditamatkan. Aku menyatakan bahawa tugas berkhidmat kepada masyarakat mesti diteruskan macam biasa. Jangan dijadikan alasan untuk tidak dapat berkhidmat disebabkan jawatan telah ditamatkan.

Begitu juga dengan sahabat2 yang telah menerima surat penamatan khidmat diseluruh negeri Perak, teruskan berkhidmat kerana rakyat / masyarakat telah menilai khidmat yang telah diberikan kurang lebih 10 bulan yang lalu.

Teruskan berkhidmat !!!

Fikir sebelum bertindak

Semalam aku menghantar anak pulang ke asrama ( SARJANA Kg Gajah ) setelah cuti sempena Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak. Daulat Tuanku ! Patik mohon bubar DUN.

Pada kebiasaannya, kayu penghalang di hadapan masjid menuju ke asrama dibuka untuk laluan kenderaan ibubapa menghantar anak ke asrama. Tapi semalam kayu penghalang tersebut dibuka... Maknanya ibubapa tak dibenarkan untuk masuk sebagaimana biasanya..... Apa lagi.... sesak le..... amat menyusahkan !!!! Kadang-kadang kita bertindak ikut sedap kita je... kesannya.... menyusahkan orang lain. Hampir kebanyakkan ibubapa melahirkan rasa kesal dengan tindakan tersebut.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang. Disebabkan tindakan gelojoh UMNO / BN merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat, menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak.

Oleh itu ..... renungkanlah !!!! Fikir sebelum bertindak.

Monday, April 20, 2009

3 nokhtah buat pejuang

Sebagai anggota jemaah sekurang-kurangnya kita mestilah bertolak dari 3 nokhtah utama :

1. al Fahm ad Daqiq - Faham yang mendalam berkait Islam yang diperjuangkan.

2. al A'amil al Mukhlis - Amilin yang ikhlas melaksanakan tugas & tanggungjawab.

3. al A'amil al Multazim - Amilin yang komited dan istiqomah terhadap amal Islami.

3 nokhtah ini bagi menegaskan tanggungjawab dan amanah yang mesti digalas oleh seorang pejuang.

Mudah-mudahan mereka dapat mewakafkan diri buat perjuangan ini di saat rata-rata manusia tidak lagi mempedulikan amanah mereka sebagai seorang Muslim.

Thursday, April 16, 2009

Fikir & Renunglah !

Pihak Berkuasa Negeri dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan Mac yang lalu telah memutuskan bahawa semua Ketua Kampung dan JKKK ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa pada 16 April 2009.

Di daerah Kuala Kangsar Surat pemakluman penamatan perkhidmatan telah dihantar dan ditandatangani oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Kangsar kepada semua Ketua Kampung daerah Kuala Kangsar.

Dengan keluarnya surat ini, sahlah bahawa semua Ketua Kampung di seluruh Perak dipecat dan JKKK dibubarkan oleh kerajaan BN. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Zambry di awal-awal perlantikannya sebagai MB bahawa Ketua Kampung dan JKKK tidak akan ditamatkan perkhidmatan.

Ketua Kampung dan JKKK yang dilantik oleh kerajaan PR adalah sah sehingga tamat tempoh perkhidmatan selama dua tahun. Kerajaan boleh bertukar tetapi tidak semestinya Ketua Kampung dan JKKK juga bertukar sedangkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat lagi.

Berbeza sama sekali dengan amalan Kerajaan PR di bawah kepimpinan Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin. Hj Nizar di awal pemerintahan PR telah membuat kenyataan terbuka bahawa semua Ketua Kampung dan JKKK boleh terus berkhidmat dengan kerajaan negeri sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 31.12.2008, tetapi seluruh Ketua-ketua Kampung melalui Pengerusi persatuan Ketua-ketua Kampung sendiri yang membuat kenyataan bahawa Ketua-ketua Kampung seluruh Perak tidak akan memberi kerjasama dengan Kerajaan PR walaupun mereka berkhidmat dengan kerajaan PR. Ini adalah kenyataan bodoh seorang Pengerusi Persatuan.

Hj Nizar telah memanggil semua Ketua Kampung seluruh Perak untuk diberi taklimat oleh Kerajaan Negeri di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sebahagian besar Ketua-ketua Kampung hadir, dalam sessi dialog ada di kalangan Ketua Kampung bersetuju terus berkhidmat dan ada juga yang akan meletakkan jawatan. Hj Nizar menjelaskan bahawa semua Ketua kampung berhak menentukan sikap masing-masing, mereka diberi pilihan samada terus berkhidmat atau sebaliknya.

Selang beberapa minggu kemudian, semua Ketua Kampung seluruh Perak meletakkan jawatan beramai-ramai, surat perletakkan jawatan beramai-ramai ditandatangani oleh setiap Ketua Kampung dan diserahkan ke Pejabat Menteri Besar, ada juga Ketua kampung yang tidak bersedia meletakkan jawatan, mereka dipujuk, dirayu dan dipaksa oleh AJK Persatuan Ketua-ketua Kampung supaya letak jawatan, ada yang datang ke pejabat MB berjumpa saya dan MB menyatakan mereka tidak bersetuju meletakkan jawatan tetapi dipaksa oleh Persatuan.

Kerajaan Negeri tidak ada pilihan, perletakan jawatan beramai-ramai itu diterima oleh MB. Mesyuarat EXCO memutuskan kaedah pemilihan Ketua kampung di seluruh Perak dibuat melalui pungutan suara iaitu Ketua Kampung dipilih melalui pilihanraya. Sesiapa sahaja yang layak boleh dicalonkan dan di undi. Kaedah ini dilaksanakan di seluruh Perak kecuali di kampung-kampung yang Ketua Kampungnya tidak meletakkan jawatan. Bulan Ogos selesai proses pemilihan dan yang terpilih diberi watikah perlantikan oleh YAB MB Perak ketika itu, dan tempoh perlantikannya adalah selama dua tahun.

Ini adalah amalan yang paling adil dibuat oleh Kerajaan PR. Tradisi yang diamalkan oleh UMNO BN dulu ialah memberi kuasa kepada Ketua UMNO bahagian atau wakil rakyat untuk melantik Ketua Kampung, biasanya Ketua kampung yang dilantik ialah Ketua-ketua UMNO Cawangan yang sudah tentu ada yang tidak disenangi oleh orang-orang kampung. Berbeza dengan PR yang memberi peluang kepada orang kampung memilih Ketua Kampung yang mereka suka.

Apa salahnya mereka diberi peluang berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, kerajaan berhak menentukan polisi dan dasar, mereka pula berkhidmat berdasarkan polisi dan dasar. Sebagaimana kerajaan PR, sewaktu kerajaan PR menawarkan Ketua Kampung zaman BN untuk terus berkhidmat, mereka hendaklah terikat dengan polisi dan dasar-dasar kerajaan, begitu juga Ketua-ketua Kampung yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya, yang terpilih tidak semua penyokong dan ahli mana-mana parti PR, semua yang terpilih mesti mengikut polisi dan dasar-dasar kerajaan PR.

Jelas kerajaan PR lebih terbuka sikapnya berbanding kerajaan BN, malahan supaya semua pembangunan dapat dilaksankan secara saksama, kerajaan PR negeri Perak juga telah menubuhkan JKKK di perkampungan Cina, malahan Ketua Kampung dan JKKK perkampungan orang-orang Asli juga akan ditubuhkan.

Hj Nizar selaku MB juga menunjukkan sikap keterbukaan yang begitu tinggi kepada semua kakitangan kerajaan, tidak ada yang dipecat, sebarang pertukaran yang ada unsur-unsur penganiyaan dan fitnah dibatalkan pertukaran. Dua orang pemandunya adalah pemandu MB lama, Hj Nizar mengekalkannya sehingga mereka sendiri yang telah berkhidmat selama 11 bulan itu terasa sangat sayang kepada MB Nizar, ada kelainannya kata mereka, menjadi pemandu Hj Nizar mereka dapat solat berjamaah dengan Hj Nizar dan ada peluang mendapat ilmu melalui tazkirah dan kuliah yang disampaikan oleh Hj Nizar di surau atau masjid. semua kakitangan di rumah kediaman tidak ada seorang pun yang ditukar, mereka terus berkhidmat dengan Hj Nizar sehingga mereka juga seronok, Hj Nizar buat surau yang agak besar bagi membolehkan semua pekerja di rumah kediaman solat berjamaah di surau dan sekali sekala MB akan mengimami solat dan menyampaikan tazkirah. Yang bertukar cuma PA Datin Seri yang kurang memberi kerjasama dengan Datin Seri.

Saya sebagai SETPOL juga tetap mengekalkan kakitangan pejabat, saya tidak tukar dan ganti orang lain, walaupun saya ada kuasa. PA saya juga dulu PA Najmuddin ketia beliau SETPOL kepada Tajol Rosli. Dulu PA tersebut adalah staf di JAIP yang dipinjamkan bagi membantu Najmuddin yang ada kaitan dengan JAIP. Saya boleh kembalikan dia di pejabat yang lama dan tukar orang PAS berkhidmat di situ. Tetapi saya tidak sampai hati berbuat demikian sebab dia dah seronok kerja dengan saya. Kawan-kawan yang datang mengunjungi saya sering bertanya mengapa tak ditukar staf lama, dia ni UMNOlah, dulu berkhidmat dengan Najmuddin, nanti dia sampaikan pada bos lamanya apa yang tak betul, saya jawab, kalau begitu dia tidak akan sampaikan pada bos lamanya, sebab apa yang saya buat betul. Ternyata dakwaan kawan -kawan semuanya prasangka sahaja. Jurutaip pejabat saya pun saya kekalkan, walaupun ada rungutan dari orang ramai kononnya staf saya yang seorang ini (wanita) serius dan strict, jarang senyum. Nak jumpa saya mesti melalui meja dia dulu, macam-macam ditanya, ada temu janji ke tidak, kena tunggu ikut giliran. Saya tetap kekalkan dia, walaupun dia street tapi bagus juga, kalau tidak, saya tidak boleh buat kerja, asyik melayan orang sahaja kerjanya. bukan ada urusan penting pun, bukan urusan yang berkaitan dengan rakyat, semuanya mohon balak, tanah dan projek. Bila ada staf yang strict, saya senang buat kerja untuk merancang berbagai-bagai program kerajaan dengan rakyat dan mengambil tindakan terhadap minit-minit MB. Dialah yang menentukan nak jumpa ustaz kalau tidak ada temu janji mesti selepas pukul 10 atau selepas Zohor. Biasanya pagi-pagi hari saya mesti mengadap MB untuk berbincang program-program MB, dan menyemak dan menjawab surat.

Pemandu saya juga dulu pemandu Najmuddin walaupun jawatannya kontrak, saya boleh cari pemandu lain dari PAS yang lebih saya percaya, tetapi saya tidak berbuat demikian, sebab pemandu tersebut ingin berkhidmat dengan saya. Tetapi tidak sampai sebulan, beliau memohon berhenti, saya tanya tidak suka dengan cara saya ke, dia nafikan, katanya "ok, cara ustaz saya suka, ceramah ustaz pun hebat juga, dulu saya pemandu ustaz sekarang pun ustaz tak ada masalah" cuma dia kata nak tumpu pada perniagaan. Dia sendiri yang cadangkan pemandu lain, juga bekas pemandu EXCO BN dulu, orangnya warak katanya, saya pun terima, dan bersedia berkhidmat dengan saya, katanya seronok dapat berkhidmat dengan ustaz, boleh tumpang dengar ceramah dan kuliah. Dulu tak ada peluang langsung, nak solat pun payah, maklum pemandu EXCO dulu Cina.

Semua pekerja dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang 11 bulan di bawah PR cukup selesa dan terasa kelainannya berbanding puluhan tahun bersama BN. Saya yakin kalau pilihanraya semula diadakan di Perak, Kerusi PAS dan PKR akan bertambah banyak manakala DAP tetap kekal dengan jumlah kerusi yang sedia ada, kerana rakyat 11 bulan di bawah PR jauh lebih baik daripada 50 tahun bersama BN. Rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian, kecuali mereka yang benar-benar buta hati dan jumud.




Thursday, April 9, 2009

Fakta PRK 059 BUKIT GANTANG

P059 BUKIT GANTANG

UNDI

PR (PAS)

21, 860

BN (UMNO)

19, 071

BEBAS

62

ROSAK

456

MAJORITI

2,789 (PR)

DUN KUALA SEPETANG

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

8, 466

7, 490

BN

6, 259

6, 193

MAJORITI

2,207 (PR)

1,297 (PR)

DUN CHANGKAT JERING

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

9, 896

9, 163

BN

8, 206

7, 939

MAJORITI

1, 690 (PR)

1, 224 (PR)

DUN TRONG

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

3, 367

3, 301

BN

4, 124

4, 021

MAJORITI

757 (BN)

720 (BN)


Secara jelas terdapat perubahan pola pengundi di ketiga-tiga DUN.
Sokongan ketara dilakukan oleh pengundi bukan Melayu disamping telah mula dilihat kecenderungan pengundi Melayu melakukan perubahan.

Sumber dari : Dango Mamamat