Sunday, January 18, 2009

Debaran berakhir !

Sabtu 17 Januari 2009 merupakan hari yang cukup mendebarkan ! PRK Kuala Terengganu yang menjadi tumpuan umum. Calun Pakatan Rakyat yang diwakili PAS berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan BN yang cukup tidak beretika . Mana tidaknya, jutaan ringgit wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin kerajaan. Bermula dari 6 Januari 2009, ada saja yang ditaburkan kepada pengundi .

Bagi petugas PAS dari Teluk Intan yang bertugas di UPU Kuala Ibai menyatakan kawasan ini agak rumit sikit. Mana tidaknya, pengundi di sini minta enjin bot untuk mereka yang kebanyakkannya terdiri dari nelayan. Enjit bot nilainya RM4,000.00 !!!! Pengsan !!! Itu yang Pak Lah bagi peruntukan kepada nelayan bernilai RM1 juta pada hari Khamis, dua hari sebelum mengundi . Namun para petugas tetap tidak berputus asa. Mereka meneruskan tugas mereka dengan gigih. Tahniah kepada seluruh petugas dari Kawasan Teluk Intan. Allah akan membalas sumbangan kalian semua !!!

Tepat jam 8.00 pagi 17 Januari 2009 semua tempat mengundi di Parlimen Kuala Terengganu mula dibuka. Para petugas kedua-dua parti yang bertanding sudah bersedia sejak awal pagi. Pada sebelah pagi, sebagaimana yang dilapurkan, para pengundi dari saluran 1 & 2 keluar menunaikan tanggungjawab masing. Lapuran ini agak merisaukan aku , kerana biasanya kedua-dua saluran ini terdiri dari golongan tua yang pada kelazimannya mengundi BN. Namun ku tenangkan hati ini. InsyaAllah sebelah petang biasanya golongan muda akan keluar mengundi...... Para perayu undi terus istiqomah dengan peranan masing-masing. Petugas Teluk Intan bertugas di Pusat Mengundi Sekolah Sultan Sulaiman sehinggalah jam 5 ptg.

Jam 5.00 petang pusat mengundi ditutup dengan rasminya.

Jam 5.34 ptg aku melihat melalui TV siaran langsung RTM berhubung pilihanraya ini. Pengulasnya Hanafiah Man ( getik aku melihat mukanya ). Mana tidaknya, dulu dia pernah bersama dengan pakatan pembangkang sekitar pertengahan tahun 90 an.

Ulusan dari beliau memaparkan proses pengiraan undi di beberapa pusat mengundi. Fokus beliau ialah di DUN Wakaf Mempelam. Keputusan tidak resmi katanya BN mendahului 500 undi lebih. Risau aku dibuatnya....

Jam 6.30 aku menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu menyatakan kerisauan ku. Tapi beliau menyatakan kita masih berada di hadapan ! Jam 6.58 aku mendapat maklumat bahawa UPU Kuala Ibai tempat Kawasan Teluk Intan bertugas , PAS kalah 173 undi. Kerisauan kembali menghantui ku.

Jam 8.33 aku menerima sms dari YAB MB Perak berbunyi " P036, pohon bantuan Allah ! Minta baca surah al-Ikhlas 40 kali sekarang. Sebarkan !.

Aku terus menyebarkan sms tersebut kepada sahabat-sahabatku termasuk yang berada di Dubai ( Hj Anwar Jamaludin jurutera syarikat cari gali minyak ).

Jam 8.37 aku mendapat maklumat dari Ketua Pemuda PAS Terengganu yang menyatakan kita menang !!!! Jam 8.57 aku menerima sms menyatakan PAS menang !!!!

Allahu Akbar !!!! Akhirnya debaran ini terjawab !!!! Syabas kepada YB Hj Mohd Abd Wahid Endut serta seluruh petugas yang telah bertungkus lumus.

Sebagaimana hits aku sebelum ini menyatakan bahawa PKR dah menang di Permatang Pauh, kini PAS menang di Kuala Terengganu. Jadi kita nantikan selepas ini giliran DAP pulak !!!! Alhamdulillah Pakatan Rakyat telah di terima oleh rakyat. BN akan berkubur !!!!