Sunday, January 3, 2010

Berita Palsu angkara musuh.

Pihak-pihak yang tidak bertangungjawab menyebarkan berita palsu di sekitar kawasan Teluk Intan. Berita mengatakan akan berlaku pilihanraya kecil DUN Changkat Jong. ADUN Changkat Jong ada kes mahkamah menurut berita palsu tersebut.

Ingin dijelaskan disini , saya selaku Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Teluk Intan menafikan sekeras-kerasnya berita palsu tersebut. ADUN PAS Changkat Jong adalah bersih dari sebarang kes mahkamah.

Oleh yang demikian, saya berharap pihak-pihak yang menyebarkan berita palsu ini agar menghentikan aktiviti yang amat tidak bermoral di sisi agama.