Tuesday, February 9, 2010

Teruskan berdoa

Pak Nik terus setia mengawal DS Nizar.

Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa MB Perak yang diiringi dengan rasa sangsi yang teramat sangat oleh lapisan rakyat yan cintakan keadilan.

Justeru, marilah kita terus berdoa agar kebenaran akan muncul hasil doa golongan yang ikhlas dalam perjuangan.

Perak berMBkan MB Mahkamah

Setelah menunggu seawal 9.30 pagi akhirnya jam 11.12 pagi , Mahkamah Persekutuan memutuskan sebulat suara MB Perak adalah DS Zambry.

Mulai sekarang petugas PR serta rakyat menantikan PRU ke 13 untuk menumbangkan BN. Jadi buatlah segala bentuk persiapan untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Teruskan perjuangan kalian. Jangan putus asa. Allah tetap bersama kita.

Monday, February 8, 2010

Ruang untuk menyumbang !!!

PAS Kawasan Teluk Intan membuka ruang yang seluas-luasnya kepada ahli serta penyokong mahu pun pencinta perjuangan Islam memberikan saham untuk perjuangan Islam. Ruang ini boleh didapati dengan sumbangan dalam bentuk wang ringgit atau pun pasir bagi tujuan membeli tapak tanah bersebelahan markas kawasan yang sedia ada.

Harga yang ditawarkan oleh penjual hanya RM48,000.00.

Malam tadi selepas program Solat Hajat Perdana , telah dilancarkan kutipan bagi tujuan pembelian tanah tersebut. Alhamdulillah RM4,700.00 telah dapat dikutip hasil akuan janji yang diberikan.

Oleh itu bagi sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi mana-mana AJK Kawasan atau email mazharmr@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

Selamat menyumbang !!!