Tuesday, December 2, 2008

Harga Minyak Dah Turun...... Tapi .......

Tengahari tadi aku ke Tapah kerana ada tugas bertemu dengan seorang pelanggan.

Setelah selesai urusan ku, jam menunjukkan jam 1.05 tengahari. Azan berkumandang, lalu aku menunaikan solat zohor di Masjid Jamik Daerah Tapah yang terletak di tengah Pekan Tapah. Setelah selesai solat zohor, aku singgah untuk makan tengahari di gerai makanan di tepi masjid tersebut.

Nasi satu pinggan, ikan goreng ( talapia ), ulam kacang botol ( kacang kelisa satu ), ulam cabang tiga dua cabang dan gulai kari tanpa ikan. Aku order milo ais.

Aku menikmati makanan tersebut. Pelayan kedai datang sebelah ku dan kira..... Diletaknya sekeping kertas tercatat 480. Aku agak tentu RM4.80 sekali dengan air. Setelah selesai makan aku ke kaunter bayaran. Juruwang tanya minum apa..... milo air kata ku.

RM6.30....... Haaaaaa.....

Maknanya :-
Milo ais = RM1.80
Nasi kosong =RM1.00
Ikan goreng =RM3.00
Ulam kacang botol =RM0.50
Ulam cabang 3 = RM0.20
Gulai kosong = RM0.10

Logik ke............. Katanya minyak dah turun banyak kali !!!!!! Harga barang macam mana !!!!!

Siapakah yang sepatutnya melakukan pemantauan........
Adakah penurunan harga minyak sekadar gimik semata-mata ?

Boleh tolong komen ke ????

Monday, December 1, 2008

AMANAH RAKYAT DIPIKUL

Berbekalkan amanah yang telah diberikan kepada mereka, InsyaAllah ketua-ketua kampung Pakatan Rakyat kawasan Teluk Intan berjanji akan melaksanakan segala tugas demi kebaikan bersama.


KETUA KAMPUNG AIR HITAM
MOHAMAD NOR YATIM 013-441 4770


KETUA KAMPUNG BAGAN LALANG
HJ KASNAN BIN KASBON 013-327 1583


KETUA KAMPUNG: KG BANJAR
HJ SHAHARUDDIN AHMAD 012-480 9041


KETUA KAMPUNG SG TUNGKU
HAJI ZAKUAN


KETUA KAMPUNG CHANGKAT JONG
MOHD SALEH BIN IBRAHIM 013- 524 3585


KETUA KAMPUNG BATAK RABIT
MOHAMMAD MUZAMIR MALIKI 016-558 5905


KETUA KAMPUNG SUNGAI SAMAK
SAIFUDDIN BIN HJ ABD HAMID 019-673 4846

AMANAH RAKYAT DIPIKUL

Berbekalkan amanah yang telah diberikan kepada mereka, InsyaAllah