Friday, March 19, 2010

Bandar Sheffield yang tenang.

Sheffield, 19 Mac : Bandar yang cantik dan bersih. Tram ( keretapi letrik ) , kereta , bas menggunakan jalan yang sama. Tak ada kemalangan pun ! Jelas di sini sistem pengangkutan awam sangat baik. Bayangkan ! Selepas satu sesi dialog , kami nak balik ke rumah penginapan. Telefon cab ( teksi ) . Letak je telefon , cab dah sampai. Bandar Sheffield ni pukul 6 ptg, kedai dah mula tutup. Kat Teluk Intan pun kedai tutup pukul 11 malam. Esok kami akan bergerak ke Cardiff yang mengambil masa 4 jam perjalanan dari Sheffield.

Thursday, March 18, 2010

Perjalanan hari ke 3

Nottingham , 18 Mac : Cuaca masih 19 C . Bagi org di sini tidak lah sejuk. Tapi bagi kami ianya sejuk. Baju kena pakai 3 lapis. InsyaAllah, perjalanan seterusnya hari ini ialah ke Sheffield iaitu di utara Nottingham yang jarak masa perjalanan dalam 1 1/2 perjalanan.

Kemudahan belajar kini

Nottingham, 17 Mac : Malam tadi berpeluang melawat perpustakaan university of Nottingham. Kemudahan yg disediakan cukup canggih. Ruang belajar cukup banyak. Sempat juga masuk ke unit seni dan banyak lagi. Kesimpulannya tak ada sebab pelajar boleh gagal dgn kemudahan yang ada.

Eye of Nottingham

Di Melaka ada Eye on Malaysia. Tapi nak pergi kena pusing bandar. Tapi kat Nottingham ianya kat tengah-tengah bandar. Alhamdulillah selamat tiba di Nottingham naik bas selama 2 jam lebih. Jalan cantik , 3 lorong tapi tak ada tol. Kat Malaysia pantang jalan cantik , mula lah suku sakat Samy velu sapu tol. Sampai kat stesen bas , tengok keadaan bandar. Bersihnya bandar ni . Malam ini ada Dialog Terbuka dengan non-muslim kat sini . Moga-moga berjalan lancar.

Wednesday, March 17, 2010

Bertandang di UK

London , 17 Mac :

Alhamdulillah, EgyptAir MS777 selamat mendarat di Hearthrow Airport selamat mendarat dari Mesir selepas penerbangan selama 4 jam lebih. Selepas melepasi pemeriksaan pihak berkuasa UK kami disambut oleh Sdra Muhaimin. Cuaca walaupun 19 C yang kata Muhaimin kurang sejuk bagi mereka, tapi bagi kami ianya amat sejuk.

Perjalanan mengambil masa 35 minit untuk tiba ke tempat penginapan. Malam tadi selepas makan di Restoran Arab di pinggir bandar London. Cuaca terlalu sejuk bagi kami.

Esok kami mempunyai jadual ketat di Nottingham, Shefield dan Cardiff.

Jadual hingga hari Sabtu amat ketat telah disusun.

Monday, March 15, 2010

Bertandang ke bumi Urdun

Amman,Jordan 13 Mac :

Misi seterusnya ialah di bumi Urdun iaitu Jordan.

Tiba di Queen Alia International Airport jam 7.30 malam setelah penerbangan selama 1 jam 20 minit dari Cairo Airport. Pemeriksaan oleh pihak Jordan ada masalah sikit, DS Nizar dikesan mempunyai masalah. Nama DS Nizar telah disenaraikan oleh pihak berkuasa Jordan sebagai nama-nama yang perlu disiasat. Setelah berbincang dengan pihak berkuasa sekitar setengah jam , kami dibenarkan keluar dari pusat pemeriksaan.
Kami disambut oleh pimpinan pelajar Jordan.

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Mu'tah yang terletak di selatan Jordan . Perjalanan mengambil masa selama 1 1/2 jam untuk tiba di Mu'tah. Di sana menanti kami ialah seramai kira-kira pelajar Malaysia yang menuntut di Mu'tah Universiti. Laungan Takbir menyambut kami serta bendera PAS dikibarkan oleh penuntut yang menanti kami dengan penuh sabar kerana kelewatan kami di Airport.
Program Ramah Mesra serta dialog berjalan dengan suasana cukup baik. Para pelajar dijelaskan dengan isu-isu yang melanda Perak. Selepas program para pelajar mengambil peluang untuk bergambar dengan pimpinan. Kami bermalam di Mu'tah.

Selepas Subuh kami mengadakan pertemuan dengan pimpinan pelajar di Mu'tah. Sesudah itu kami meneruskan perjalanan ke Irbid yang berada di Utara Jordan. Dalam perjalanan kami sempat menziarahi makam syuhada' Mu'tah iaitu Jaafar Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abdullah Ibnu Rowahah.

Dalam perjalanan menuruni gaung yang amat curam dari Mu'tah, kami singgah berehat seketika di Laut Mati yang terkenal dengan kepekatan garam. DS Nizar dan YB Khalil mengambil peluang untuk berenang di Laut Mati. Berenang di sini sentiasa akan terapung. DS dan YB mengambil peluang melumur badan dengan lumpur yang dikatakan mempunyai khasiat dapat merawat kulit badan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Amman untuk pergi ke Irbid. Di Amman kami singgah untuk solat di Masjid Ashabul Kahfi dan seterusnya melawat gua Ashabul Kahfi yang terletak bersebelahan masjid. Perjalanan diteruskan.

Kami tiba di Irbid sejurus masuk waktu Isya' dan disambut sekitar 50 orang pelajar bidang perubatan . Majlis dialog dijalankan dengan cukup baik. Kami bermalam di Irbid. Seterusnya kami bercadang untuk ke Syria. Tapi kami mengambil keputusan membatalkan untuk ke Syria kerana bimbang tak sempat penerbangan sebelah petang kerana kami difahamkan sekatan pihak berkuasa Syria agak ketat.

InsyaAllah petang ini kami akan berangkat ke Queen Alia Airport untuk kembali ke Mesir dan seterusnya penerbangan ke UK jam 9 pagi esok.

Bertemu kembali di UK nanti .... insyaAllah.

Irbid Jordan Isnin 15 Mac 2010 jam 7.00 pagi waktu tempatan = 1 tghari waktu Malaysia.