Friday, December 11, 2009

Singapura oh Singapura.........

Semalam aku berada sehari suntuk di Singapura. Bercuti sambil menziarahi sepupu yang dah 34 tahun tak jumpa. Alhamdulilah kami disambut oleh mereka sekeluarga dengan rasa yang cukup gembira.

Kami sekeluarga dibawa melawat Orchard Road, Geylang Serai ,Mustafa Center dan beberapa lokasi lain. Ada beberapa perkara menarik yang ingin dikongsi bersama.

Di Geylang Serai kami melalui satu jalan yang sibuk. Sewaktu ingin melintas jalan , tiba-tiba lampu isyarat jalanraya rosak.Kami masuk ke dalam Shopping Complex berdekatan. Kami masuk lebih kurang 5 minit. Bila kami keluar, kami tengok dah ada pekerja membaiki lampu tersebut. Anak ku berkata " Cepatnya depa datang baiki !! "

Kami bergerak ke tempat lain. Naik MRT. Macam LRT kat KL. Tapi suasana stesennya macam kat airport. Bersih dan cantik. Aku tanya sepupuku...... Dia kata , kat sini kalau ada orang berludah, terus kena denda SD1000.00 . Merokok di tempat larangan denda SD1000.00. Makan chewing gum kalau buang merata , akan dikutip dan buat DNA untuk kenalpasti siapa yang makan. Kemudian kena denda SD1000.00.

Patutlah masing-masing takut nak buang sampah. Semua terdidik agar menjaga kebersihan. Aku pesan pada anak-anak ku agar mencontohi mereka. Jangan buang sampah merata-rata. Islam mengajar kita menjaga kebersihan.

Tapi yang agak malang ku perhatikan ialah tentang anak-anak Melayu di Singapura. Perlakuan tingkah laku mereka khususnya sudut pakaian , banyak terpengaruh dengan budaya masyarakat Cina. Penjagaan aurat kurang dititik berat.

Semasa sedang beli tiket MRT, sepasang remaja makan sambil nak beli tiket.... Terus datang pekerja MRT menegur mereka. Tak boleh makan disini. Nanti tempat ini akan kotor. Dalam MRT sebutir sampah pun tak kelihatan. Semuanya bersih. Dalam bas pun cukup bersih. Seronoknya kalau macam ni kat Malaysia..... Tapi apakan daya.... bila kami balik semula ke Johor Bahru menerusi Larkin ..... mula lihat sampah bertaburan ..... pedih mata memandang !!!!