Tuesday, April 21, 2009

Lagi peringatan !

Hari ini aku bercuti.
Aku ke Toyota Manjung untuk servis kereta ... Dah lama tak servis .... Main lanyak je kereta tu. Kereta kalau diservis ikut peraturan, insyaAllah akan dapat digunakan dengan jangka hayat yang lebih panjang.

Begitu juga dengan kita, jasad serta rohani perlu selalu di'servis'. Kekotoran dan kerosakan yang ada pada rohani dan jasmani perlu di'servis' secara berterusan. Hasil dari 'servis' yang dilakukan akan melahirkan jiwa yang bersih. Bagi pejuang yang berada dalam jamaah Islam yang memperjuangkan Islam, perkara-perkara yang begini mesti diambil berat.

Sambil menunggu kereta siap untuk diservis, aku ke internet corner yang disediakan di pusat servis berkenaan. Sambil update blog, aku didatangi oleh salah seorang pekerja di pusat servis tersebut. Alhamdulillah, ahli jamaah juga. Beliau melahirkan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama.

Kami bekerja disini, ditekankan tentang imej. Cuba tengok pusat servis ni, imej yang menyenangkan menyebabkan pelanggan suka datang, walaupun terpaksa menunggu dalam satu waktu yang lama. Beliau menyarankan agar PAS juga cuba mengambil berat tentang imej. Institusi milik PAS seperti PASTI contohnya, cuba perbaiki imej PASTI katanya. Kurikulum PASTI memang diakui sebagai kurikulum yang terbaik. Tapi imej dari sudut penampilan bangunan serta prasarana kadang-kadang amat menyedihkan. Beliau merujuk kepada beberapa buah PASTI di kawasan beliau.

Aku rasakan ada kebenaran kepada apa yang disuarakan. Justeru aku berharap perkara ini dapat diambil perhatian yang serious oleh pihak-pihak yang berwajib.

Beliau juga ada menyentuh tentang Usrah yang dilakukan. Ada kalanya usrah berjalan seakan-akan sama seperti kuliah di surau atau di masjid. Ini menyebabkan usrah menjadi program yang hidup segan mati tak mahu. Ini juga perlu diambil perhatian.

Persiapan buat pejuang

Setelah selesai hantar anak pulang ke asrama , aku terus ke Ipoh bagi menghadiri usrah bulanan di cawangan lama iaitu Cawangan Rapat Jaya Tambahan. Alhamdulillah, komitmen ahli cawangan tetap utuh . Ahli mengambil berat dengan program cawangan. Ahli baru yang mengikuti usrah juga turut hadir. Aku menyampaikan pengisian buat ahli-ahli cawangan. Aku mengingatkan mereka tentang 3 perkara sebagaimana post ku sebelum ini iaitu 3 nokhtah buat pejuang.
1. Kefahaman tentang Islam.
2. Petugas yang ikhlas.
3. Petugas yang komited / istiqomah.

Dalam sesi perbincangan, Ketua Cawangan memaklumkan beliau telah menerima surat dari Pejabat Daerah menyatakan bahawa jawatan ketua kampung dan pengerusi JKKK telah ditamatkan. Aku menyatakan bahawa tugas berkhidmat kepada masyarakat mesti diteruskan macam biasa. Jangan dijadikan alasan untuk tidak dapat berkhidmat disebabkan jawatan telah ditamatkan.

Begitu juga dengan sahabat2 yang telah menerima surat penamatan khidmat diseluruh negeri Perak, teruskan berkhidmat kerana rakyat / masyarakat telah menilai khidmat yang telah diberikan kurang lebih 10 bulan yang lalu.

Teruskan berkhidmat !!!

Fikir sebelum bertindak

Semalam aku menghantar anak pulang ke asrama ( SARJANA Kg Gajah ) setelah cuti sempena Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak. Daulat Tuanku ! Patik mohon bubar DUN.

Pada kebiasaannya, kayu penghalang di hadapan masjid menuju ke asrama dibuka untuk laluan kenderaan ibubapa menghantar anak ke asrama. Tapi semalam kayu penghalang tersebut dibuka... Maknanya ibubapa tak dibenarkan untuk masuk sebagaimana biasanya..... Apa lagi.... sesak le..... amat menyusahkan !!!! Kadang-kadang kita bertindak ikut sedap kita je... kesannya.... menyusahkan orang lain. Hampir kebanyakkan ibubapa melahirkan rasa kesal dengan tindakan tersebut.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang. Disebabkan tindakan gelojoh UMNO / BN merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat, menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak.

Oleh itu ..... renungkanlah !!!! Fikir sebelum bertindak.

Monday, April 20, 2009

3 nokhtah buat pejuang

Sebagai anggota jemaah sekurang-kurangnya kita mestilah bertolak dari 3 nokhtah utama :

1. al Fahm ad Daqiq - Faham yang mendalam berkait Islam yang diperjuangkan.

2. al A'amil al Mukhlis - Amilin yang ikhlas melaksanakan tugas & tanggungjawab.

3. al A'amil al Multazim - Amilin yang komited dan istiqomah terhadap amal Islami.

3 nokhtah ini bagi menegaskan tanggungjawab dan amanah yang mesti digalas oleh seorang pejuang.

Mudah-mudahan mereka dapat mewakafkan diri buat perjuangan ini di saat rata-rata manusia tidak lagi mempedulikan amanah mereka sebagai seorang Muslim.