Wednesday, June 2, 2010

Ramah Mesra Dewan Himpunan Penyokong PAS












Teluk Intan : 1 Jun.
Setelah penubuhan secara rasmi DHPP di Klang baru-baru ini, PAS Kawasan Teluk Intan merintis pertemuan ramah mesra dengan DHPP Teluk Intan.
Program telah diadakan di Markas PAS Kawasan Teluk Intan telah dihadiri oleh lebih 50 orang ahli DHPP yang terdiri dari kaum India dan Tionghua. Pimpinan kawasan yang terdiri daripada YDP , Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan serta ADUN Changkat Jong telah menyampaikan ucapan yang berkisar tentang peranan yang boleh dimainkan secara aktif oleh DHPP.
Dalam majlis tersebut pihak DHPP turut menyampaikan ucapan melalui wakil mereka iaitu Sdr Suryanarayanan, Sdr Richard Wong dan Sdr Prakash. Mereka melahirkan rasa gembira kerana kini mereka telah diterima sebagai sebahagian dari komuniti PAS dan berjanji akan melaksanakan misi PAS For All.

Qunut Nazilah

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta eminta mumat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.
Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.
Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

Dipetik dari Harakahdaily.

Monday, May 31, 2010

Intan hijau kembali aktif.

Alhamdulillah kini blog intanhijau kembali aktif dengan dikendalikan sendiri oleh YB Changkat Jong dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Teluk Intan.

Justeru saya menyeru kepada golongan yang 'terlampau iri hati' dengan perkembangan blog ini agar segera bertaubat kepada Allah kerana tindakan zalim kalian pastinya akan mendapat balasan daripada Allah samada di dunia atau pun di akhirat.

Ingatan saya : Mungkin anda sekelian berkuasa di dunia. Tapi ingat ! Kuasa sifatnya hanya sementara. Ada ketikanya anda berada di atas. Tapi ...... tak selama-lamanya di atas.

Kepada peminat-peminat intanhijau.blogspot.com teruskan sokongan anda !!!