Thursday, August 19, 2010

DS NIZAR DI TELUK INTAN

DS Nizar Jamaluddin akan bersama-sama penduduk Teluk Intan pada hari Isnin 23 Ogos 2010.

Pelbagai program telah diatur bagi menemukan DS Nizar dengan masyarakat.

Seawal 5.30 petang DS Nizar akan dibawa ke Pasar Ramadhan di Pekan Teluk Intan. Pasar Ramadhan ini merupakan tempat tumpuan utama penduduk Teluk Intan bagi mendapatkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan diberikan amanah untuk mengiringi DS serta rombongan untuk beramah mesra dengan pengunjung serta peniaga di sana.

Selepas itu DS Nizar akan ke Surau Kg Air Hitam, Changkat Jong untuk program berbuka puasa bersama penduduk tempatan. Cawangan PAS Air Hitam telah diamanahkan untuk mengiringi DS Nizar di sana.

Kemudiannya, DS Nizar akan terus ke Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti untuk bersama-sama dengan penduduk tempatan menunaikan Solat Tarawih dan seterusnya menyampaikan Tazkirah Ramadhan di situ.

Adalah diharapkan semua ahli serta petugas parti di semua peringkat di Kawasan Teluk Intan dapat menyebarkan maklumat program ini kepada rakan-rakan serta masyarakat.

PAS Kawasan Teluk Intan amat mengalu-alukan kehadiran Dato Seri Nizar ke Teluk Intan pada hari tersebut.

Wednesday, August 18, 2010

Takziah buat PJ PAS Perak

DS Nizar sedang mengucapkan takziah kepada Ust Abu Bakar


Para pengunjung berpusu-pusu mengucapkan takziah

Ucapan takziah terus diterima

Dato Ngeh Ko Ham, YB Nga Kor Ming dan YB Sivakumar turut hadir

16 Ogos 2010 Ipoh :

Pesuruhjaya PAS Perak Ust Hj Abu Bakar Hussain telah kehilangan isteri tersayang apabila Ustazah Siti Rafeah Ramli menghembuskan nafas terakhir jam 2.20 petang di Hospital Ipoh.

Penderitaan kanser payudara yang sudah ditahap kritikal telah ditanggung sejak 4 tahun yang lalu. Namun dalam keadaan sedemikian , beliau terus memberikan galakan kepada PJ menjalankan tugasnya.

Pada awal Ramadhan yang lalu, beliau bertambah kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir petang tadi.

Jenazahnya telah selamat disemadikan jam 9.30 malam tadi di Tanah Perkuburan Kg Melayu Ipoh dengan dihadiri ribuan insan yang terdiri dari berbagai bangsa.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempat bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.