Thursday, November 27, 2008

TO WHOM IT MAY CONCERN

Berat rasanya untuk menulisnya…… tapi rasanya perlu dicoretkan buat renungan serta tindakan sebelum terlambat !!!!

Rabu 26 November 2008 jam 10.10 pagi aku menerima panggilan dari sahabatku yang sangat ku kenali budi pekertinya. Dia memaklumkan kepada ku dengan nada yang cukup berbudi. “ Boleh phone ke masa ni, kalau mengganggu, nanti dia contact semula ”. Aku ketika itu sedang tele-conference. “ Boleh call semula dalam pukul 11.30 nanti.” “ No problem ” balas sahabat ku.

Jam 11.30 pagi sahabatku menalipon ku semula. Beliau menyatakan hasratnya memohon bantuan. Memang sifat ku, akan cuba membantu sedaya upaya ku bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Sahabat ku memaklumkan bahawa anaknya Umar Aziz mendapat keputusan 6A 1 B dalam peperiksaan UPSR yang lalu. Aku mengucapkan tahniah ! Aku cukup mengenali Umar Aziz, seorang anak yang cukup taat, lemah lembut, baik akhlaknya serta cukup cekal sifatnya. Umar Aziz bersekolah di sebuah SRJK Cina di Pekan Chemor. Sejak dari Tahun 1 hingga Tahun 6 Umar Aziz sentiasa cemerlang dalam pelajarannya. Terbukti kepandaiannya apabila keputusan UPSR nya beliau menerima anugerah cemerlang dan terpapar di dada akhbar harian Cina akan kecemerlangannya.

Sahabat ku memaklumkan bahawa kemungkinan Umar Aziz akan ditempatkan ke Tingkatan Satu di sebuah kebangsaan biasa di Chemor. Ini yang menimbulkan masalah kepada beliau. Sahabat ku ini ingin memasukkan anaknya ke Sek Men Sam Tet agar ada kesinambungan dari apa yang telah diperolehinya sebelum ini.

Macam mana ye …. Aku boleh membantu sahabat ku ini…. Teringat pulak…. Kalau-kalau boleh beliau mendapatkan sedikit sokongan dari YAB Menteri Besar. Ini kerana sahabat ku ini merupakan penyokong kuat PAS serta banyak sumbangan yang beliau berikan untuk perjuangan ini. Untuk renungan…. Sahabat ku ini merupakan seorang Jurutera di sebuah syarikat carigali minyak dan banyak masanya berada di tengah-tengah lautan baik di Terengganu dan akhir-akhir ini banyak masanya berada di Vietnam.

Lalu aku syorkan sahabat ku ke Pejabat MB . Sahabat ku menyatakan rasa segannya untuk bertemu dengan MB kerana baginya untuk melangkahkan kaki ke pejabat MB adalah suatu yang amat janggal. Atas nasihat ku , beliau akan ke sana jam 2.00 petang.

Jam 1.45 tgh sahabat ku menelifon ku, mengatakan beliau berada di Café SUK dan kebetulan MB pun turut berada di sana. Tapi dia amat segan untuk mengganggu MB. Biarlah dia berurusan di Pejabat MB.

Jam 2.00 ptg sahabat ku terus ke Pejabat MB. Aku sempat berpesan kepada sahabat ku supaya bertemu SU Sulit MB terlebih dahulu iaitu En Wan Junaidi. Sahabat ku dapat berjumpa dengan En Wan. Namun………. Inilah yang amat menyedihkan sahabat ku…… Acuh tak acuh, tidak peramah, tak professional, asyik dengan handphone dan mundar mandir ke hulu ke hilir…… itulah tafsiran sahabat ku. Memang di akui akan kesibukan. Tapi takkan langsung tak masa nak attend. Ada insan yang datang dari Kuala Kangsar kerana kedainya roboh …. Turut di layan acuh tak acuh.

Tolong ……. Tolong …………..Tolong….. rakyat datang mesti ada sebab. Kalau saja-saja nak datang, tak mungkin. Mesti ada hal ! Tolonglah layan sikit. Jangan di ding-dong ke sana ke mari. Apa salahnya dilayan. Sekurang-kurang terubat juga , kalau pun masalah tak dapat diselesaikan , penjelasan secara beradab dan professional amat diperlukan !

Akhirnya sahabat ku dengan rasa yang amat terkilan, beredar keluar. Kebetulan bertemu dengan Hj Che Leh yang bersedia menegur sapa. Lalu dimaklumkan tujuannya datang untuk kalau boleh mendapatkan sedikit sokongan dari Pejabat MB berhubung dengan kemasukkan anaknya ke Sek Men Sam Tet. Alhamdulillah surat sokongan dapat dikeluarkan. Itu saja….. kenapa yang tadi tu sukar sangat nak melayan rakyat. Adakah bila dah duduk di Pejabat MB tu merupakan suatu yang sudah cukup besar dan hebat !!!

Gambaran serta harapan rakyat kepada pemerintahan Pakatan Rakyat amat tinggi !!! Jangan sampai nanti rakyat mengatakan …… sama je macam dulu.!!!

Buat mereka-mereka yang berwajib…… renung-renung luahan rakyat bawahan ini. Kami amat inginkan kerajaan yang ada sekarang kekal. Justeru itu lakukan lah sedikit perubahan !!!

Wednesday, November 26, 2008

Menggamit Memori..... Mengharungi Perjuangan !

Paluan rebana Februari 1978 masih terngiang-ngiang di telinga ku. Mana tidaknya, aku bersama kumpulan rebana kampung ku mengiringi Allahyarham Dato’ Hj Hassan Adli ( Panglima Jihad PAS ) merasmikan penubuhan PAS Pasir Panjang Laut yang merupakan antara cawangan terawal di Kawasan Lumut. Mengimbau kenangan ayahanda ku bersama Allahyarham Cikgu Hussain Thalji dan Allahyarham Cikgu Hanan menubuhkan PAS Cawangan Pasir Panjang Laut. Berbekalkan pengalaman 18 tahun sebagai setiausaha UMNO Bahagian Lumut, ayah ku menggerakkan PAS cawangan yang kini YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin menjadi ADUN Pasir Panjang.

Aku didaftarkan oleh ayah ku menjadi ahli PAS dengan nombor keahlian 245630 sekitar awal 80 an.

Tahun 1979 aku dipujuk oleh Ustaz Shoaib Alias untuk mengikuti Nadwah Kepimpinan di Sek Men Sains Taiping. Program yang amat berharga bagi diri ku. Selepas itu aku saban kali menyertai program kepimpinan.

Januari 1986 aku mula memasuki alam pekerjaan. Pertengahan Januari 1986 aku menjalani latihan asas di Kuala Lumpur serta 3 hari di Pusat Islam. Perasmian penutup latihan asas telah dilakukan oleh Ustaz Ahmad Awang Pengarah Pusat Islam ketika itu. Ustaz Ahmad Awang menyentuh Peristiwa Memali yang mengorbankan 13 orang syuhada termasuk As Syahid Ustaz Ibrahim Libya. Suatu sentuhan yang menusuk ke dalam jiwa.

Setelah ‘ attachment ‘ di Seremban selama 3 bulan, aku memulakan karier ku di Ipoh pada Ogos 1986. Pada waktu yang sama berlakunya pilihanraya umum ke 7. Aku membantu calon PAS Kol (B) Hj Nazir Md Jamin bagi DUN Pangkor ( kini di kenali sebagai DUN Pasir Panjang ). Tewas merupakan istilah yang biasa ketika itu.

Selesai pilihanraya aku meneruskan perjalanan menimba pengalaman. Penghuni rumah sewa ku di bawah seliaan IRC. Nama-nama seperti Ir Wahid Jani, Ir Mohd Jiwa, Ir Khalid Hasnan, Hameed Ubaidullah, Fauzi Saim dan ramai lagi mendominasi program tarbiyah ku. Namun jiwa ku sebati dengan PAS . Hujung minggu , aku akan ke Masjid Ar Rahman Universiti Malaya mengikuti kuliah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Begitu juga Masjid Mujahideen Damansara Utama kuliah TG Hj Abd Hadi Awang. Syukur Alhamdulillah program-program tersebut memberikan aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

1988 aku mula bersama PAS Kawasan Tambun bermula di cawangan Sg Rokam. Nama-nama seperti Cikgu Idzam, Abg Arif, Shefek Afendi , Mat Zin Rani di cawangan Manjoi sukar ku lupakan. Nama-nama seperti Pak Arif, Pak Suri, Abg Isa , Pak Dris , Cikgu Ali ( blogger al-husyeen ) merupakan nama yang cukup sinonim dengan cawangan Sungai Rokam. Insan-insan inilah yang mengajar ku meniti liku-liku perjuangan sehingga aku diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Tambun selama 2 penggal. Di waktu yang sama aku mula diamanahkan di peringkat negeri. Aku sempat berketuakan Ustaz Sidek Nor, Cikgu Dahlan , Cikgu Noh, Ustaz Jihbaz Mukhlis, Ustaz Misbahul Munir dan Muhaimin Sulam.

Selepas 2 penggal bersama Kawasan Tambun, persempadanan semula kawasan pilihanraya menyebabkan aku berada di Kawasan Gopeng. Satu kawasan yang unik dari segi sejarahnya. Pak Imam Majid , satu nama yang cukup terkenal dengan semangat perjuangannya merupakan YDP Kawasan Gopeng ketika itu. Atas sebab faktor usia, beliau mengharapkan seorang pengganti yang boleh membawa Kawasan Gopeng ke mercu kejayaan. Kepimpinan kawasan bertukar kepada Ustaz Hj Abu Bakar Hussain. Aku pula diamanahkan sebagai Ketua Pemuda Gopeng di bantu oleh Kamalullail Shaari dan Ismail Che Mat.

Dalam waktu yang sama aku diamanahkan sebagai setiausaha PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan. Cawangan ini cukup unik sejarahnya. Dalam pilihanraya umum ke 8 iaitu tahun 1990, semasa ceramah kempen di rumah Pak Ya, yang hadir ceramah ialah Abg Arif ( penceramah ), Shefek Afendi ( tukang jaga mikrofon ) Abg Isa dan Pak Ya ( tuan rumah ). Selepas pilihanraya tersebut aku diminta untuk menjadi setiausaha cawangan. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan melalui usrah yang bermula dengan 3 orang, hari ini cawangan tersebut mampu menjadi cawangan contoh di Kawasan Gopeng dengan berbagai-bagai aktiviti kemasyarakatan. Bayangkan pernah PAS cawangan melaksanakan program Qurban dengan menyembelih seekor unta yang menelan belanja lebih RM16 ribu seekor ! Hasil dari usrah yang berterusan.

Waktu yang sama aku juga bersama mengikuti usrah cawangan Sungai Rokam. Usrah yang agak elit sedikit. Naqibnya Ustaz Asmudi. Sebelum tu usrah kami naqibnya Ustaz Bashiri Rahmat ( bekas ahli Parlimen Parit ). Antara ahli usrah Sabirin Arshad ( kini Dato’ Dr Sabirin CEO Astronautic Tecnology / angkasa lepas ), Yahya Mat Som ( kini Prof di USA ), Cikgu Ali ( blogger al husyeen ), Khamis Mansor , Cikgu Sawi dan Pak Ya Kecik. Usrah ni agak kritikal sikit. Asyik nak berbalah je…….

Dalam waktu yang sama aku mengetuai usrah Pekan Razaki ( satu cawangan yang agak kontroversi ). Nama-nama seperti ayahanda Yusuf Sam, Cikgu Hanapi, Pak Nik, Zainal Berahi, Bob, Kamal, Shukeri, Hj Tapi , Allahyarham Hj Sopian dan Allahyarham Pak Yob merupakan nama-nama yang sukar untuk dilupakan. Namun yang amat menyedihkan ialah insan-insan yang disebutkan tadi terpanggil untuk mendirikan Surau Mujahidin Pekan Razaki akhirnya diperlekehkan oleh insan yang bernama Rahim Ghafoo. Aku turut merasai tempias kesedihan itu bila aku ‘diharamkan’ untuk menjejak kaki ke surau tersebut. Pedih rasanya….. apalah dosa ku ………

Kepada sahabat-sahabat ku di Kawasan Gopeng, teruskan perjuangan kalian. Badrin,Zainal,Naim, Pak Nik, Wafa, Kamalullail, Radzi dan ramai lagi………. Tugas kalian masih banyak yang perlu dilakukan. Kemenangan pasti datang.

Jun 2004 aku dipindahkan ke Manjung tak lama ….. 10 bulan. Mac 2005 aku ditukarkan ke Teluk Intan. Peringkat awalnya aku sekadar memerhatikan perkembangan semasa. Krisis yang melanda membuat ku rasa terpanggil untuk menyumbang untuk perjuangan. Bermula dengan sedikit sumbangan di cawangan Rumah Awam seterusnya ke peringkat Kawasan. Alhamdulillah krisis yang melanda dapat diredakan dengan formula husnul zan dan meraikan pandangan sahabat disamping sikap bertolak ansur. Ziarah ke cawangan-cawangan dikerapkan dan mendengar masalah cawangan dititikberatkan. Aku diberikan tugas Ketua Penerangan kawasan. Tugas yang amat berat. Kerana pengalaman lalu sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak amat sukar. Berdepan / bertekak dengan Ketua Polis Daerah Ipoh Tuan Tejuddin umpamanya di Hentian Sebelah Ipoh Selatan semasa demonstrasi amat perit ku rasa kan. Namun ianya merupakan kenangan manis yang amat berharga buat ku.

Februari 2008 Parlimen dibubarkan …….. DUN Changkat Jong diamanahkan kepada PAS untuk meletakkan calon. Bendahari Kawasan diamanahkan menjadi calon. Aku dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya !!! Beratnya tugas ini !!! Rupanya tugas ini menjadi amat ringan apabila semua pihak memberikan komitmen yang cukup tinggi. Ulama, Pemuda, Muslimat, cawangan-cawangan bertungkus lumus bekerja.

Berkat doa dan tawakkal selepas berusaha, sewaktu azan maghrib dilaungkan di Masjid At Taqwa Padang Tembak , aku bersama teman-teman di bilik gerakan MTD turut bertakbir kerana hasil laporan semua unit UPU membuahkan keputusan yang cukup bermakna …. Calon PAS Hj Mohd Anuar Sudin menang dengan majoriti 899. Takbir !!!!

Kini 9 bulan berlalu……. Untuk mempertahankan kemenangan sebenarnya lebih sukar dari mencapai kemenangan. Namun sahabat-sahabat ku mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan ini. Teruskan sahabat-sahabat ku. Ikhlaskan diri mu. Allah akan memudahkan segala usaha kita. Pengorbanan yang kita lakukan bermula dari masa, harta dan jiwa raga ini ….. kita serahkan kepada Allah .

Teruskan perjuangan !