Monday, June 15, 2009

Salam Perjuangan.

Alhamdulillah...... jam 2.00 pagi tadi kaki selamat menjejak bumi Teluk Intan. Setelah lebih 2 minggu berada di perantauan. Sebelum sampai ke Teluk Intan, sempat singgah sebentar di Changkat Jong ( Kedai Pak Jaafar ) kerana ibu mertua nak menumpang bilik air. Jumpa pulak dengan Ketua Unit Amal Kawasan....... dapatlah sedikit sebanyak berita kawasan. Katanya esok ada perlawanan sepak takraw Piala YB ADUN Changkat Jong. Sempatlah memberikan nasihat agar teruskan program mendekati anak muda. Banyakkan penglibatan anak muda dengan aktiviti kemasyarakatan. Beliau memberikan komitmen akan mengadakan program mengecat masjid, sekolah agama rakyat dan sebagainya.

Lepas tu aku meneruskan perjalanan ke Masjid Daerah Teluk Intan bersama rombongan yang pergi menunaikan umrah. Turut serta dalam rombonganku ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan Bagan Datoh dan Setiausaha PAS Cawangan Kg Kilang Padi. Tak ketinggalan juga turut serta dalam rombongan umrah kami.... AJK UMNO Bahagian Bagan Datoh.

InsyaAllah dalam post akan datang, akan ku cuba berkongsi pengalaman 14 hari di bumi ambia' Mesir , Madinah dan Mekah.