Wednesday, December 7, 2011

Teka-teki Pilihanraya Umum ke 13

Pelbagai andaian mengatakan tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU 13 diadakan. SMS yang diterima petang tadi mengatakan 20 Disember 2011 akan dibubarkan Parlimen.

Apa-apa pun PRU 13 semakin hampir. Orang Melayu telah ditakutkan dengan ucapan oleh pimpinan tertinggi UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas. Sekiranya UMNO kalah , maka kuasa orang Melayu akan hilang ! Satu kenyataan yang amat pelik dan tak masuk akal.

Apa yang dikatakan itu membuktikan tanda yang amat jelas bahawa UMNO / BN akan kehilangan kuasa kali ini. Justeru semangat para petugas Pakatan Rakyat cukup terangsang dengan ucapan pemimpin UMNO kali ini.

Ayuh bangun !!! Seluruh petugas parti. Kita tamatkan riwayat UMNO yang rakus dengan pelbagai penyelewengan ini. Mari kita ganti dengan satu corak kepimpinan baru yang berjiwa rakyat !!!

Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional !!!

Wednesday, November 30, 2011

Perkauman : Wajah sebenar UMNO.

Oleh : Mohd Firdaus Jaafar

Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak ‘ketahuan’ lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang ‘sakaratul maut’.

Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan ‘tongkat’ kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat ‘buah tangan’ isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di’selamat’kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut?

Ucapan Muhyiddin ketika merasmikan persidangan tiga sayap UMNO pada 29 Nov 2011 di Kuala Lumpur adalah dengan berniat jahat kononnya DAP parti yang paling ‘rasis’, mahu mewujudkan negara republik dengan mengenepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam adalah tidak benar sama sekali. Bagaimana seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Jadi amat malanglah bagi para guru mempunyai menteri yang bersikap sebegini.

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Maslan yang berkata bahawa Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), ucapkan ‘selamat tinggal’ kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja. Seterusnya beliau menambah lagi dengan mengatakan juga ‘Selamat tinggal’ kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian (merujuk kepada usahasama PAS di dalam Pakatan Rakyat). Bukankah ucapan-ucapan ini boleh mencetuskan rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan orang melayu yang boleh membawa kepada rusuhan kaum? Apakah mereka lupa apa yang terjadi kepada tulisan jawi? DAP yang yang mengharamkannya? Bagaimana pula nasib yang menimpa Dewan Bahasa Dan Pustaka? Kemana perginya Saham Bumiputera yang bernilai puluhan bilion ringgit? Bukankah PPSMI diluluskan oleh UMNO/BN yang menyebabkan ramai pelajar melayu terutamanya di yang tinggal dipendalaman ketinggalan? Mengapa Undang-undang Murtad tidak digubal sedangkan sebelum ini berapa ramai melayu UMNO yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama menjadi ahli parlimen?

Atas dasar inilah, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru kepada kaum lain terutama Kaum Cina agar bertindak ‘mengajar’ UMNO/BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana sudah jelas dan nyata punca kepada perpecahan kaum yang berlaku adalah kerana selagi wujudnya parti yang berteraskan bangsa ini. Mereka bukannya menghentam DAP secara khusus akan tetapi yang tersiratnya adalah menghina Kaum Cina keseluruhannya setelah mereka menemui jalan buntu untuk mendapatkan kembali sokongan dan undi kaum tersebut. DAP yang bertindak memperjuangkan keadilan sehingga sanggup memecat mana-mana ahlinya yang didapati menyalahguna kuasa dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan. Tidak sepertimana UMNO/BN yang bertindak membela Shahrizat yang dituduh menyelewengkan RM250juta tanpa dibawa kemuka pengadilan. Rekod pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang dipuji oleh Audit Negara tidak diendahkan. Begitu juga nasib rakyat Pulau Pinang lebih terbela tanpa mengira bangsa dan parti berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu juga di’gelap’kan oleh mereka.

Ayuhlah bersama di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjamin kesejahteraan antara kaum dan agama supaya hidup akan lebih harmoni dan tenteram daripada pemikiran politik sempit UMNO/BN. Terima kasih diucapkan kepada UMNO kerana dengan ucapan-ucapan sebegini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perangai dan tingkahlaku mereka. Sudah sampai masanya mereka di’didik’ dengan ‘bahasa’ undi kerana hanya itu sahaja ‘jalan’ yang paling sesuai dan mudah difahami oleh UMNO/BN.

**Mohd. Firdaus Jaafar adalah Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

Thursday, November 17, 2011

Biadapnya pemimpin UMNO Bahagian Teluk Intan

Pengagihan wang RM100.00 kepada para pelajar pada hari ini 17 November 2011 menyerlahkan lagi perangai buruk pemimpin UMNO. Ada pengetua yang diherdik oleh AJK UMNO Bahagian Teluk Intan kerana gagal menyalurkan wang tersebut jam 10 pagi yang menyebabkan beliau menunggu lama kerana beliau hendak ke sekolah lain bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Pemimpin UMNO ni bercakap / mengherdik tanpa menggunakan akal langsung !!! Wang ada dalam akaun di bank. Bank buka pukul 9.30 pagi. Bukannya bank senang-senang nak keluarkan duit berjumlah puluhan ribu dengan mudah-mudah !! Kena debit akaun dulu , kemudian barudiserah kepada pihak sekolah. Perjalanan kena ambil masa. Semua ni tak difikirkan oleh pemimpin UMNO. Yang dia tahu , mereka je yang pandai. Orang lain semua tak tahu buat kerja..........

Kesian kat seorang pengetua yang kena marah dengan Dato Saiful ( AJK Bahagian Teluk Intan ) pagi tadi.

Ya........ warga pendidik melahirkan rasa dukacita mereka dengan tindakan pemimpin UMNO dan BN ni........ Sebelum sumbangan disampaikan , pemimpin BN /UMNO berucap .............

Isi ucapan ...........bersyukur kepada kerajaan BN , kerajaan BN sahaja yang bijak mentadbir dan kena berikan sokongan dengan mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Malang ......... bagi rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin UMNO / BN seperti ini.

Tapi ........... rakyat sekarang bukan boleh ditipu lagi ....... Mereka dah cukup meluat dengan BN. Bagi duit mereka ambil ....... tapi kali ini Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan mereka.

Rakyat akan mengajar BN di peti undi kali ini.

Monday, November 14, 2011

Oooooooo Rosmah isteri ke 2 .....

Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak:

Harga saham Harvest Court Industries Bhd, syarikat balak yang kurang diketahui sebelum ini, melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun selepas anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.

NONEHarga sahamnya mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang tadi, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu.

Harga itu kemudiannya ditutup pada RM2.13. Ia adalah rekod lonjakan 48 sen atau sehingga 29 peratus sejak semalam.

The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata Nazifuddin dan rakan perniagaannya Raymond Chan dilantik antara pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober.

Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu - sehingga 1.7 peratus pada 4 November, manakala Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 peratus.

Sejak itu, harga saham melepasi RM1 dan kekal dalam senarai jumlah tertinggi untuk beberapa hari.

Nazifuddin, 28, anak kedua Datuk Seri Najib Razak dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Pasangan itu berpisah pada 1987 dan Najib kemudiannya mengahwini Rosmah Mansor.

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya 'Idul Adha

Saya sempat menyembelih 2 ekor lembu


10 Zulhijjah 1432 disambut dengan penuh kesyukuran. Laungan Takbir membesarkan Allah bergema. Di masjid , surau dan juga di tempat sembelihan turut kedengaran. Khutbah Idul Adha yang saya sampaikan pagi tadi banyak menyentuh erti sebuah pengorbanan. Tidak ketinggalan saya sentuh perlunya hukum-hukum Allah dilaksanakan tanpa ragu-ragu. Adalah satu pengorbanan dengan meninggalkan undang-undang ciptaan manusia dan mesti diganti dengan undang-undang Allah.

Seperti biasa sembelihan lembu korban dilaksanakan di banyak tempat. Alhamdulillah di tempat saya Kariah Kg Banjar 11 ekor lembu telah disembelih. Kariah Taman Intan Mas juga 11 ekor lembu telah disembelih. Kerjasama antara yang muda dengan tua sangat baik. Moga-moga semangat ini dapat diteruskan.


Saturday, October 29, 2011

Pandangan yang perlu diperbetul

Kerjasama yang wujud dalam Pakatan Rakyat mengundang pelbagai kerisauan dikalangan orang Melayu. Mereka yang lama bergelumang dalam UMNO yang ingin mendekati perjuangan PAS melahirkan kerisauan serta kebimbangan PAS diperkuda atau diperalat oleh Cina DAP !

Khusus buat rakan-rakan ku , ikuti penjelasan dari Ustaz Dr Khairudin Aman Razali selaku Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat yang menghurai berhubung Tahaluf Siyasi yang jauh perbezaan dengan apa yang dilakukan oleh UMNO dengan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC , Gerakan dll.

Baca petikan ini dengan hati yang terbuka serta jauh dari prasangka :

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli-ahli dan para penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan tohmahan-tohmahan liar yang dibuat oleh Umno BN terhadap parti mereka kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, mereka dituntut agar memahami dengan mendalam mengenai perjanjian tersebut kerana ia mempunyai rahsia amat besar bagi perjuangan Islam.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri berkata, langkah yang diambil oleh PAS mengenai perkara itu telah difikirkan dengan mendalam oleh pucuk kepimpinan parti dan selaras dengan tuntutan syarak.

Menurut beliau, asas perjanjian itu seperti yang terkandung dalam konsep "Tahaluf Siyasi" adalah berkerjasama untuk menentang kezaliman dan selagi tidak menghalalkan yang haram serta mengharamkan yang halal.

Katanya, dengan bertahaluf siyasi, PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat pasti akan memperolehi ruang yang lebih luas untuk bersama-sama menentang kezaliman, sekali gus lebih memudahkan usaha bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya, termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ia adalah untuk kepentingan bersama bagi menentang kezaliman. Sekiranya hasil dari "Tahaluf Siyasi" ini akan merugikan PAS seperti menyebabkan PAS berada di pihak yang lemah yang boleh merugikan perjuangan Islam atau menghalalkan yang haram, PAS pasti akan melakukan kajian semula pula nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "PAS dan Tahaluf Siyasi" pada Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Mohd Fadzil Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Ijtimak yang bertemakan "Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya" itu berlangsung selama 3 hari bermula semalam dengan disertai ribuan para pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan dari seluruh negara.

Menurut Khairudin, hasil kerjasama itu bagaimanapun tidak mungkin akan merugikan pihak PAS kerana perkara itu sememangnya sentiasa dipantau oleh para pemimpin parti dengan teliti secara berterusan.

Katanya, selain itu, kesemua pihak terbabit dengan kerjasama itu termasuk para pemimpin DAP dan PKR turut bertindak demikian bagi menjaga keutuhan ikatan itu sendiri demi kepentingan bersama.

"Jadi kemungkinan yang buruk itu tidak perlu dibimbangi oleh ahli-ahli PAS kerana kesemuanya pasti berlangsung dengan baik, selaras dengan asas perjanjian itu untuk bersama-sama menentang kezaliman," katanya.

Sehubungan itu, tegasnya, seluruh pemuda dan ahli-ahli PAS perlu memberikan kerjasama penuh kepada parti mereka dan Pakatan Rakyat dengan mempertingkatkan usaha untuk mencapai kemenangan pada PRU Ke-13 nanti.

"Dengan itu, barulah kita akan memperolehi kemenangan besar dalam PRU Ke-13 nanti dan kezaliman di negara ini akan dapat diatasi, sehingga usaha memberikan hak kepada yang berhak dapat kita laksanakan," ujarnya.

Matlamat PAS untuk memegang tampuk kekuasaan, tegasnya, bukanlah untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk kepentingan perjuangan Islam demi menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air kita.

"Itulah matlamat perjuangan PAS. Matlamat itu tidak akan berubah sampai bila-bila dan ia berbeza dengan pendekatan yang boleh berubah berdasarkan kepentingan semasa.

"Kini, salah satu pendekatan yang diambil oleh PAS dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Kerjasama itu pasti akan menghasilkan kejayaan besar pada PRU Ke-13 nanti sekiranya ia disusuli usaha keras oleh ahli-ahli PAS untuk mencapai kemenangan" ujar beliau.

Wednesday, October 19, 2011

MB UMNO : Solat Dhuha perlu di-publisiti.


20 Oktober 2011 Khamis jam 8.30 pagi ahli Kariah Kg Melayu Sg Rapat akan menerima kedatangan MB ( rampasan ) Perak. Nak solat sunat Dhuha bersama imam , bilal dan guru Kafa.

Solat Dhuha pun perlu publisiti. Banner dah digantung kat Masjid Kg Melayu. Kesian kat imam-imam Masjid Kg Melayu. YB Hamidah pun turut akan bersama di Majlis Solat Dhuha tersebut.

Kalau BN buat , tak apa ........ Tapi kalau kumpulan lain buat .... tak boleh ....... sebab mempolitikkan institusi masjid.

Pilihanraya dah dekat ....... pemimpin BN semakin wara'........... lepas pilihanraya .....hilang !!


Saturday, September 24, 2011

Mesti baca !

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Shah Alam dan MTD Paya Jaras, Parlimen Subang di atas kemenangan awal terhadap SPR.


Ketua jabatan itu, Mohd Sany Hamzan berkata, mereka menang apabila pihak SPR telah bersetuju untuk menggugurkan seramai 52 orang di Shah Alam dan 220 orang di Subang warga asing yang cuba untuk dimasukkan sebagai pengundi di dalam daftar pemilih suku pertama tahun ini di Selangor.

"Syabas diucapkan kepada petugas-petugas PAS di Selangor yang telah bertungkus lumus untuk mempastikan pihak SPR tidak secara wewenang melakukan ‘penipuan terancang’ untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor," kata Sany dalam kenyataannya.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, katanya, meminta supaya pihak SPR Selangor menggantung sementara rang daftar pemilih baru ini untuk dilakukan ‘pembersihan’ yang lebih terperinci dan telus.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga berharap semoga petugas-petugas dan jentera parti di semua peringkat khususnya pemuda-pemuda perlu sentiasa bersiap siaga dengan segala keperluan dan kelengkapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Beliau menjangka, pihak Umno/BN sudah pasti akan terus mencari jalan serta strategi ‘kotor dan haram’ untuk mempastikan kemenangan mereka dapat terus dipertahankan.

"Oleh itu, tahap kewaspadaan yang tinggi terhadap sebarang helah dan tipu daya musuh perlu dipertingkatkan supaya tidak terperangkap di dalam pelukan musuh," beliau memberi peringatan.

Istiqamah di dalam menjaga hubungan kepada Allah Yang Maha Esa perlu sentiasa di jaga supaya diri terlindung dari malapetaka bahaya yang dibisikkan oleh syaitan dan tentera-tenteranya.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, katanya, meminta supaya para petugas parti meneruskan agenda memperkukuhkan organisasi jentera pilihanraya parti di semua peringkat khususnya di peringkat pemuda dengan meneruskan agenda penambahan pengundi-pengundi baru, mengenal pasti dan melakukan servis kepada mereka, melakukan semakan dan bantahan terhadap rang daftar pemilih baru secara bersistematik.

"Semoga semua gerakerja yang dilakukan oleh petugas-petugas parti akan memberikan tumpuan menghadapi Pilihanraya dan menjurus kepada 'PAS menggantikan Umno' sebagai parti teras Melayu Islam," kata beliau.

DIPETIK DARI HARAKAHDAILY.

MAKNANYA OPERASI MENDAFTAR PENDATANG ASING SEBAGAI PENGUNDI BENAR-BENAR WUJUD !!!

BN MELAKUKAN KERJA TERKUTUK BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA TERUS MEMERINTAH DENGAN BANTUAN SPR !

AYUH SEMUA !!!! MEMANGKAH BN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG INI BERMAKNA KALIAN SEMUA BERDOSA !!!!

Saturday, September 3, 2011

Maaf Zahir Batin


Salam 'Idulfitri untuk semua pengunjung Blog ini.

Mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan tulisan serta kupasan dari Blog ini.

Teruskan Perjuangan !

Dari :

hjazhar.blogspot.com

Saturday, July 9, 2011

Warna-warni Bersih 2.0




4 ptg masih sesak

Warga asing begitu riang


Turut serta berbilang kaum ( 1Malaysia ..... hancur BN )

Pelancung asing turut serta


Tangkapan bermula jam 11 pagi . Sekitar KL Sentral. Antara yang ditangkap DS Presiden, YB Mahfuz , YB Salahudin , YB Tian Chua.

9.00 pagi ...jalan masuk ke KL di tutup bermula selepas jejantas Sg Buloh. So nak masuk KL kena ikut Exit Damansara.

Sekitar Bersih 2.0 9 Julai 2011

Terkini

KL Sentral : 12.45 tgh Datuk Mahfuz Omar dan Yb Salahudin Ayub di tahan polis. Kini sedang di bawa ke balai polis Jinjang. Semakin ramai berkumpul di KL Sentral. Ada yang mula berjalan kaki menuju ke pusat bandar / stadium merdeka.

Lunturkah semangat rakyat ?

KL Sentral 9 Julai : Walaupun tangkapan sewenang-wenangnya berlaku , adakah tindakan ini akan melunturkan semangat rakyat yang inginkan keadilan ? Jawapannya TIDAK ! Tangkapan yang berlaku di depan mata saya di KL Sentral , depan MyHotel , depan kedai OldTown jelas ianya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak polis. KL ketika ini seperti Bandaraya Polis. Polis bersepah di merata sudut. Ada yang cakap sembarangan akan dihampiri oleh polis. Laporan / hit ini pun menumpang di lobi MyHotel. Laporan seterusnya akan menyusul ..... KL Sentral 11.45 pagi

Sunday, June 19, 2011

PAS Perak selesai bentuk jawatankuasa

IPOH, 19 Jun: PAS Perak selesai membentuk Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak dengan beberapa perubahan bagi jawatan utama.

Ust. Abu Bakar Husain yang dilantik semula sebagai Pesuruhjaya selepas mesyuarat pertama AJK PAS Pusat pada 12 Jun lalu yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin kekal dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ust. Misbah merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh.

Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) yang juga Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.

Dr. Muhaimin Sulam pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Ust. Misbahul Munir Masduki . Perlantikan Dr. Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Pasir Salak dibaratkan sebagai ‘sirih pulang ke gagang’ kerana beliau pernah menyandang jawatan berkenaan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak , Ust. Nuri Amin Endut dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru mengantikan ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim Manakala Haji Osman Maseri dilantik sebagai bendahari.

Dua penolong setiausaha telah dilantik iaitu Ismad Sahril dan Puan Mazidah.

Haji Asmuni Awi kekal dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri .

Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah ADUN Lubuk Merbau YB Haji Zainuddin Yusuf, Ust Sidik Noor, Mohd Azhar Rafiei, Muhammad K Y Tiang, Mohd Zamri Ibrahim, Khairul Anuar Ismail dan Puan Rosaini bt Ali.
( Sumber dari Facebook Ust. Misbahul Munir Masduki )

Saturday, June 4, 2011

Friday, June 3, 2011

Muktamar Tahunan ke 57

Hj Akram Bersama tetamu dari Indonesia

Perwakilan Kawasan Teluk Intan



Kuala Lumpur 3 Jun :

Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 bermula hari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad , Taman Melewar.

Muktamar bermula dengan ucapan dasar yang telah disampaikan oleh YB Dato Seri Presiden. Ucapan yang bertemakan " Membangun Negara Berkebajikan " telah disampaikan dengan penuh semangat selama 1 jam setengah.

Antara tetamu luar negara yang hadir ialah Speaker Parlimen Palestin , Naib Rais Jamaat Islami Pakistan , wakil Tunisia , wakil Algeria , wakil-wakil dari kedutaan Amerika , Britain dan Jepun serta Partai Keadilan Sejahtera Indonesia.

Kawasan Teluk Intan diwakili oleh 5 orang yang diketuai oleh Timbalan YDP Kawasan.

Wednesday, May 25, 2011

Harga minyak akan naik lagi

Siap-siap rakyat Malaysia!!!!!

Bulan Jun ni ...... harga minyak naik lagi.

Rakyat Malaysia sekelian ..... Kita mesti tumbangkan BN dalam pilihanraya umum yang akan datang ni ........ bulan NOVEMBER !!!!

Jaga BN !! Rakyat akan menghukum BN kali ini.

Friday, May 6, 2011

Persiapan Pilihanraya

Tanda-tanda PRU 13 makin hampir. PM Najib menjelajah negeri-negeri di Malaysia dengan memburuk-burukkan negeri kerajaan Pakatan Rakyat sudah cukup bagi membuktikan hampirnya pilihanraya.

Bagi DUN Changkat Jong kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS mesti dipertahankan. Kerja-kerja kebajikan tetap menjadi agenda DUN Changkat Jong DUN Sejahtera. Bagi meneruskan agenda ini, dana amat diperlukan.

InsyaAllah usaha berterusan bagi mengumpul dana akan diteruskan. Justeru adalah diseru bagi sesiapa yang membaca tulisan dapat memberikan sumbangan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Teluk Intan 08031010039262 ( tabung pilihanraya ).

Dalam zaman serba canggih ini berbagai cara sumbangan boleh dibuat. Melalui handphone boleh, melalui internet boleh. Macam-macam boleh.

Alhamdulillah, petang tadi telah ada sahabat yang telah menyumbang. Semoga Allah membalas atas segala sumbangan yang diberikan.

Teruskan menyumbang !

Friday, April 29, 2011

Sambutan Hari Pekerja

Lajnah Pekerja PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu program Hari Pekerja pada 8 Mei 2011 bertempat di Ipoh bermula jam 4 petang.

Program tersebut diisi dengan wacana serta diskusi yang akan disampaikan oleh Hj Anuar Tahir , Sdra Hanipa Maidin dan Hj Muhamad Sabu.

Adalah amat diharapkan pihak kawasan-kawasan diseluruh Negeri Perak dapat menghantar 5 orang wakil bagi program tersebut.

Pada sebelah malamnya pula , satu ceramah perdana akan diadakan di Kompleks PAS Tapah ( jalan Bidor ) yang membariskan penceramah seperti DS Mohd Nizar Jamaluddin, Hj Muhamad Sabu, Sdra Hanipa Maidin, Hj Anuar Tahir dan YB Abdullah Sani.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha Lajnah di talian 016-5084516 / 016-5330488

Tuesday, April 19, 2011

Ucapan Perasmian

Ucapan Perasmian


Sdr Hu Phang Chaw Pengerusi DHPP Pusat turut hadir

Ucapan wakil Badan Perhubungan PAS Perak Ust Misbahul Munir

Ucapan YDP Kawasan Ust Hj Ismail Che Nik

10.30 pagi .........

Ucapan perasmian Hj Mohd Sabu menyentuh sejarah liku-liku perjuangan PAS . Bermula dengan liku-liku yang dilalui oleh pimpinan terdahulu seperti Dr Burhanudin alHelmi , Dr Zulkifli Muhamad dan lain. Namun ada juga pimpinan tertinggi parti meninggalkan perjuangan seperti Datuk Asri Muda dan Ust Nakhaei Ahmad. Namun parti tidak lumpuh malah makin utuh dan kukuh.

Pilihanraya Sarawak turut disentuh. PAS punya masa depan yang cerah di Sarawak

Akhlak pimpinan turut disentuh. Kemewahan pemimpin setelah mendapat kedudukan mesti dibendung kerana rakyat menilai perubahan pemimpin.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan ke 37

Sebahagian perwakilan cawangan

Perasmi mesyuarat Hj Mohd Sabu



Perwakilan cawangan

Perwakilan Dewan Muslimat


Teluk Intan 19 April :

PAS Kawasan Teluk Intan berlangsung bertempat di Markas PAS Kawasan. Majlis dirasmikan oleh Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat. Badan Perhubungan PAS Perak diwakili oleh Ust Misbahul Munir Masduki Setiausaha BPP Perak. Turut hadir mantan Setiausaha BPP Perak Dr Muhaimin Sulam.

Kehadiran para perwakilan sejak jam 8 pagi begitu ceria dan bersemangat kerana mesyuarat agung merupakan agenda tahunan bagi semua perwakilan boleh bermuhasabah atas segala gerakerja sepanjang setahun.

Dalam ucapan aluan YDP PAS Kawasan Ust Ismail Che Nik bertema Memperkasakan Parti, Mengekalkan Kemenangan padat dengan saranan yang merupakan halatuju perjuangan PAS Kawasan Teluk Intan.

( 9.30 pagi )

Laporan seterusnya menyusul .........

SELAMAT BERMUKTAMAR

PAS Kawasan Teluk Intan akan bermesyuarat agung pada hari Selasa 19 April 2011 di Markas Pas Kawasan Teluk Intan.

Kepada semua perwakilan ........ Selamat Bermuktamar / Bermesyuarat. Semoga medan muhasabah ini dimanafaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan parti di masa akan datang.

Tuesday, April 12, 2011

Wow !

Wow ! ( nada saudagar Hasan Lempoyang dalam filem Tiga Abdul )

Berikut disenaraikan hartanah milik Taib Mahmud dan suku sakatnya !!!!

  1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  4. 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  5. 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
  6. 750 hektar … di Jalan, Miri.
  7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
  8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  9. 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  10. 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  11. 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
  12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  13. 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  14. 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
  15. 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
  18. 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
  19. 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
  22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
  23. 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
  24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
  25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  27. 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  28. 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  29. 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  30. 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  31. 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  32. 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  33. 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  34. 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
  36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  40. 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  43. 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
  44. 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  45. 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
  46. 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
  47. 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  48. 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
  49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  50. 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  51. 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  52. 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  53. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  54. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
  55. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
  57. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
  58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
  59. 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
  61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

Monday, April 11, 2011

Majlis Ramah Mesra bersama DHPP Teluk Intan

Sebahagian J/kuasa DHPP Teluk Intan


Ikrar sokongan bersama AJK PAS Kawasan



PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkan majlis ramah mesra dengan Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Teluk Intan. Majlis berjalan dengan cukup mesra diantara seluruh jawatankuasa . Majlis berjaya merungkai beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh DHPP melalui penjelasan daripada Jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan.

Penjelasan tersebut telah dilakukan oleh Naib YDP Kawasan, ADUN Changkat Jong, Pengarah Pilihanraya Kawasan, Ketua Muslimat Kawasan dan diakhiri oleh YDP Kawasan sendiri.
Pihak DHPP berjanji akan mengatur majlis dialog dengan masyarakat bukan Islam dimasa yang terdekat.

Saturday, April 9, 2011

Sejarah 16 April 2011

Satu sejarah insyaAllah akan dicatat pada PRU ke 10 Sarawak kali ini. BN akan akur dengan kehendak rakyat. Mari sama-sama kita berdoa. Cukuplah BN memerah keringat rakyat untuk mengenyangkan kroni-kroni. Cukup,cukup,cukup !

Laporan yang diterima setakat ini .......... menggerunkan BN !

Friday, April 8, 2011

Mufti kena letak jawatan

KUCHING, 8 April: PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka.

Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kejadian yang berlaku terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia.

Ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks, para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja.

Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu.

Antara mangsa salah lapor ini adalah Tuan Ibrahim sendiri yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini.

"Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama," cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini.

Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media tradisional yang dikawal Umno dan BN.

Kenyataan begini amat dinanti oleh rakyat kerana ketegasan mereka akan dilihat pendirian rasmi para mufti. Sayangnya kenyataan begini jarang dikeluarkan oleh media tradisional kerana ianya bertentangan dengan agenda tersembunyi UmNo, kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, tindakan media tradisional ini sekali lagi membuktikan isu video adalah agenda Umno bagi mematikan karear politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus merencatkan perubahan politik yang sedang berjalan di Sarawak.

Katanya, apa yang membimbangkan ada ura-ura pihak tertentu yang akan mengedarkan klip video ini di Sarawak, khususnya di kawasan Melayu bagi tujuan jahat mereka ini.

Memandangkan tiadanya senbarang tindakan phak polis bagi mengambil tindakan kepada Trio Umno yang menayangkan klip ini dan tindakan media perdana menyiarkan klip ini, maka tindakan ini tidak mustahil, tambahnya.

"PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah," katanya.

Kata Tuan Ibrahim, sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan;

1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ada lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat.

2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.

3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."

4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti.

Harakahdaily

Apa sudah jadi daaaa........


Bila pihak Pemuda PAS Perak mohon fatwa isu ancak ........ cepat-cepat keluar kenyataan Zambry tak buat benda khurafat kerana tanpa niat. Akhbar Sinar terus siar muka depan 11.1.2011


Bila keluar isu fatwa poco-poco .... akhbar cepat keluar.

Bila isu 'video sex' ...... bila dia komen ....... Utusan Malaysia tak siar !!!!

Baru sedar ke ..........

Wednesday, March 23, 2011

Siapa Datuk T ?

Hahaha ........ rupanya salah seorang Datuk T yang menggemparkan itu ialah Rahim Tamby Chik.......

Ingat lagi ke kepada Rahim Tamby Chik ni . Kerana Rahim Tamby Chik lah yang menyebabkan Lim Guan Eng merengkok dalam penjara demi menjaga maruah seorang gadis Melayu yang dirogol oleh Datuk T ......

Tiba-tiba nak jadi hero video seks pulak !!!! Hahaha ..... mari kita ketawa besar-besar !!!!

Pemimpin UMNO keterlaluan

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tindakan para pemimpin Umno BN itu, menurut beliau, amat keterlaluan kerana untuk mengekalkan kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja terasuk penipuan dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sediri.

"Terbaru, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar," kata Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.

Antara bahaya fitnah, katanya, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa khazah, merrosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.

"Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang.

Selain itu, katanya Umno atau BN difahamkan telah meluluskan kemasukan 90,000 pekerja asing ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selain PRU, mereka juga didakwa akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagii membolehkan mereka menempa kejayaan.

Ketika mendedahkan perkara itu berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar.

Menurut beliau, pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka.

Kata, keadan itu terjadi kerana mereka sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nerlayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno.

"Peliknya pula mereka juga sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja.

"Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Next >

Mufti Perak sedia temu MB Kelantan

IPOH, 23 Mac: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang diusahakan Dewan Pemuda PAS negeri.

Beliau mengambil pendekatan meraikan hasrtat mana-mana pihak untuk bertemu dan berbincang berkenaan apa-apa isu apatah lagi yang mempunyai kepentingan terhadap umat Islam.

Harussani menyatakan jabatannya sering mengamalkan pintu terbuka terhadap kunjungan mana-mana pihak.

“Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan kedatangan beliau dan bersama-sama mencari penyelesaian tgerhadap apa-apa isu yang diketengahkan,” ujarnya di dalam surat kepada Pemuda PAS negeri.

Surat itu sebagai jawapan balas kepada surat daripada Pemuda PAS negeri bertarikh 7 Mac lalu yang berhasrat mengatur pertemuan Harussani dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

dipetik dari Harakahdaily

Wednesday, February 16, 2011

Liqa Fikr Kaw Teluk Intan bersama PJ Perak

Mengupas tajuk Al Fahmu sebagai tajuk pilihan bagi bulan ini, AF Ust Bakar mencuri perhatian seluruh ahli yang hadir dengan kiasan-kiasan yang sungguh menarik dan berkesan. Disebabkan penyakit tidak FAHAM dan SALAH FAHAM mengakibatkan masyarakat keliru dengan Islam. Masyarakat memahami Islam secara ikutan atau secara adat. Maka menjadi tugas seluruh ahli Pas memahamkan masyarakat kehendak Islam yang sebenarnya. Beliau turut menekankan ahli untuk istiqomah dengan semua program parti dan seterus melancarkan Kempen Sifar Ponteng peringkat Pas Kawasan Teluk Intan. Beliau menaruh harapan yang tinggi kepada seluruh ahli yang memenuhi markas kawasan untuk memikul tanggungjawab yang suci ini.

Tuesday, February 15, 2011

AJK PAS Lumut meninggal dunia

YDP PAS Kawasan Lumut berucap bagi pihak keluarga Allahyarham

YDP Lumut dan DS Nizar


Lumut , 15 Feb : PAS Kawasan Lumut telah kehilangan ahli jawatankuasanya, Zakaria Yassin, 51, yang meninggal dunia jam 1.00 pagi tadi.

Allahyarham juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) N51 Pasir Panjang, Pengerusi Bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Lumut.

Pada malam tadi selepas pergi memancing, beliau mengadu sakit dada dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Siti Zabedah Yasin dan lima orang anak.

Beliau bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Orang Besar jajahan Manjong. Jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya, Batu Kurau, Taiping.

Ribuan sahabat handai Allahyarham berkumpul di Surau MADAH Seri Manjung untuk memberikan perhormatan terakhir buat Allahyarham. Kemudian solat jenazah telah diimamkan oleh DS Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang

"PAS Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarganya dan berharap ahli keluarga tersebut bersabar menghadapi ujian ini," kata Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki.

Friday, February 11, 2011

Harga minyak akan naik lagi

Lepas solat isya hari ni..... dapat sms dari informer.
Sheikh ..... minyak nak naik lagi. Dulu Ron 97 bulan Nov naik ke RM2.15. Sebulan selepas tu naik jadi RM2.30. Sebulan lepas tu naik lagi jadi RM2.50 ........ itu pun masih boleh pilih lagi BN di Tenang. Hari ni guru besar cemerlang pulak dapat habuan....... BN bodek lagi .......

Tapi ingat !!!! Tunggu lah sikit hari lagi ......... Ron 95 akan naik pulak ........
Nak pilih BN lagi ke ??? Tak nak BN ???

Jadi mari kita pakat tumbangkan BN dalm PRU ke 13........ ( ada sumber mengatakan pada bulan Jun ni )

Thursday, January 20, 2011

Hari Keluarga PAS Rapat Jaya Tambahan

Juara cabaran Teh Tarik Sdr Yusri

Cabaran Teh Tarik ( Ketua Cawangan sedang beraksi )

Gopeng :
Bertempat di Kem Hanifa Gopeng, PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan melaksanakan aktiviti santai. Sebahagian besar ahli cawangan hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Berbagai acara santai telah dijayakan.
Pertandingan gubahan , cabaran teh tarik dan tidak ketinggalan acara kanak-kanak.
Program turut diisi dengan motivasi oleh saya sendiri ( bekas setiausaha cawangan ) sebelum makan tengahari. Selepas menikmati makan tengahari , peluang mandi di sungai bersebelahan kem digunakan sebaik mungkin oleh peserta program. Kemudiannya disusuli dengan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh Ketua PAS Cawangan.


Hasil gubahan nenas dan tembikai

Acara santai untuk kanak-kanak



Acara gubahan