Tuesday, August 24, 2010

Ehya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan

AF Ust Ibrahim menyampaikan Tazkirah.

Jadual Ehya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan

Solat Tarawih dipimpin oleh pimpinan cawangan Rumah Awam

YDP Kawasan serta pimpinan kawasan

Pelapis pimpinan kawasan turut serta semasa iftar jamaei

Menunggu waktu berbuka digunakan untuk bertukar-tukar fikiran

14 Ramadhan 1431 :

Tradisi lazim PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkan program sepanjang Ramadhan diteruskan pada tahun ini. Hari Selasa merupakan yang dipilih saban tahun.

Petang tadi PAS Cawangan Rumah Awam mengambil tugas pengendalian majlis.

Majlis bermula dengan iftar jamaei dan diikuti dengan solat maghrib. Kemudian diikuti dengan solat isya , solat sunat tarawih. Seterusnya majlis tazkirah dijalankan. Tazkirah kali ini disampaikan oleh AF Ust Ibrahim Zakaria.

Tazkirah dimulakan dengan menceritakan pengalaman beliau dalam tahanan penjara di Mesir selama 25 hari. Sepanjang dalam penjara dan soal siasat, beliau dipukul, disepak, ditumbuk dan dikenakan kejangan letrik oleh pihak berkuasa Mesir. Beliau seterusnya mengingatkan ahli-ahli PAS meneruskan semangat jihad dan bergantung kepada pertolongan Allah. Tingkatkan semangat ukhuwah dikalangan ahli khususnya di kawasan Teluk Intan amnya di negeri Perak. Beliau seterusnya menyatakan keyakinan PAS bersama Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara. Perkara yang sama dinyatakan oleh beliau semasa disoalsiasat di Mesir.

Beliau mengambil kesempatan mengingatkan ahli PAS kawasan meningkatkan program tarbiyyah . Beliau turut menyerukan pimpinan kawasan meningkatkan lagi program-program tarbiyah.

Selepas program , saudara Setiausaha PAS Kawasan mengingatkan program pada minggu depan iaitu hari selasa 31 Ogos bertempat di Bilik Gerakan Pemuda Kg Bahagia. Kali ini program akan diisi oleh Ketua Pemuda PAS Pusat AF Ust Nasarudin Hassan Tantawi.

Adalah diharapkan maklumat ini disebar luas kepada masyarakat.


Sunday, August 22, 2010

Kursus Blog




Unit IT PAS Kawasan Teluk Intan mengambil inisiatif menganjurkan kursus pengendalian blog. Kursus yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan ahli kawasan. Peserta diberikan pendedahan baru dalam IT.
Bagi saya ianya cukup berharga sekali... Hasil baru yang saya perolehi ialah contoh banner yang terdapat dalam blog ini.