Thursday, January 20, 2011

Hari Keluarga PAS Rapat Jaya Tambahan

Juara cabaran Teh Tarik Sdr Yusri

Cabaran Teh Tarik ( Ketua Cawangan sedang beraksi )

Gopeng :
Bertempat di Kem Hanifa Gopeng, PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan melaksanakan aktiviti santai. Sebahagian besar ahli cawangan hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Berbagai acara santai telah dijayakan.
Pertandingan gubahan , cabaran teh tarik dan tidak ketinggalan acara kanak-kanak.
Program turut diisi dengan motivasi oleh saya sendiri ( bekas setiausaha cawangan ) sebelum makan tengahari. Selepas menikmati makan tengahari , peluang mandi di sungai bersebelahan kem digunakan sebaik mungkin oleh peserta program. Kemudiannya disusuli dengan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh Ketua PAS Cawangan.


Hasil gubahan nenas dan tembikai

Acara santai untuk kanak-kanak



Acara gubahan




Monday, January 10, 2011

Kisah Lampu Isyarat

Isnin 10.1.2011 jam 8.40 pagi.
Laluan biasa menuju ke tempat kerja di Bandar Teluk Intan. Lampu isyarat berhampiran SMK Sultan Abd Aziz rosak. Lampu kuning dan merah berkelip-kelip. Jadi kenderaan jalan tanpa berpandukan warna lampu isyarat. Harap-harap tak dikenakan saman oleh polis trafik. Cukuplah dengan puluhan saman yang menyiksakan RAKYAT !

Balik kerja jam 7.25 malam.
Lampu isyarat yang rosak tadi masih belum diselenggara !!! Siapa sepatutnya menyelenggara lampu isyarat ni ? MPTI atau TNB atau JKR ??? Takkan lah JPS kot ? Sikit hal macam ni pun susah sangat nak selesaikan.

Teringat pulak insiden yang sama tahun lepas , semasa melawat Singapura. Jam 5.30 melintasi satu jalan kat Geylang. Tiba-tiba lampu isyarat rosak. Kami sekeluarga masuk ke shopping complex. Masuk sekejap saja. Jam 6.00 keluar dari shopping complex. Lampu isyarat yang rosak tadi sedang diselenggara dan siap jam 6.05 ptg.

Inilah dia kerajaan BN yang bakal melalui hari-hari terakhir hayatnya.....

Sayonara BN ..............

Saturday, January 1, 2011

Khusrin: Jangan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Realiti

Banner KARNIVAL MAHABBAH disekitar bandar Teluk Intan banyak dipasang. Akhbar SINAR menjadi rakan penyiar. Logiknya bila satu-satu karnival dianjurkan, sambutan mesti hebat. Sesak serta susunan kereta yang berderet biasanya akan berlaku.

Karnival bermula 30 Disember 2010 hingga 8 Januari 2011. Wow 2 tahun !

Malam 31 Disember persembahan oleh kumpulan nasyid no 1 iaitu Kumpulan Robbani. Menanti detik 12 tengah malam .

Saya membuat sedikit tinjauan di sekitar lokasi persembahan iaitu Arena Square Teluk Intan. Sekitar jam 11 malam pengunjung persembahan boleh dikira dengan mudah .... 85 orang. Sebenarnya promosi yang dilakukan hanya sekadar melepas batuk di tangga !

Tapi tidak jauh dari Arena Square ........ 300 meter sahaja iaitu Dataran Menara Condong keadaannya sesak. Semacam ada pesta. Polis trafik mundar mandir mengawal suasana. Bukan ada apa pun ! Tapi realiti masyarakat......... lebih-lebih lagi mereka yang tidak minat kepada agama ....... Rupanya tarikan hiburan yang tidak mendidik jiwa lebih kuat rupanya !!!

Inilah realiti masyarakat. Teguran demi teguran diberikan. Namun ........

Justeru ......... perlu kepada Perubahan !!

Berubah Sekarang . Selamatkan Malaysia !

Sunday, December 19, 2010

Konvensyen - Sesi petang

Kepala Batas :

Dewan Melinium Kepala Batas masih dipenuhi peserta Konvensyen.

2.45 ptg .

Perbahasan sesi petang diteruskan.

3.45 ptg .

Moderator : YB Khalid Samad

Perbahasan oleh wakil-wakil PR.
1. Sdr Zairil Khir Johari - DAP
2. Ust Nasarudin Tantatwi - PAS
3. Sdr Rafizi Ramli - PKR

Sesi Perbahasan

Kepala Batas : 1 tgh

Ketika ini sedang berlangsung sesi perbahasan kepada kertas pembentangan.

Pembahas mewakili komponen PR
1. Mazlan Aliman - PAS
2. YB Joyce - DAP Sarawak
3. YB Nurul Izzah - PKR.

Kini Dr Jayabala sedang berbahas. Perbahasan dijangka akan ditangguh untuk rehat kira-kira jam 1.30 tgh.

Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2

Kepala Batas :

Dewan Melenium Kepala Batas dipenuhi dengan ribuan pimpinan Pakatan Rakyat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali ke 2.

Ucapan pimpinan tertinggi PR telah disampaikan dengan penuh yakin serta semangat yang tinggi.

Ketika ini (12.00 tgh ) pembentangan oleh 3 pimpinan mewakili parti masing-masing. PAS diwakili oleh YB Ust Nasharuddin Mat Isa , DAP diwakili oleh YB Anthony Loke dan PKR diwaklili oleh YB Saifuddin Nasution.

PAS mempertegaskan asas Federalisme.
DAP mempertegaskan asas percukaian dan pentadbiran kerajaan.
PKR mempertegaskan isu kerosakan institusi kerajaan seperti Polis, SPRM dan beberapa isntitusi kerajaan.

Tekad kerajaan baru PR ialah membenteras segala bentuk kebobrokan serta kerosakan pelbagai institusi kerajaan.

Laporan seterusnya menyusul selepas ini.

Sunday, December 5, 2010

ISU BANTAHAN AIR DI SELANGOR ...... Mesti baca !!!

Kepada semua Rakyat Malaysia !!!!

Artikel ini agak kasar , tapi fikir dan buat keputusan selepas membacanya.

UMNO / BN mesti ditolak jika rakyat inginkan keadilan dan bebas dari KEZALIMAN BN !

Kisah rompakan

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, Umno telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Umno telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidakkah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

Rompakan ini cukup licik - orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaun yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang diswastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh!

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Inilah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Rahsia sudah kantoi

Hanya apabila kerajaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia. Rahsia Syabas sudah kantoi!

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal di mana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk dijadikan hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 ( kerajaan BN memerintah Selangor ) apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ia telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmahan. Bukti ini muncul daripada laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa: bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM5.1 juta setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau RM5 juta ini duit lima sen - sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu daripada laporan audit ini, syarikat Syabas ini telah memberikan 72 peratus kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat kroni melalui rundingan 'sap sap sui'. Juga daripada laporan yang sama telah diketahui bagaiman RM325 juta 'tenggelam lesap' entah ke mana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur hebat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta.

Kembalikan hak rakyat

Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa? Seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik - adalah di antara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Justeru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad ini, warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang di-Pertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetia-kawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api elektrik
dan hospital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.

Friday, November 19, 2010

Ibadat Korban 1431


Kariah Kg Banjar buat pertama kalinya menganjurkan program ibadat Korban atas anjuran Masjid Al Khairiyah. Sebelum ini program korban dilaksanakan atas nama individu. Alhamdulillah, pada tahun ini ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya. 5 ekor lembu telah dikorbankan. Saya selaku imam di masjid tersebut turut melakukan penyembelihan di samping Sdr Ismail dan Sdr Abd Aziz.

Program bermula jam 9.00 pagi dan selesai jam 12 tengahari. Agihan daging korban telah dihantar ke setiap rumah di Kampung Banjar.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011......bajet tumbangkan BN

Pembentangan bajet petang tadi memberikan petanda awal BN akan tumbang dalam PRU 13 akan datang. Bayangkan 110 juta peruntukan kepada PERMATA memanaskan lagi keadaan. Sah Rosmah mempengaruhi Najib dalam bajet kali ini.
Elaun Pengerusi JKKK dan para imam dinaikkan bagi tujuan gula-gula agar polisi kerajaan dilaksanakan. Bantuan perkapita sekolah agama rakyat yang dulunya ditarik,dikembalikan semula. Sah bajet pilihanraya.......
Namun kakitangan awam terus tidak dipedulikan tuntutan mereka . Bonus 2 bulan gaji yang diharapkan , masih tidak dipenuhi. Kekal RM500.00 sahaja yang diperolehi.

Siap BN ............ PRU 13 pasti akan berlaku perubahan kerajaan baru.... Kerajaan Pakatan Rakyat.

Friday, October 8, 2010

YB BN .......

Billboard besar yang terdapat di DUN Sg Manik

Bagi sesiapa yang melalui kawasan Sg Manik sudah pasti akan dapat melihat papan besar ini di beberapa persimpangan jalan.
Nampaknya para ADUN BN terpaksa menagih simpati pengundi agar mereka dapat bertahan di PRU akan datang. Bagi ADUN PR semua ini tak perlu untuk dibazir-bazirkan. Yang penting bagi wakil rakyat ialah berkhidmat dengan ikhlas untuk rakyat.... Tak payah nak tunjuk-tunjuk. Rakyat dah GETIK dengan gelagat wakil rakyat BN !!! Saya penggal mohon ditegur...... Tapi bila dah lama sikit..... jangan harap boleh ditegur !!!! Teguran yang sesuai untuk UMNO / BN ni ialah ......... jangan dipangkah BN lagi ........... baru mereka tahu langit tinggi rendah !

Ayuh semua !!!!! Bersiapkan sedialah kita untuk menggantikan BN dalam PRU akan datang. BN akan berkubur kali ini !

Friday, September 24, 2010

Terima kasih DS Nizar

Saya menyatakan keadaan bonda setelah 6 hari menjalani pembedahan usus.



Bonda membisikkan di telinga saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian DS Nizar menziarahi bonda malam tadi ( khamis ). Walaupun padat dengan pelbagai program yang telah disusun oleh Pejabat ADUN Pasir Panjang, namun DS Nizar sempat hadir untuk menziarahi bonda saya yang terlantar di Hospital Seri Manjung sejak 8 hari yang lalu. Kunjungan DS sedikit sebanyak menghibur hati bonda.

DS Nizar meluangkan kira-kira 30 minit di wad 6 Hospital Seri Manjung setelah menghadiri majlis sambutan Hari Raya di Surau Kg Permatang. Kehadiran DS Nizar mengejutkan kakitangan khususnya di wad 6. DS Nizar mengambil peluang menziarahi sambil bertanya khabar semua pesakit lelaki yang terlantar di wad 6. DS Nizar diiringi oleh Pegawai Khas beliau Sdr Midun serta beberapa petugas di Pejabat DUN.

Terima kasih sekali lagi kepada DS Nizar atas kunjungan beliau.

Thursday, September 23, 2010

Terima kasih atas doa semua sahabat2.


Ucapan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat yang telah mendoakan kesejahteraan bonda saya yang telah selamat menjalani pembedahan usus pada hari Jumaat lepas.
Alhamdulillah keadaan bonda pada petang tadi telah beransur stabil. Walaupun masih dalam keadaan lemah, namun bonda masih mengenali siapa-siapa yang datang menziarahinya.

Terima kasih sekali lagi dari saya.

Keadaan pada hari ke 6 di wad 6 Hospital Seri Manjung


Sunday, September 19, 2010

Buat penyokong UMNO .....masa untuk BERUBAH


( Gambar hiasan : ehsan dari umno.blogspot.com )

Pemimpin UMNO seringkali menuding jari dan mencari kesalahan pemimpin PR dalam apa jua isu. Tetapi apabila 16 September 2010 dijadikan CUTI UMUM sempena penubuhan Malaysia , mereka lupa bahawa tarikh ini menjadi isu ketika dicadangkan oleh DS Anwar pada tahun 2008 yang lalu.

Ikuti arkib-arkib berikut ..... penyokong UMNO kena keluar dari UMNO dan tinggalkan pemimpin-pemimpin anda yang HIPOKRIT !!!

1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. ”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.
2- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.

3-ARKIB: 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)
Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.

Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.

Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun

4 - ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.

Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya

1 Syawal 1431 pengalaman pertama tidak berhari raya di kampung halaman. Gema takbir di pagi raya memang terasa sayu. Hujan lebat tidak menghalang penduduk Kg Banjar Teluk Intan untuk memenuhi ruang solat dimasjid Kg Banjar.
Pertama kali menyampaikan khutbah di hari raya 'idul fitri. Alhamdulillah selamat. Setelah selesai terus menziarahi Naib Pengerusi masjid Kg Banjar sebagai seorang yang disegani oleh penduduk tempatan.
Setelah itu baru berangkat pulang ke kampung halaman isteri di Pantai Remis.

Sesungguhnya berada di perantauan tetap tidak sama dengan kampung halaman.

Oleh itu pulanglah anak-anak diperantauan. Pastikan kepulangan mu dari perantauan disertai dengan misi dakwah serta misi menjelaskan kebenaran. Teruskan Perjuangan !

Friday, September 3, 2010

Al Fatihah

Jumaat 3 Sept 2010 :

Tengahari tadi terima sms dari seorang sahabat memaklumkan kematian isteri Hj Hafift akibat kemalangan di Makkah semasa sedang menunaikan umrah.

Dua hari sebelum beliau berangkat ke Makkah saya sempat menemui beliau di bank. Beliau kelihatan seperti biasa dan sempat berpesan kepada saya agar meneruskan kerja-kerja gerakan Islam. Beliau akan sentiasa mendoakan kemenangan jemaah kita. Beliau sememangnya kurang sihat sejak sekian lama dan kerap menjalani rawatan hemodialasis dan akan berkunjung ke bank selepas menjalani rawatan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Al Fatihah.

Tuesday, August 24, 2010

Ehya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan

AF Ust Ibrahim menyampaikan Tazkirah.

Jadual Ehya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan

Solat Tarawih dipimpin oleh pimpinan cawangan Rumah Awam

YDP Kawasan serta pimpinan kawasan

Pelapis pimpinan kawasan turut serta semasa iftar jamaei

Menunggu waktu berbuka digunakan untuk bertukar-tukar fikiran

14 Ramadhan 1431 :

Tradisi lazim PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkan program sepanjang Ramadhan diteruskan pada tahun ini. Hari Selasa merupakan yang dipilih saban tahun.

Petang tadi PAS Cawangan Rumah Awam mengambil tugas pengendalian majlis.

Majlis bermula dengan iftar jamaei dan diikuti dengan solat maghrib. Kemudian diikuti dengan solat isya , solat sunat tarawih. Seterusnya majlis tazkirah dijalankan. Tazkirah kali ini disampaikan oleh AF Ust Ibrahim Zakaria.

Tazkirah dimulakan dengan menceritakan pengalaman beliau dalam tahanan penjara di Mesir selama 25 hari. Sepanjang dalam penjara dan soal siasat, beliau dipukul, disepak, ditumbuk dan dikenakan kejangan letrik oleh pihak berkuasa Mesir. Beliau seterusnya mengingatkan ahli-ahli PAS meneruskan semangat jihad dan bergantung kepada pertolongan Allah. Tingkatkan semangat ukhuwah dikalangan ahli khususnya di kawasan Teluk Intan amnya di negeri Perak. Beliau seterusnya menyatakan keyakinan PAS bersama Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara. Perkara yang sama dinyatakan oleh beliau semasa disoalsiasat di Mesir.

Beliau mengambil kesempatan mengingatkan ahli PAS kawasan meningkatkan program tarbiyyah . Beliau turut menyerukan pimpinan kawasan meningkatkan lagi program-program tarbiyah.

Selepas program , saudara Setiausaha PAS Kawasan mengingatkan program pada minggu depan iaitu hari selasa 31 Ogos bertempat di Bilik Gerakan Pemuda Kg Bahagia. Kali ini program akan diisi oleh Ketua Pemuda PAS Pusat AF Ust Nasarudin Hassan Tantawi.

Adalah diharapkan maklumat ini disebar luas kepada masyarakat.


Sunday, August 22, 2010

Kursus Blog




Unit IT PAS Kawasan Teluk Intan mengambil inisiatif menganjurkan kursus pengendalian blog. Kursus yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan ahli kawasan. Peserta diberikan pendedahan baru dalam IT.
Bagi saya ianya cukup berharga sekali... Hasil baru yang saya perolehi ialah contoh banner yang terdapat dalam blog ini.