Thursday, November 27, 2008

TO WHOM IT MAY CONCERN

Berat rasanya untuk menulisnya…… tapi rasanya perlu dicoretkan buat renungan serta tindakan sebelum terlambat !!!!

Rabu 26 November 2008 jam 10.10 pagi aku menerima panggilan dari sahabatku yang sangat ku kenali budi pekertinya. Dia memaklumkan kepada ku dengan nada yang cukup berbudi. “ Boleh phone ke masa ni, kalau mengganggu, nanti dia contact semula ”. Aku ketika itu sedang tele-conference. “ Boleh call semula dalam pukul 11.30 nanti.” “ No problem ” balas sahabat ku.

Jam 11.30 pagi sahabatku menalipon ku semula. Beliau menyatakan hasratnya memohon bantuan. Memang sifat ku, akan cuba membantu sedaya upaya ku bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Sahabat ku memaklumkan bahawa anaknya Umar Aziz mendapat keputusan 6A 1 B dalam peperiksaan UPSR yang lalu. Aku mengucapkan tahniah ! Aku cukup mengenali Umar Aziz, seorang anak yang cukup taat, lemah lembut, baik akhlaknya serta cukup cekal sifatnya. Umar Aziz bersekolah di sebuah SRJK Cina di Pekan Chemor. Sejak dari Tahun 1 hingga Tahun 6 Umar Aziz sentiasa cemerlang dalam pelajarannya. Terbukti kepandaiannya apabila keputusan UPSR nya beliau menerima anugerah cemerlang dan terpapar di dada akhbar harian Cina akan kecemerlangannya.

Sahabat ku memaklumkan bahawa kemungkinan Umar Aziz akan ditempatkan ke Tingkatan Satu di sebuah kebangsaan biasa di Chemor. Ini yang menimbulkan masalah kepada beliau. Sahabat ku ini ingin memasukkan anaknya ke Sek Men Sam Tet agar ada kesinambungan dari apa yang telah diperolehinya sebelum ini.

Macam mana ye …. Aku boleh membantu sahabat ku ini…. Teringat pulak…. Kalau-kalau boleh beliau mendapatkan sedikit sokongan dari YAB Menteri Besar. Ini kerana sahabat ku ini merupakan penyokong kuat PAS serta banyak sumbangan yang beliau berikan untuk perjuangan ini. Untuk renungan…. Sahabat ku ini merupakan seorang Jurutera di sebuah syarikat carigali minyak dan banyak masanya berada di tengah-tengah lautan baik di Terengganu dan akhir-akhir ini banyak masanya berada di Vietnam.

Lalu aku syorkan sahabat ku ke Pejabat MB . Sahabat ku menyatakan rasa segannya untuk bertemu dengan MB kerana baginya untuk melangkahkan kaki ke pejabat MB adalah suatu yang amat janggal. Atas nasihat ku , beliau akan ke sana jam 2.00 petang.

Jam 1.45 tgh sahabat ku menelifon ku, mengatakan beliau berada di Café SUK dan kebetulan MB pun turut berada di sana. Tapi dia amat segan untuk mengganggu MB. Biarlah dia berurusan di Pejabat MB.

Jam 2.00 ptg sahabat ku terus ke Pejabat MB. Aku sempat berpesan kepada sahabat ku supaya bertemu SU Sulit MB terlebih dahulu iaitu En Wan Junaidi. Sahabat ku dapat berjumpa dengan En Wan. Namun………. Inilah yang amat menyedihkan sahabat ku…… Acuh tak acuh, tidak peramah, tak professional, asyik dengan handphone dan mundar mandir ke hulu ke hilir…… itulah tafsiran sahabat ku. Memang di akui akan kesibukan. Tapi takkan langsung tak masa nak attend. Ada insan yang datang dari Kuala Kangsar kerana kedainya roboh …. Turut di layan acuh tak acuh.

Tolong ……. Tolong …………..Tolong….. rakyat datang mesti ada sebab. Kalau saja-saja nak datang, tak mungkin. Mesti ada hal ! Tolonglah layan sikit. Jangan di ding-dong ke sana ke mari. Apa salahnya dilayan. Sekurang-kurang terubat juga , kalau pun masalah tak dapat diselesaikan , penjelasan secara beradab dan professional amat diperlukan !

Akhirnya sahabat ku dengan rasa yang amat terkilan, beredar keluar. Kebetulan bertemu dengan Hj Che Leh yang bersedia menegur sapa. Lalu dimaklumkan tujuannya datang untuk kalau boleh mendapatkan sedikit sokongan dari Pejabat MB berhubung dengan kemasukkan anaknya ke Sek Men Sam Tet. Alhamdulillah surat sokongan dapat dikeluarkan. Itu saja….. kenapa yang tadi tu sukar sangat nak melayan rakyat. Adakah bila dah duduk di Pejabat MB tu merupakan suatu yang sudah cukup besar dan hebat !!!

Gambaran serta harapan rakyat kepada pemerintahan Pakatan Rakyat amat tinggi !!! Jangan sampai nanti rakyat mengatakan …… sama je macam dulu.!!!

Buat mereka-mereka yang berwajib…… renung-renung luahan rakyat bawahan ini. Kami amat inginkan kerajaan yang ada sekarang kekal. Justeru itu lakukan lah sedikit perubahan !!!

No comments:

Post a Comment