Tuesday, December 2, 2008

Harga Minyak Dah Turun...... Tapi .......

Tengahari tadi aku ke Tapah kerana ada tugas bertemu dengan seorang pelanggan.

Setelah selesai urusan ku, jam menunjukkan jam 1.05 tengahari. Azan berkumandang, lalu aku menunaikan solat zohor di Masjid Jamik Daerah Tapah yang terletak di tengah Pekan Tapah. Setelah selesai solat zohor, aku singgah untuk makan tengahari di gerai makanan di tepi masjid tersebut.

Nasi satu pinggan, ikan goreng ( talapia ), ulam kacang botol ( kacang kelisa satu ), ulam cabang tiga dua cabang dan gulai kari tanpa ikan. Aku order milo ais.

Aku menikmati makanan tersebut. Pelayan kedai datang sebelah ku dan kira..... Diletaknya sekeping kertas tercatat 480. Aku agak tentu RM4.80 sekali dengan air. Setelah selesai makan aku ke kaunter bayaran. Juruwang tanya minum apa..... milo air kata ku.

RM6.30....... Haaaaaa.....

Maknanya :-
Milo ais = RM1.80
Nasi kosong =RM1.00
Ikan goreng =RM3.00
Ulam kacang botol =RM0.50
Ulam cabang 3 = RM0.20
Gulai kosong = RM0.10

Logik ke............. Katanya minyak dah turun banyak kali !!!!!! Harga barang macam mana !!!!!

Siapakah yang sepatutnya melakukan pemantauan........
Adakah penurunan harga minyak sekadar gimik semata-mata ?

Boleh tolong komen ke ????

1 comment:

  1. salam. kedai kawasan tu mmg mahal ustaz. deme cekik darah, ana pernah makan dgn org rumah, 2 orang, ambiklh lauk 4-5 jenis, sekali dtng bil, amik ko, rm30.

    apapun salam ziarah ust, sbnrnya nak jumpa ngan ust, bncang2 sket pasal perancangn pmuda gopeng. syukran

    ReplyDelete