Tuesday, February 15, 2011

AJK PAS Lumut meninggal dunia

YDP PAS Kawasan Lumut berucap bagi pihak keluarga Allahyarham

YDP Lumut dan DS Nizar


Lumut , 15 Feb : PAS Kawasan Lumut telah kehilangan ahli jawatankuasanya, Zakaria Yassin, 51, yang meninggal dunia jam 1.00 pagi tadi.

Allahyarham juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) N51 Pasir Panjang, Pengerusi Bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Lumut.

Pada malam tadi selepas pergi memancing, beliau mengadu sakit dada dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Siti Zabedah Yasin dan lima orang anak.

Beliau bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Orang Besar jajahan Manjong. Jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya, Batu Kurau, Taiping.

Ribuan sahabat handai Allahyarham berkumpul di Surau MADAH Seri Manjung untuk memberikan perhormatan terakhir buat Allahyarham. Kemudian solat jenazah telah diimamkan oleh DS Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang

"PAS Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarganya dan berharap ahli keluarga tersebut bersabar menghadapi ujian ini," kata Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki.

No comments:

Post a Comment