Monday, September 15, 2008

Tazkirah Buat Yang Lupa

Alhamdulillah, malam tadi buat pertama kalinya sejak sekian lamanya, aku dapat menyampaikan Tazkirah Ramadhan di Masjid Kg Sungai Kerawai. Belum pernah berlaku sebelum ini diadakan majlis tersebut. Lazimnya setelah saban tahun, solat tarawih dilakukan diikuti solat sunat witir kemudian moreh ringan dan selepas itu para jamaah balik ke rumah.

Tapi malam tadi dengan usaha ketua kampung yang baru, Hj Jumali Sadeli telah melakukan satu perubahan dengan menyelitkan program Tazkirah selepas solat sunat tarawih.

Aku mengambil kesempatan untuk menyampaikan Tazkirah yang berkisar tentang kematian yang menjadi satu kemestian bagi setiap yang bernyawa. Hidup insan di dunia ini sementara sifatnya. Justeru apakah bekalan yang akan di bawa untuk bertemu Allah kalau tidak amal soleh serta bekalan taqwa yang menjadi natijah kepada ibadah puasa yang kita lakukan. Taqwa dalam ertikata melakukan apa yang diperintah oleh Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Aku juga turut mengingatkan amanah kepimpinan yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah dilaksanakan seperti mana yang dikehendaki oleh Allah.

Diakhirnya aku mengingatkan para jamaah agar sama-sama memahami konsep jamaah yang sebenarnya.

Moga-moga usaha murni untuk menyedarkan ahli kariah yang dilakukan oleh ketua kampung Kerajaan Pakatan Rakyat ini diredhai oleh Allah..... insyaAllah.

1 comment: