Sunday, January 11, 2009

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat.


Khamis sekitar jam 11.50 malam, ketika itu aku sedang berada di hadapan laptop untuk menyediakan teks khutbah yang akan disampaikan esok di Masjid Kg Banjar. Tiba-tiba handphone ku berdering. Terpapar di skrin nama abang ipar ku. "Azhar ! Ayah dah kembali ke Rahmatullah. " Innalillahi waina ilai hiroji'un. Bapa mertua ku telah kembali ke Rahmatullah. Aku terus terhenti dari meneruskan teks khutbah ku.

Aku terus bersiap untuk pulang ke kampung isteri ku iaitu Pantai Remis.

Aku tiba jam 3.20 pagi. Terus ku kucup dahi ayah mertua ku yang sudah terbujur kaku. Semasa hayatnya, ayah seorang yang taat kepada agama. Merupakan bilal masjid Pekan Pantai Remis. Walaupun beberapa kali kemalangan semasa ke masjid, namun ayah tetap nak ke masjid untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan ! Semasa hidupnya, ayah sering memberikan semangat kepada ku ( walaupun aku menantunya ) untuk meneruskan perjuangan bersama jamaah Islam.

Sebelah pagi Jumaat, semakin ramai saudara mara serta sahabat handai berkunjung untuk memberikan penghormatan terakhir buat ayah. Jenazah telah dimandikan oleh kami adik beradik dan solat jenazah telah diimamkan oleh abang ipar ku. Jenazah selamat dikebumikan jam 11.30 pagi.

Kepada sahabat-sahabat sekelian, ku mohon hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Amran bin Daud. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment