Tuesday, April 21, 2009

Lagi peringatan !

Hari ini aku bercuti.
Aku ke Toyota Manjung untuk servis kereta ... Dah lama tak servis .... Main lanyak je kereta tu. Kereta kalau diservis ikut peraturan, insyaAllah akan dapat digunakan dengan jangka hayat yang lebih panjang.

Begitu juga dengan kita, jasad serta rohani perlu selalu di'servis'. Kekotoran dan kerosakan yang ada pada rohani dan jasmani perlu di'servis' secara berterusan. Hasil dari 'servis' yang dilakukan akan melahirkan jiwa yang bersih. Bagi pejuang yang berada dalam jamaah Islam yang memperjuangkan Islam, perkara-perkara yang begini mesti diambil berat.

Sambil menunggu kereta siap untuk diservis, aku ke internet corner yang disediakan di pusat servis berkenaan. Sambil update blog, aku didatangi oleh salah seorang pekerja di pusat servis tersebut. Alhamdulillah, ahli jamaah juga. Beliau melahirkan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama.

Kami bekerja disini, ditekankan tentang imej. Cuba tengok pusat servis ni, imej yang menyenangkan menyebabkan pelanggan suka datang, walaupun terpaksa menunggu dalam satu waktu yang lama. Beliau menyarankan agar PAS juga cuba mengambil berat tentang imej. Institusi milik PAS seperti PASTI contohnya, cuba perbaiki imej PASTI katanya. Kurikulum PASTI memang diakui sebagai kurikulum yang terbaik. Tapi imej dari sudut penampilan bangunan serta prasarana kadang-kadang amat menyedihkan. Beliau merujuk kepada beberapa buah PASTI di kawasan beliau.

Aku rasakan ada kebenaran kepada apa yang disuarakan. Justeru aku berharap perkara ini dapat diambil perhatian yang serious oleh pihak-pihak yang berwajib.

Beliau juga ada menyentuh tentang Usrah yang dilakukan. Ada kalanya usrah berjalan seakan-akan sama seperti kuliah di surau atau di masjid. Ini menyebabkan usrah menjadi program yang hidup segan mati tak mahu. Ini juga perlu diambil perhatian.

No comments:

Post a Comment