Tuesday, April 21, 2009

Persiapan buat pejuang

Setelah selesai hantar anak pulang ke asrama , aku terus ke Ipoh bagi menghadiri usrah bulanan di cawangan lama iaitu Cawangan Rapat Jaya Tambahan. Alhamdulillah, komitmen ahli cawangan tetap utuh . Ahli mengambil berat dengan program cawangan. Ahli baru yang mengikuti usrah juga turut hadir. Aku menyampaikan pengisian buat ahli-ahli cawangan. Aku mengingatkan mereka tentang 3 perkara sebagaimana post ku sebelum ini iaitu 3 nokhtah buat pejuang.
1. Kefahaman tentang Islam.
2. Petugas yang ikhlas.
3. Petugas yang komited / istiqomah.

Dalam sesi perbincangan, Ketua Cawangan memaklumkan beliau telah menerima surat dari Pejabat Daerah menyatakan bahawa jawatan ketua kampung dan pengerusi JKKK telah ditamatkan. Aku menyatakan bahawa tugas berkhidmat kepada masyarakat mesti diteruskan macam biasa. Jangan dijadikan alasan untuk tidak dapat berkhidmat disebabkan jawatan telah ditamatkan.

Begitu juga dengan sahabat2 yang telah menerima surat penamatan khidmat diseluruh negeri Perak, teruskan berkhidmat kerana rakyat / masyarakat telah menilai khidmat yang telah diberikan kurang lebih 10 bulan yang lalu.

Teruskan berkhidmat !!!

1 comment:

  1. Teringat masa kecik-kecik tengok cerit Sherif Lobo. Masa tu aku tak pecaya ada polis jahat macam tu!!

    Tapi sekarang bila tengok UMNO...
    sebijik macam Sherif Lobo!!

    P/S sudi apalah kiranya kita bertukar Link (ambik bahasa YB Nizar, che wah!!)saya akan letakkan link tuan di ketayapputih.com & u do so...untuk increase our traffic

    ReplyDelete