
Aku menyatakan bahawa saf kepimpinan yang bakal dilantik akan membantu Ustaz. Ustaz Bakar turut melahirkan kebimbangannya tentang keadaan Ustazah Rafeah yang sedang uzur akibat kanser. Namun aku memberikan perangsang untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Tanpa disangka, pagi Sabtu yang lalu Ustaz Bakar menaliponku menyatakan hasrat untuk melantik aku sebagai salah seorang AJK Perhubungan. Aku agak keberatan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Namun Ustaz Bakar mengungkap kembali kata-katanya di bumi Mekah tempoh hari. Aku akur dengan kata-kata Ustaz Bakar.
Justeru aku pohon sahabat-sahabat membantu aku dalam memikul tanggungjawab ini. Sahabat-sahabat kawasan Teluk Intan dan kawasan Gopeng turut menyampaikan ucapan tahniah. Tak ketinggalan bekas ketua penerangan ku di kawasan Gopeng dulu Sdra Hariul Salleh yang kini menetap di Ampang Selangor.
InsyaAllah akan ku cuba menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada ku. Cuma yang agak merungsingkan ialah bebanan tugas di tempat kerja ku !!!!!
Ya Allah ! Bantulah hambaMu yang lemah ini !
No comments:
Post a Comment