Thursday, April 9, 2009

Penghargaan dari DS Nizar

Dipetik dari : www.kamparin.blogspot.com

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS di Bkt Gantang dimulai dengan setinggi2 kesyukuran serta sujud syukur kepada Allah SWT. Kedua setinggi2 terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi yang berdaftar di P059 yang telah memberi undi yang cukup berharga kepada saya dan Pakatan Rakyat. Ketiga terimakasih tidak terhingga dan berpanjangan kepada semua petugas PR dari PAS , DAP , PKR dan PSM serta pimpinan masing diperingkat Pusat, Negeri dan Kawasan serta bahagian.

Keempat penghormatan dan tahniah kasih kepada semua petugas PAS dari badan perhubungan setiap negeri dari setiap pelusuk tanah air yang berkampong disemua UPU dan memberi sumbangan dalam apa bentuk sekalipun, disetiap program dalam membantu pengundi menyebelahi kita.

Terima kasih banyak2 kepada semua NGO, Bloggers, Media alternatif bebas, mahasiswa, kelab2 penyokong , Unit Amal, Helwa dan Nisa' yang turut menyerang dan mematahkan setiap hujah dan serangan UMNO BN. Kepada semua petugas di Markaz Air Kuning termasuk Pengarah Pilihanraya, Penyokong, Pencadang dan Wakil Calun serta semua petugas menggantung poster dan bendera, terima kasih banyak2.

Terima kasih kepada semua dewan muslimat , ulama' dan pemuda PAS setiap peringkat semua negeri kerana banyak membantu dan berdoa hajat serta munajat. Hasbunallah wa ni'mal wakil!

Penghargaan kepada golongan professional termasuk doktor, peguam, pakar IT dan webers yang menyumbang secara professional. Juga kepada unit gerak saraf yab berjaya disaat akhir mengeluarkan peluru berpandu cukup berkesan kepada UMNO.

Terima kasih kepada Murshidul Am, Timb Murshidul AM , Presiden, Timb Presiden dan semua Naib Presiden PAS yang telah memberi kepercayan kpd saya dicalunkan untuk memikul amanah ini. Penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PKR, DAP dan PSM yang bertungkus lumus memberi dorongan dan sokongan disepanjang kempen.

Terima kasi kepada semua rakyat Malaysia dan warga Perak yang telah berdoa disepanjang kempen serta bermunajat, zikir, solat hajat, bacaan yaasin dsbnya memohon pertolongan Allah SWT.

Terima kasih berpanjangan kepada semua ajensi kerajaan khususnya Tan Seri Pengerusi SPR dan semua petugas SPR, Pasukan keselamatan Polis, DO Taiping Datok Mahmud Morsidi selaku PP, semua petugas SPR, KTM, pegawai dan petugas pejabat Tanah Taiping, PACA dan Rela, Ayahanda2, Bomba dan Penyelamat wakil Rakyat Parlimen dan ADUN serta lain lain ajensi kerajaan pusat, negeri dan daerah.

Khusus penghargaan dan terima kasih kepada pemandu (sdr lan), smua pengiring dan penunjuk arah jalan, pengawal2 peribadi, YDP Bkt Gantang Ust Nordin dan unit keselamatan mengawal serta pengiring pergerakan istri saya Dati Seri Fatimah yang turut berkempen juga.

Terima kasih kepada semua ahli dan pimpinan UMNO BN yang berkerja sama menjayakan pilihanraya kecil P059. Kepada semua yang disebut dan tidak tersebut diatas, saya dengan rendah diri memohon kemaafan dan keampunan diatas apa jua kesilapan dan dosa yang terkeluar dari mulut saya atau keperibadian dan gaya badan serta peradaban yang tidak sengajakan, terkasar bahasa dan yang telah mengguris serta melukakan hati dan perasaan, maka saya mintak ampun dan kemaafan dunia akhirat.

Saya akur bahawa kemenangan ini kurniaan Allah SWT yang memerlukan dipikul tanggungjawab dan amanah besar sebagai Ahli Parlimen . Diharapkan doa berterusan agar saya dan keluarga dilindungi Allah SWT dan sentiasa dalam peliharan NYA.

Saya dedikasi kemenangan ini kepada Allah Yarham YB TN Hj Roslan Shahrum dan keluarganya . Pemergian beliau meninggalkan kita dan kemenangan ini adalah isyarat kerja baik beliau yang insyaAllah akan saya teruskan. Mari sama-sama sedekahkan Alfaatihah untuk arwah YB Hj Roslan Shahrum.....alfaatihah. Saya dan istri akan menziarah istri arwah YB Roslan pada petang ini, insyaAllah.

Jika tiada halangan saya akan mengangkat sumpah didepan speaker Parlimen minggu depan. Kini saya sedang berhadapan dengan YB Dato' Zambry Kader di mahkamah Tinggi KL dibantu oleh peguam2 saya untuk memohon perisytiharan (judicial review) dari mahkamah tinggi bahawa YB Dato' Zambri adalah tidah sah menjawat MB Perak dulu kini selalamanya. Doakan keputusan menyebelahi rakyat dan keadilan dapat ditegakan.

Salam hormat. Hidup Rakyat, Salam Reformasi dan Takbeer!

20 komen

Wednesday, April 8, 2009

Syukur Atas Kemenangan.

Alhamdulillah.
Selamat sampai dari Bukit Gantang jam 1.00 pagi.

Terus bukak laptop. Nak akses berita-berita terkini. Sepanjang hari di Parlimen Bukit Gantang tadi agak merisaukan juga. Mana tidaknya, peratus keluar mengundi agak membimbangkan pada sebelah pagi. Cuma kemeriahan di semua tempat pembuangan undi dapat mengubat sedikit kerisauan. Bermula di UPU Sg Tinggi , Padang Gajah, Air Terjun,Pekan Trong dan hampir di semua UPU memang cukup meriah. Gelagat perayu undi tak terkira. Cumanya perangai perayu muda BN agak kurang sopan...... ada yang tunjuk bontot tak kira lelaki maupun perempuan ( Puteri UMNO ). Memang kurang asam betui !!
Semua tempat trafic jamn. Aku terperangkap dalam trafic jam di Pekan Trong sejauh 4 km.
Setelah selesai solat zohor dan makan , aku terus ke Markas Induk di Air Kuning. Jam menunjukkan 4.30 petang. Pimpinan pusat telah mula tiba. Aku sempat bersembang dengan beberapa bloger. Jam 6 ptg aku masuk ke dewan utama. Jam 6.15 PAS sedang mendahului..........sampai jam 8.15 mlm......Phone call / sms bertalu-talu , sampai tak terjawab... Maaf le ye..... PAS masih mendahului dan terus mendahului. Akhirnyaaa...... PAS menang . Takbir !

Aku terus sms sahabatku : Kehadiran Tun Mahathir ke Kuala Sepetang dihukum oleh pengundi Cina dengan penambahan undi kepada PAS sekali ganda ! Mahathir dah tak relevan !

Syukur...... keletihan berulang-alik ke Bukit Gantang setiap hari terubat dengan kemenangan !!!! Aku amat bersyukur kepadaMu ya ALLAH.

Saturday, April 4, 2009

Hebatnya cabaran .......

Malam tadi saya berceramah dengan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Sdr Sani Hanizan. Lokasi ceramah ialah di Kg Permatang Raja Pantai Remis dalam DUN Trong. Kampung ini agak jauh ke dalam dari jalan utama. Dalam PRU 12 PAS kalah di tempat ini.

Alhamdulillah sambutan penduduk tempatan agak baik. Cuaca pun baik. PA system pun baik. Tuan rumah Tn Hj Nordin pun baik. Cuma ........... ada satu yang tak baik.

Penghuni depan rumah tempat kami berceramah.

Sebaik sahaja pengerusi majlis membuka majlis ................ Muzik irama 60-an telah dipasangkan sekuat-kuatnya. Kalau kami yang duduk di rumah Hj Nordin dengar dengar dengan kuat, cuba bayangkan orang yang mendengar di dalam rumah tersebut. Memang sah penghuni rumah tu tak ada nilai menghormati orang lain.

Kami meneruskan ceramah kami dengan diiringi muzik 60-an yang cukup kuat. Tapi alhamdulillah sikap pendengar ceramah kami yang terdiri dari anak muda dan orang dewasa sangat baik.

Saya nyatakan dalam ceramah saya, kita jangan bertindak melulu. Kita sama-sama doakan sahaja agar Allah membuka hatinya dan menggerakkan tangannya nanti memangkah bulan pada hari mengundi nanti. Program kami ditamatkan jam 11.15 malam. Muzik masih kedengaran dengan kuat memecahkan kedamaian suasana malam di Kg Permatang Raja.

Begitulah hebatnya cabaran kami untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Dah lah ceramah dihadkan hingga jam 11 malam, Harakah digantung ( walaupun PM ke 6 ) dah membenarkannya diterbit semula, gangguan dari pelbagai pihak .......... namun itu semua tetap tidak akan mematahkan semangat juang para petugas Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan.

Doakan kemenangan calon kita DS Ir Mohamad Nizar mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Bukit Gantang kali ini. Takbir !!!!

Tuesday, March 31, 2009

Zamry !!! Lidah bercabang !

Dr Zamry ketika menyatakan kepada para pemberita berhubung dengan kes yang berlaku di Masjid Simpang, Taiping..... Beliau menyatakan bahawa DS Nizar merampas mikrofon ( seperti yang dilaporkan Berita Harian )..... Sah satu penipuan yang amat jijik dan berlaku di dalam masjid.

Aku berada di situ semasa kejadian tersebut. Aku duduk bersebelahan Tan Sri Muhyiddin Yassin di saf yang pertama di belakang imam....

Senario kejadian:-

7.00 ptg - aku sampai di Masjid Simpang. Angin bertiup kencang. Aku duduk dalam kereta.
7.15 ptg - kedengaran bunyi siren polis peronda / pengiring. 2 buah kereta dan 3 motosikal polis.
Aku agak mesti ' orang besar datang '
7.20 ptg -Aku masuk masjid.... Sah orang besar... TS Muhyiddin Yassin , Dr Zambry , calon dan
penyokong BN. Aku ambil wuduk. Aku masuk masjid.
7.25 - Aku nampak DS Nizar masuk dan disambut oleh para jemaah. Bilal azan. Lepas tu
Iqomah. Aku nampak imam muda berjubah mempelawa DS Nizar jadi imam. Rakaat pertama DS baca ayat " Wa'tasimu bihablillah ...... dan rakaat kedua surah al Kafirun ". Lepas beri salam , wirid dan doa. DS doa beserta Qunut Nazilah.... semua aminkan ...termasuk TS Muhyiddin Yassin, Dr Zamry , calon Bn , Hj Kadri ( bos Zaman Motor Jln K.Kangsar IPoh , yang kecewa tak dapat jadi calon PRK B Gantang) dan para jemaah... Hancur BN.... Amin .....

Lepas berdoa, imam BN ambil mikrofon dari DS Nizar menyatakan kita nak solat hajat. So teruslah solat hajat. TS Muhyiddin Yassin,Dr Zamry , DS Nizar dan semua jamaah solat hajat.

Selesai solat hajat, doa...... imam muda minta mikrofon dari imam BN tu dan menyatakan serta menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah berhubung ayat yang dibacakan tadi..... Tindakan imam muda ni amat tak disenangi oleh TS Muhyiddin Yassin, Dr Zamry, Hj Kadri..... Hj Kadri melulu kepada DS Nizar minta tak payah tazkirah la...... Aku yang duduk sebelah TS Muhyiddin Yassin turut mendengar kata-kata TS M Yasin.... " tak payah tazkirah2 lah.... ini bukan majlis depa.... "
DS Nizar dalam keadaan tenang......duduk meraikan majlis dan baca Yasin bersama2....

Lepas baca Yasin DS Nizar beredar kerana ada majlis lain yang mesti beliau hadir......

Dlm pukul 9.10 , DS Nizar menalipon aku bertanyakan apa yang berlaku selepas beliau beredar. Aku kata tak ada apa2 yang berlaku. Aku kata imam muda mengimamkan solat Isya. DS Nizar kata dia amat kagum dengan keberanian imam muda tersebut. Dr Zamry rasa amat terpukul dengan majlis tersebut........

Moral of the story :- Berita Harian lapor .... Nizar rampas mikrofon...... Mana ada peristiwa rampas merampas ! So inilah nilai pemberitaan yang ada kepada media arus perdana..... Menipu je kerjanya !!!!

Pengundi Bukit Gantang akan membuktikan bahawa rakyat dah muak dengan BN dan kuncu-kuncunya !!!!!!!

Thursday, March 26, 2009

UMNO .......... SElamat tinggal ...

Aku baru mendapat maklumat telefon....... " Sheikh.............Muhyidin Timbalan Presiden , Zahid, Hishamudin & Shafie Afdal Naib Presiden."

Najib & Hishamudin dari satu keluarga( Hussein Onn & Tun Razak ).
Muhyiddin orang Tun Mahathir.
Khairi menantu Pak Lah.......

Berkecamuk lagi lah UMNO lepas ni..... Tak percaya !!!! Tunggulah nanti.........

Sebelum informer tamatkan perbualan, dia kata........
Nizar mesti menang punya !!! sebab adik dia dah menang Ketua Pemuda UMNO.......
Hahaha ........ Nizar JAMALUDIN , Khairy JAMALUDIN.......

aKU kata..... jauh panggang dari api.... Nizar BAIK...... Khairy PENYANGAK / PERASUAH !!!!!

Monday, March 16, 2009

Takut .............

Pokok Sena yang mencatat sejarahnya yang tersendiri.

Sebelum ini terdapat plak yang dicatatkan peristiwa bersejarah 10 Mac 2009.
Tapi pagi tadi 15 Mac 2009 , plak tersebut telah dikorek oleh MBI

Semasa pulang dari Kuala Krai Kelantan, aku singgah di Ipoh untuk mengambil 2 orang anak perempuanku di Ulu Kinta. Dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan, aku nak tunjukkan kepada isteri dan anak-anakku tempat berlakunya Persidangan DUN yang cukup bersejarah di Negeri Perak pada 10 Mac 2009 lalu....

Tapi hampa rasanya...... plak yang mencatatkan peristiwa bersejarah itu telah dikorek....... semasa aku sedang mengambil gambar, lalu seorang pemuda Cina ..... " Itu MBI punya kerja.... dia sudah korek dan buang ...... tak apa .... nanti kita ganti lain " katanya dan terus beredar... Ramai juga yang datang untuk melihat plak tersebut... tetapi hampa......

Hairan sungguh....... BN nampak macam kuat sangat !!!! Tapi dengan plak dan pokok Sena pun depa takut !!!! Aku rasa minggu depan Zamry dan kuncu-kuncunya akan minta MBI korek pokok tu pulak agaknya ! Kalau dengan benda tak bernyawa pun depa takut ....... dengan rakyat ..... mesti lebih takut.....

Mana tidaknya...... pergi kemana-mana kena pakai escot polis depan belakang. Pergi masjid pun kena pakai escot..... Takutttttttt...............

Keciknya Malaysia tapi kocaknya besar !

Sabtu 14hb Mac 2009 aku ke Kuala Krai Kelantan untuk meraikan perkahwinan staf ku Amy. Perjalanan agak memenatkan juga. Hampir 5 jam melalui jalan Sg Pulai - Gua Musang. Sekitar jam 12.15 tgh aku sampai ke Gua Musang. Aku singgah sebentar di Masjid Gua Musang yang dapat dilihat tersergam indah dari jalan utama. Tapi aku agak sedih teramat sangat bila melihatkan keadaan tandas serta bilik air yang tidak terurus. Lalu aku membatalkan hasrat untuk menggunakan kemudahan tandas dan bilik air di situ.... Harap-harap jawatankuasa masjid dapat mengambil daya usaha untuk membaiki kerosakan yang teruk di situ.

Aku meneruskan perjalanan ke rumah Amy di Kuala Krai iaitu di belakang Sek Men Teknik Kuala Krai. Setiba di sana rombongan pengantin lelaki dari Banting Selangor juga baru sampai. Lepas parking kereta aku terus bertemu tuan rumah. Tiba-tiba tanganku ditarik orang.... Mari sini ... jumpa orang kampung. Aku ditarik bertemu seseorang yang sedang rancak berbual...... Laaaaaa.... orang kampungku..... keciknya dunia ni..... YB Dr Hatta Ramli rupanya.... baru aku teringat... Kawasan Kuala Krai ialah kawasan Parlimen beliau.... maka berborak sakan le kume....
Jam 1.30 tgh YB pun beredar....katanya ada majlis kenduri di tempat lain pulak. Begitulah keadaan YB yang sentiasa dekat di hati rakyat. YB BN tak tahulah.... masa kempen mungkin akan turun padang.... bila dah menang..... Tapi berbeza dengan YB Pakatan Rakyat. Tengok saja Allahyarham Roslan Shaharum........ sering bertemu rakyat hinggalah ke akhir hayatnya. InsyaAllah wakil rakyat berjiwa rakyat macam inilah yang yang sepatutnya dipilih. Bakal calon PAS yang akan dipilih nanti , aku cukup yakin mempunyai sikap yang sebegini.

BN dah pilih calon...... Setiausaha Bahagian ......nampaknya bukan calon yang disukai ramai..... peluang untuk Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan semakin cerah !!!! Ayuh ! kita tanam BN di Bukit Gantang !!!!

Wednesday, March 11, 2009

Radio Perak FM ..... Tak adil !!!

10.3.2009 aku ke Manjung . Ada kerja sikit. Dalam perjalanan pulang aku on Radio Perak FM. Dah lama tak dengar Perak FM.... getik + meluat. Tapi pada masa tu 'ter' on Perak FM. Jam 5.50 petang bersama DJ Azaziz Abd Rashid ( kalau tak silap )... Mamat ni aku pernah berjumpa sekali bersama DJ Kak Jaliah dalam 12 tahun lepas. Masa tu aku bersama Allahyarham Hj Roslan Shaharum MP Bukit Gantang terserempak dengan kedua2 DJ tu. Mamat ni mengeluh pada aku... kenapa orang tak suka dengar Radio 3 Ipoh masa tu..... Hj Roslan kata senang je.... Cuba banyakkan rancangan agama. Seminggu lepas tu Hj Roslan mengemukakan cadangannya kepada penerbit Radio 3 Ipoh masa tu Kak Hasnah Adam Beh. Cadangan di terima. Maka ramailah ustaz-ustaz yang diberikan peluang menyampaikan Tazkirah ringkas jam 6.15 pagi hingga 6.30 pagi setiap hari. Antaranya Sheikh Mohd Nor Mansor, Ust Abu Bakar Husein, Ust Che Leh, Hj Che Rahim Che Daud dan tak ketinggalan Hj Roslan Shaharum. Program berjalan selama 3 bulan. Sejak itu laporan diterima bahawa Radio 3 Ipoh naik rating pendengarnya.

Namun bila program agama mendapat sambutan, pihak kerajaan Negeri Perak yang ketika itu di bawah Ramli Ngah Talib mulalah tak senang...... maka program tersebut ditamatkan. Sejak itu ratingnya kembali merosot hinggalah ke hari ini.

Mana tidaknya...... masa MB Nizar menjadi MB, Radio Perak FM langsung tidak memberi peluang untuk beliau menyampaikan kepada rakyat negeri Perak berhubung dengan program-program kerajaan negeri. Yang ada semua berita yang tidak benar dan berita tentang BN je yang disiarkan.

Mana tidaknya.... petang ni je aku dengar temuramah DJ Azaziz dengan Pengerusi Kampung Matang Merbau Sg Tinggi dalam Parlimen Bukit Gantang En Yatim berhubung dengan kedudukan kampung mereka. Katanya Kg Matang Merbau ni agak ketinggalan dari sudut pembangunan. Pelik rasanya ....... BN memerintah punya lama...... masih ketinggalan lagi. Dia kata kerajaan Pakatan Rakyat tidak berbuat apa-apa semasa memerintah.... Mangkuk punya Mamat ni.... yang BN perintah punya lama .... tak ada pembangunan dia tak nampak.... PR baru 11 bulan kemudian di rampas dengan zalim...... dia kata tak ada pembangunan !!!! Pelik sungguh !!! Akhirnya En Yatim menyeru agar pengundi di situ mengundi BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang .

Inilah secebis kisah bagaimana BN menggunakan segala bentuk jentera untuk memenangkan mereka....... Namun aku cukup yakin bahawa BN akan tersungkur juga dalam pilihanraya kecil ini. Renung kan .........

Monday, March 9, 2009

Calon Filem-filem Anugerah Skrin 2009


2 buah filem terbaru arahan pengarah filem terkenal M.Najis akan mula ditayangkan kepada umum. Filem-filem tersebut akan ditayangkan mulai 29 Mac hingga 7 April 2009.

Filem yang dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal tanahair akan ditayangkan serentak di kawasan Parlimen Bukit Gantang Perak dijangka akan menaikkan semangat pengundi di sana untuk mengkuburkan BN pada tanggal 7 April 2009 akan datang !

Filem yang bakal dicalonkan bagi Anugerah Skrin 2009 itu menelan belanja RM400 juta kerana penggambarannya dilakukan di seluruh Malaysia seperti Changkat Jering, Behrang , Jelapang, Bagan Datoh dan tidak ketinggalan di Monggolia.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Bukit Gantang bagi menyaksikan filem tersebut boleh menonton di TV3suku atau di RTMampus atau melayari www.BNhancur.com.my

Selamat Menonton ..........................

Sunday, March 8, 2009

Bukit Cempedak Parlimen Bukit Gantang

Semalam rakyat yang cintakan bahasa menyatakan bantahan mereka dalam Himpunan 100 Ribu di Masjid Negara dan Istana Negara. Himpunan yang dicemari oleh tindakan polis atas desakan pihak-pihak tertentu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat memang sukar untuk dibendung. BN melihat ini merupakan ancaman kepada mereka.

Kini bagi rakyat Perak yang sedang bergelut dengan krisis Perlembagaan, akan berhadapan dengan satu lagi ujian getir pada 7 April 2009. Bukit Gantang merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. BN akan mempersembahkan rancangan-rancangan pembangunan yang hebat yang akan mereka janjikan kepada para pengundi. Pakatan Rakyat pula akan digambarkan seburuk-buruk pakatan. Keluar parti akan menjadi agenda utama. Saban hari akan ada sahaja ahli parti komponen Pakatan Rakyat akan keluar parti. Kalau dicampurkan jumlah ahli yang keluar nanti, nescaya ahli Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang akan tinggal 10 orang sahaja........ Inilah taktik BN yang telah dilakukan setiap kali adanya pilihanraya.

Namun kali ini senario yang sama tidak akan sama sekali menggentarkan Pakatan Rakyat. Malam ini 8 Mac 2009 dan esok 9 Mac 2009 rakyat Perak akan membuktikan kepada BN bahawa rakyat akan menolak BN. Himpunan di Bukit Cempedak malam ini dan esok merupakan himpunan yang akan menggarap segenap potensi yang akan digunakan bagi menghadapi PRK Bukit Gantang nanti.

Akhir bicara ...... marilah seluruh petugas Pakatan Rakyat .....kita sama-sama gembeling tenaga untuk kita tumpaskan BN sekali lagi. InsyaAllah ! Kemenangan milik kita.

Cumanya...... kenapa SPR pilih hari Selasa sebagai hari mengundi ? Sabtu atau Ahad ada.... yang dia pilih hari Selasa kenapa?? Heeeee.................mangkuk punya SPR !!! Selasa pun selasa lah...... BN tetap akan tersungkur !!!!!

Friday, February 27, 2009

Rakyat Tak Puashati

Huh !!! Lama sungguh tak update ! Sejak krisis Perlembagaan Negeri Perak tercetus, ruang masa untuk menulis agak terbatas. Siang hari mencari rezeki mula jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang. Lepas isya' turun ke cawangan2 untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat yang tidak mendapat maklumat yang jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di Negeri Perak yang ku cintai ini.

Alhamdulillah malam ni free sikit, so bolehlah jenguk2 sikit laptop usangku. Laptop ni asyik hang-up je.... nasiblah !!!

Siang tadi aku ke Langkap ada urusan sikit. Masa buat site-visit, aku bertemu dengan seorang Cina. Anak tempatan Langkap , tapi berniaga di Kuala Lumpur. Merungut-rungut dengan keadaan kemelut politik di Perak. Dia hairan kenapa Kerajaan Pakatan Rakyat yang cuba berbakti dan membela rakyat dirampas dengan begitu zalim oleh UMNO / BN yang diketuai oleh Najib. Dia pun hairan macam mana Dr Zamry boleh jadi MB sebab dari sudut undang-undang MB hanya akan lucut melalui 3 saluran iaitu undi tak percaya di DUN, pembubaran DUN atau MB letak jawatan. Ketiga-tiga ini tak berlaku, tiba-tiba lantik MB baru. Ini tak ikut undang-undang. Kalau pemimpin tak boleh ikut undang-undang, macam mana rakyat nak patuh undang-undang !! Lama sungguh dia meluahkan rasa kecewanya kepada aku. Aku membiarkan dia terus dengan luahannya. Sebagai pemimpin kita mesti menjadi pendengar yang baik. Lepas itu aku memberikan pandanganku. Aku menyatakan bahawa aku adalah salah seorang pimpinan PAS Teluk Intan. Aku menjelaskan apa yang sedang berlaku di Negeri Perak. Kemelut ini berpunca dari tindakan rakus UMNO / BN yang tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat Perak telah menolak mereka dalam PRU 12. Setelah itu barulah dia menyatakan bahawa dia mengundi calon PAS di Titiwangsa dalam PRU 12 dan akan terus menyokong PAS kerana PAS konsisten dalam menegakkan keadilan dan menentang penyelewengan. Lepas itu aku pun beredar dari kawasan tersebut.

Aku terus pula ke Pekan Langkap untuk cari makan tengahari. Lokasinya belakang AM Bank / 7 Eleven dekat pasar awam Langkap. Pusing punya pusing nampak kedai makan yang pada dindingnya tergantung gambar DS Nizar. Cantik ! Aku pun beli nasi ayam. Jolok-jolok sikit tuan kedai .... ni gantung gambar DR Nizar ni orang tak perli ke! Perli apa !!! Lagi ramai orang datang beli.... Alhamdulillah tambah rezeki.... Sambil-sambil jual tu, tak ke kempen atau tanya pandangan depa.... Huh !!! semua benci kat UMNO / BN zalim, perasuah dan macam-macam lagi.

Lepas tu aku singgah pulak kat sebuah kedai India.... saja nak beli akhbar Sinar. Dia kata dah habis.... banyak laku ooooo... aku tanya sebab apa banyak laku.... dia kata sebab ada cerita tentang DS Nizar tiap-tiap hari.... Akhbar uuuuuutusan & bbbbberita hairan semua tarak guna.
Laaaa marah lagi kat BN ..... hanco le BN.......

Lepas tu aku singgah kat masjid Langkap solat zohor berjamaah. Lepas solat , sambil nak pakai kasut, datang sorang pakcik , jemaah masjid bertanya.... bila ada ceramah lagi DS Nizar..... La mana pulak pakcik ni kenal aku...... dahi aku ada lambang PAS ke..... Aku kata insyaAllah bulan 3 @ Mac nanti DS Nizar akan datang ke Teluk Intan. Tengok lah poster nya nanti... Aku pun terus beredar. On the way balik, singgah sekejap kat sekolah India kat tepi jalan .... ada pulak geng Makkal Sakti..... pun menyatakan rasa tak puashati tentang apa yang berlaku sekarang.....

Kesimpulannya......... AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN...... BUBARKANLAH DUN PERAK ....AGAR RAKYAT DAPAT MEMILIH KERAJAAN PILIHAN MEREKA !!!!

Saturday, February 14, 2009

Taklimat Isu Semasa











Sekarang ini jam 10.20 pagi sedang berlangsung satu sesi taklimat kepada seluruh ketua-ketua kampung berhubung isu semasa Kerajaan Pakatan Rakyat bagi 3 Parlimen iaitu Teluk Intan, Pasir Salak dan Bagan Datoh. Taklimat sedang disampaikan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj Mohd Anuar Sudin dan ADUN Hutan Melintang YB Kesavan.

Turut serta membuat liputan pada majlis tersebut ialah wartawan Akhbar Sinar Harian. Akhbar Sinar Harian akan memulakan operasi di kawasan Hilir Perak mulai 20 Februari 2009.

Taklimat dimulakan oleh YB Anuar yang menyentuh senario kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat sehinggalah saat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Sementara YB Kesavan menyatakan bagaimana beliau sehingga ini dihubungi oleh pihak BN meminta beliau lompat dengan tawaran yang cukup lumayan hinggakan jutaan ringgit.

Berita selanjutnya menyusul....

Thursday, February 12, 2009

Uniknya Pilihanraya Kecil : PASCA PRU 12

Pilihanraya umum ke 12 Mac 2008 menyerlahkan kehendak rakyat untuk melakukan perubahan kepada lanskap politik Malaysia. Kemenangan rakyat terbukti dengan tumbangnya BN di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor serta mengekalkan kerajaan Kelantan disamping kemenangan bergaya di Wilayah Persekutuan.

Penolakan rakyat terhadap BN terus meluap di 2 lokasi iaitu di PERMATANG & KUALA. 2 lokasi yang sinonim dengan air. Kini lokasi tadahan air beralih pula ke kawasan punca aliran air iaitu BUKIT.

Tiada siapa yang mampu untuk menghalang aliran air yang turun dari bukit. Walau disekat dengan apa cara sekali pun, ianya tetap akan mengalir.

Inilah hakikat yang akan berlaku di BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU ! Rakyat akan mengajar BN sekali lagI di kedua-dua pilihanraya ini. Siapa pun calun yang akan mewakili Pakatan Rakyat bukan merupakan persoalan yang besar. Agenda yang besar ialah MENGAJAR BN untuk tunduk kepada kehendak rakyat.

SELAMAT BERJUANG KEPADA SELURUH KEPIMPINAN DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.

Friday, February 6, 2009

Teruskan perjuangan !!!!

Aku dihujani pelbagai pertanyaan tentang kedudukan / perkembangan politik di Negeri Perak. Sahabat dari Langkawi hinggalah ke Johor bertalu-talu call / sms. Lalu ku panjangkan sms dari ku perolehi dari salah seorang TPJ PAS Negeri yang berbunyi :

Rampasan kuasa oleh BN Perak dan didokong oleh istana. Kita menuntut supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan satu pilihanraya diadakan supaya rakyat dapat membuat pilihan sendiri. Tapi sultan dengan nasihat Najib enggan membubarkan DUN sebaliknya meminta MB letak jawatan. Komplek SUK dikepong oleh polis. MB & Exco diarah kosongkan pejabat dan Datuk SUK bertindak macam MB. Keadaan sekarang seolah2 MB dipecat oleh sultan / Najib. BN takut menghadapi rakyat.

Beginilah keadaan di Perak masakini. Terkini 6 orang ditangkap polis di Kuala Kangsar yang menembak gas pemedih mata tanpa perikemanusiaan.

Isteri sepupuku baru menghantar sms mengatakan anaknya menjerit kesakitan akibat bedilan gas pemedih mata yang dilontarkan atas bumbung rumah mereka. Sepupuku tinggal di kuarters Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.

Bangkit ! Wahai rakyat yang cintakan keadilan ! Jangan dibiarkan penyamun2 mentadbir negeri yang kita cintai.

Sunday, January 18, 2009

Debaran berakhir !

Sabtu 17 Januari 2009 merupakan hari yang cukup mendebarkan ! PRK Kuala Terengganu yang menjadi tumpuan umum. Calun Pakatan Rakyat yang diwakili PAS berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan BN yang cukup tidak beretika . Mana tidaknya, jutaan ringgit wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin kerajaan. Bermula dari 6 Januari 2009, ada saja yang ditaburkan kepada pengundi .

Bagi petugas PAS dari Teluk Intan yang bertugas di UPU Kuala Ibai menyatakan kawasan ini agak rumit sikit. Mana tidaknya, pengundi di sini minta enjin bot untuk mereka yang kebanyakkannya terdiri dari nelayan. Enjit bot nilainya RM4,000.00 !!!! Pengsan !!! Itu yang Pak Lah bagi peruntukan kepada nelayan bernilai RM1 juta pada hari Khamis, dua hari sebelum mengundi . Namun para petugas tetap tidak berputus asa. Mereka meneruskan tugas mereka dengan gigih. Tahniah kepada seluruh petugas dari Kawasan Teluk Intan. Allah akan membalas sumbangan kalian semua !!!

Tepat jam 8.00 pagi 17 Januari 2009 semua tempat mengundi di Parlimen Kuala Terengganu mula dibuka. Para petugas kedua-dua parti yang bertanding sudah bersedia sejak awal pagi. Pada sebelah pagi, sebagaimana yang dilapurkan, para pengundi dari saluran 1 & 2 keluar menunaikan tanggungjawab masing. Lapuran ini agak merisaukan aku , kerana biasanya kedua-dua saluran ini terdiri dari golongan tua yang pada kelazimannya mengundi BN. Namun ku tenangkan hati ini. InsyaAllah sebelah petang biasanya golongan muda akan keluar mengundi...... Para perayu undi terus istiqomah dengan peranan masing-masing. Petugas Teluk Intan bertugas di Pusat Mengundi Sekolah Sultan Sulaiman sehinggalah jam 5 ptg.

Jam 5.00 petang pusat mengundi ditutup dengan rasminya.

Jam 5.34 ptg aku melihat melalui TV siaran langsung RTM berhubung pilihanraya ini. Pengulasnya Hanafiah Man ( getik aku melihat mukanya ). Mana tidaknya, dulu dia pernah bersama dengan pakatan pembangkang sekitar pertengahan tahun 90 an.

Ulusan dari beliau memaparkan proses pengiraan undi di beberapa pusat mengundi. Fokus beliau ialah di DUN Wakaf Mempelam. Keputusan tidak resmi katanya BN mendahului 500 undi lebih. Risau aku dibuatnya....

Jam 6.30 aku menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu menyatakan kerisauan ku. Tapi beliau menyatakan kita masih berada di hadapan ! Jam 6.58 aku mendapat maklumat bahawa UPU Kuala Ibai tempat Kawasan Teluk Intan bertugas , PAS kalah 173 undi. Kerisauan kembali menghantui ku.

Jam 8.33 aku menerima sms dari YAB MB Perak berbunyi " P036, pohon bantuan Allah ! Minta baca surah al-Ikhlas 40 kali sekarang. Sebarkan !.

Aku terus menyebarkan sms tersebut kepada sahabat-sahabatku termasuk yang berada di Dubai ( Hj Anwar Jamaludin jurutera syarikat cari gali minyak ).

Jam 8.37 aku mendapat maklumat dari Ketua Pemuda PAS Terengganu yang menyatakan kita menang !!!! Jam 8.57 aku menerima sms menyatakan PAS menang !!!!

Allahu Akbar !!!! Akhirnya debaran ini terjawab !!!! Syabas kepada YB Hj Mohd Abd Wahid Endut serta seluruh petugas yang telah bertungkus lumus.

Sebagaimana hits aku sebelum ini menyatakan bahawa PKR dah menang di Permatang Pauh, kini PAS menang di Kuala Terengganu. Jadi kita nantikan selepas ini giliran DAP pulak !!!! Alhamdulillah Pakatan Rakyat telah di terima oleh rakyat. BN akan berkubur !!!!



Tuesday, January 13, 2009

Persiapan buat yang tinggal !

Tengahari tadi aku menziarahi rakan sepejabatku yang kematian bapanya. Semua yang hadir diselubungi dengan suasana pilu. Pada ketika itu aku teringat kepada satu perkara yang berlaku sebulan yang lalu.

Bulan lepas sewaktu aku di pejabat, aku didatangi oleh seorang pelanggan. Seorang perempuan bertugas sebagai seorang guru. Beliau meminta khidmat nasihat tentang masalah yang dihadapinya. Beliau kematian suami. Suaminya meninggalkan sedikit harta ( lebih tepat sekali ialah simpanan KWSP suaminya ). Tetapi penama yang ditulis oleh suaminya ialah ibunya. Amat malang ialah si ibu mengambil keseluruhan wang tersebut. Sepatutnya dalam memahami sudut perundangan , penama adalah sebagai pemegang amanah sahaja. Bagi yang memahami hukum agama, harta tersebut hendaklah difaraidkan ! Inilah masalahnya apabila AGAMA TIDAK DIFAHAMI DAN TIDAK DIAMBIL BERAT.

Aku menasihati beliau agar bersabar dan menyerahkannya kepada Allah.

AKU Ada jalan / kaedah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Kenapa kita tidak bersedia dengan satu kaedah yang diajar oleh ISLAM. Apa yang dinamakan PENULISAN WASIAT atau WILL WRITTING.

InsyaAllah melalui cara ini pihak yang memegang amanah iaitu AMANAHRAYA BERHAD akan menyelesaikan baki hutang serta agihan Faraid atas harta yang kita tinggalkan.

Aku telah melaksanakan tanggungjawab ini dengan menyertai skim penulisan wasiat ini. Cuma dengan bayaran RM350.00 atau RM200.00 masalah ini insyaAllah selesai.

Kepada sahabat2 yang masih belum mengambil langkah ini aku menyarankan hubungi ku di talian 019- 573 6943. Bersegeralah !!! Setiap yang bernyawa akan mati. Kita tidak mengetahui bila ajal kita.

Kejayaan semakin hampir

Aku mendapat maklumat dari Kuala Terengganu menyatakan harapan Calon PAS dalam PRK Kuala Terengganu semakin tinggi.

Pihak BN terpaksa menggunakan apa juga cara untuk menarik perhatian para pengundi agar mengundi calon BN. Tapi amat mendukacitakan. Najib berhempas pulas untuk memastikan BN menang kerana sekiranya BN kalah, bermakna imej Najib amat tercalar.

Apa yang cukup memeranjatkan pihak BN ialah sokongan masyarakat bukan Melayu. Pengundi Cina akan melakukan kejutan pada PRK ini. Kalau kita buat analisa khususnya peranan RTM yang sebelum ini tidak pernah siaran khas setiap malam di TV 1, membuktikan bahawa BN amat-amat terdesak.

Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah swt agar memberikan kemenangan kepada calon PAS dalam PRK ini. Amin.

Sunday, January 11, 2009

PERUBAHAN AKAN BERLAKU !!!

Mac 2008 menyaksikan kerajaan BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen. Satu keputusan yang masih menjadi igauan ngeri BN. Belum pun sempat meratapi kesedihan tersebut, satu lagi pukulan di terima oleh BN iaitu kemenangan bergaya DS Anwar Ibrahim.

Kini muncul pula PRK Kuala Terengganu. Kalau dinilai dari laporan serta ulasan pimpinan tertinggi UMNO seperti Najib dan Muhyiddin, nampaknya macam sesuatu yang tak kena berlaku di Kuala Tgganu ni...... mereka seolah-seolah telah menghidu kekalahan di pihak BN.

Saya cukup yakin bahawa pengundi K Tgganu akan memberikan satu lagi tamparan hebat buat BN. InsyaAllah PR melalui calon PAS akan menang !

Bermula dengan Permatang Pauh tempat pimpinan tertinggi PKR , diikuti dengan Terengganu tempat pimpinan tertinggi PAS ...... rasanya selepas ini di kawasan pimpinan tertinggi DAP pulak ........ maka lengkaplah kekuatan Pakatan Rakyat melalui ujian !!

Maka perubahan yang diimpikan oleh rakyat selama ini akan berlaku !!!!!!

Selamat tinggal Barisan Nasional !!!!!

PEWARIS & PEKIDA !!! AGENDA UMNO !

Dipetik dari Blog YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam:

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya menyatakan 'wakil rakyat' di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.

Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.

Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, "kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel".

Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.

Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.

Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!

WalLahu ‘Alam



NOTA PENTING
:
Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!