Tuesday, June 30, 2009

Tahniah PJ Perak yang baru.

Taklimat oleh Ust Wan Azli & Ust Abd Fattah . Ustaz Abu Bakar menginap di Tingkat 3. Kami sekeluarga di Tingkat 7.


Semasa di Tanah Suci Mekah musim cuti persekolahan yang baru lalu, aku tinggal satu hotel dengan Ust Abu Bakar ( bekas YDP Gopeng , ketika itu aku Ketua Pemuda Gopeng ). Hari diumumkan perlantikan PJ Perak yang baru, aku menerima sms dari Cikgu Farid dan Cikgu Rustam memaklumkan perlantikan PJ yang baru. Sewaktu pulang dari solat isya aku bertemu Ust Bakar mengucapkan tahniah atas perlantikan sebagai PJ yang baru. Ust Bakar turut menyatakan bahawa anta kena bantu ana juga.
Aku menyatakan bahawa saf kepimpinan yang bakal dilantik akan membantu Ustaz. Ustaz Bakar turut melahirkan kebimbangannya tentang keadaan Ustazah Rafeah yang sedang uzur akibat kanser. Namun aku memberikan perangsang untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Tanpa disangka, pagi Sabtu yang lalu Ustaz Bakar menaliponku menyatakan hasrat untuk melantik aku sebagai salah seorang AJK Perhubungan. Aku agak keberatan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Namun Ustaz Bakar mengungkap kembali kata-katanya di bumi Mekah tempoh hari. Aku akur dengan kata-kata Ustaz Bakar.
Justeru aku pohon sahabat-sahabat membantu aku dalam memikul tanggungjawab ini. Sahabat-sahabat kawasan Teluk Intan dan kawasan Gopeng turut menyampaikan ucapan tahniah. Tak ketinggalan bekas ketua penerangan ku di kawasan Gopeng dulu Sdra Hariul Salleh yang kini menetap di Ampang Selangor.
InsyaAllah akan ku cuba menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada ku. Cuma yang agak merungsingkan ialah bebanan tugas di tempat kerja ku !!!!!
Ya Allah ! Bantulah hambaMu yang lemah ini !

Tuesday, June 23, 2009

Tak macam di Malaysia !

Bergambar bersama Ust Fatah, Ust Wan Azli dan Cikgu Rahman
selepas solat subuh di Masjid Terapung Jeddah
Ust. Fatah ( ketua rombongan ) , Ust Khairi selepas solat subuh
di Masjid Terapung Jeddah.


Flight dari Jeddah ke Mesir jam 11.30 pagi. Tawaf wida' jam 12.50 malam. Jam 3.00 pagi kami berangkat ke Jeddah. Jam 4.00 pagi sampai ke Masjid Rahmah Jeddah ( Masjid Terapung ) bukan Masjid Kuala Ibai Terengganu. Masjid yang indah ini berhampiran dengan pantai. Waktu Subuh 4.08 pagi. Lepas azan , lebih kurang 30 minit baru solat jemaah. 4 saf..... satu saf lebih kurang 40 orang. Yang istimewanya......... 90% peratus ahli jemaah terdiri dari golongan muda Arab ( dalam lingkungan 20 ke 30 tahun ... ada yang pakai seluar bunga2 ala Hawaii pun ada) ...... Lain pulak di Malaysia..... golongan ini jauh dari masjid !! Macam2 alasan pulak tu... seluar kotor lah dan macam2 lagi.

Aku kagum dengan keadaan mereka. Walaupun mereka lepak di sekitar Masjid Rahmah pada sebelah malamnya hingga ke subuh , tapi bila tiba waktu solat , mereka berduyun-duyun ke masjid.

Jangan sampai jadi macam ni !

Posting yang menarik untuk direnungi...... di petik dari Warta Sg Rapat.

KISAH SEDIH.

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”


Monday, June 15, 2009

Salam Perjuangan.

Alhamdulillah...... jam 2.00 pagi tadi kaki selamat menjejak bumi Teluk Intan. Setelah lebih 2 minggu berada di perantauan. Sebelum sampai ke Teluk Intan, sempat singgah sebentar di Changkat Jong ( Kedai Pak Jaafar ) kerana ibu mertua nak menumpang bilik air. Jumpa pulak dengan Ketua Unit Amal Kawasan....... dapatlah sedikit sebanyak berita kawasan. Katanya esok ada perlawanan sepak takraw Piala YB ADUN Changkat Jong. Sempatlah memberikan nasihat agar teruskan program mendekati anak muda. Banyakkan penglibatan anak muda dengan aktiviti kemasyarakatan. Beliau memberikan komitmen akan mengadakan program mengecat masjid, sekolah agama rakyat dan sebagainya.

Lepas tu aku meneruskan perjalanan ke Masjid Daerah Teluk Intan bersama rombongan yang pergi menunaikan umrah. Turut serta dalam rombonganku ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan Bagan Datoh dan Setiausaha PAS Cawangan Kg Kilang Padi. Tak ketinggalan juga turut serta dalam rombongan umrah kami.... AJK UMNO Bahagian Bagan Datoh.

InsyaAllah dalam post akan datang, akan ku cuba berkongsi pengalaman 14 hari di bumi ambia' Mesir , Madinah dan Mekah.

Thursday, May 7, 2009

Semua dah jadi parti komponen BN

Dahsyat sungguh BN la niiiii......
SPR , SPRM , Polis dan ............... semuanya dah macam jadi parti komponen BN. Apa yang disuruh oleh BN ..... pasti diikut tanpa banyak soal.

Terkini ...... jalan masuk ke pusat bandar Ipoh penuh dengan sekatan jalanraya. Seolah-olah sesuatu yang amat buruk akan berlaku. Lebih malang lagi ..... bila masjid pun jadi sasaran. Sebarang kegiatan bermula maghrib hingga subuh diarah untuk dibatalkan. Malang sungguh bila ' ber MB kan ' dengan golongan yang haram ! Benda halal jadi haram !

Aku baru menerima sms dari sahabatku di Ipoh. Polis baik yang berpakaian seragam atau tidak sedang berkumpul di Ipoh bagi mengelakkan dari berlakunya himpunan yang akan mereka beritakan esok sebagai himpunan yang ' gagal '. Mana tidaknya, dah disekat orang datang ! Namun begitu , rakyat yang cintakan keadilan akan tetap turun beramai-ramai ke Ipoh.

Selamat bersidang 7 Mei 2009 !!!! Kerajaan haram BN akan tumbang juga akhirnya !!! Yakinlah !!!!

Sunday, April 26, 2009

Tangisi iringi ucapan YB Changkat Jong

Atas rasa tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat , ucapan YB ADUN Changkat Jong penuh emosi berhubung masalah yang dihadapi oleh rakyat. Penderitaan serta kesusahan rakyat yang tidak mendapat pembelaan dari pihak yang berwajib sejak lebih 50 tahun BN memerintah cukup menginsafkan beliau. Beliau cuba untuk melaksanakan sebaik mungkin amanah sebagai wakil rakyat yang mengwakili semua kaum.

Air mata keinsafan tersebut kerana masyarakat yang ditemui melahirkan keperitan yang mereka hadapi........ Air mata beliau terus mengalir....................................

Lagi gambar



Gambar-gambar semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan

Gambar-gambar Mesyuarat Agung



Gambar-gambar sebelum Mesyuarat Agung Kali ke 35 PAS Kawasan Teluk Intan bertempat di Dewan MPTI Teluk Intan.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan kali ke 35

Berlangsung di Dewan MPTI Teluk Intan
Tarikh : 26 April 2009
Perasmian : YB Dato Hj Mahfuz Omar

Tuesday, April 21, 2009

Lagi peringatan !

Hari ini aku bercuti.
Aku ke Toyota Manjung untuk servis kereta ... Dah lama tak servis .... Main lanyak je kereta tu. Kereta kalau diservis ikut peraturan, insyaAllah akan dapat digunakan dengan jangka hayat yang lebih panjang.

Begitu juga dengan kita, jasad serta rohani perlu selalu di'servis'. Kekotoran dan kerosakan yang ada pada rohani dan jasmani perlu di'servis' secara berterusan. Hasil dari 'servis' yang dilakukan akan melahirkan jiwa yang bersih. Bagi pejuang yang berada dalam jamaah Islam yang memperjuangkan Islam, perkara-perkara yang begini mesti diambil berat.

Sambil menunggu kereta siap untuk diservis, aku ke internet corner yang disediakan di pusat servis berkenaan. Sambil update blog, aku didatangi oleh salah seorang pekerja di pusat servis tersebut. Alhamdulillah, ahli jamaah juga. Beliau melahirkan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama.

Kami bekerja disini, ditekankan tentang imej. Cuba tengok pusat servis ni, imej yang menyenangkan menyebabkan pelanggan suka datang, walaupun terpaksa menunggu dalam satu waktu yang lama. Beliau menyarankan agar PAS juga cuba mengambil berat tentang imej. Institusi milik PAS seperti PASTI contohnya, cuba perbaiki imej PASTI katanya. Kurikulum PASTI memang diakui sebagai kurikulum yang terbaik. Tapi imej dari sudut penampilan bangunan serta prasarana kadang-kadang amat menyedihkan. Beliau merujuk kepada beberapa buah PASTI di kawasan beliau.

Aku rasakan ada kebenaran kepada apa yang disuarakan. Justeru aku berharap perkara ini dapat diambil perhatian yang serious oleh pihak-pihak yang berwajib.

Beliau juga ada menyentuh tentang Usrah yang dilakukan. Ada kalanya usrah berjalan seakan-akan sama seperti kuliah di surau atau di masjid. Ini menyebabkan usrah menjadi program yang hidup segan mati tak mahu. Ini juga perlu diambil perhatian.

Persiapan buat pejuang

Setelah selesai hantar anak pulang ke asrama , aku terus ke Ipoh bagi menghadiri usrah bulanan di cawangan lama iaitu Cawangan Rapat Jaya Tambahan. Alhamdulillah, komitmen ahli cawangan tetap utuh . Ahli mengambil berat dengan program cawangan. Ahli baru yang mengikuti usrah juga turut hadir. Aku menyampaikan pengisian buat ahli-ahli cawangan. Aku mengingatkan mereka tentang 3 perkara sebagaimana post ku sebelum ini iaitu 3 nokhtah buat pejuang.
1. Kefahaman tentang Islam.
2. Petugas yang ikhlas.
3. Petugas yang komited / istiqomah.

Dalam sesi perbincangan, Ketua Cawangan memaklumkan beliau telah menerima surat dari Pejabat Daerah menyatakan bahawa jawatan ketua kampung dan pengerusi JKKK telah ditamatkan. Aku menyatakan bahawa tugas berkhidmat kepada masyarakat mesti diteruskan macam biasa. Jangan dijadikan alasan untuk tidak dapat berkhidmat disebabkan jawatan telah ditamatkan.

Begitu juga dengan sahabat2 yang telah menerima surat penamatan khidmat diseluruh negeri Perak, teruskan berkhidmat kerana rakyat / masyarakat telah menilai khidmat yang telah diberikan kurang lebih 10 bulan yang lalu.

Teruskan berkhidmat !!!

Fikir sebelum bertindak

Semalam aku menghantar anak pulang ke asrama ( SARJANA Kg Gajah ) setelah cuti sempena Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak. Daulat Tuanku ! Patik mohon bubar DUN.

Pada kebiasaannya, kayu penghalang di hadapan masjid menuju ke asrama dibuka untuk laluan kenderaan ibubapa menghantar anak ke asrama. Tapi semalam kayu penghalang tersebut dibuka... Maknanya ibubapa tak dibenarkan untuk masuk sebagaimana biasanya..... Apa lagi.... sesak le..... amat menyusahkan !!!! Kadang-kadang kita bertindak ikut sedap kita je... kesannya.... menyusahkan orang lain. Hampir kebanyakkan ibubapa melahirkan rasa kesal dengan tindakan tersebut.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang. Disebabkan tindakan gelojoh UMNO / BN merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat, menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak.

Oleh itu ..... renungkanlah !!!! Fikir sebelum bertindak.

Monday, April 20, 2009

3 nokhtah buat pejuang

Sebagai anggota jemaah sekurang-kurangnya kita mestilah bertolak dari 3 nokhtah utama :

1. al Fahm ad Daqiq - Faham yang mendalam berkait Islam yang diperjuangkan.

2. al A'amil al Mukhlis - Amilin yang ikhlas melaksanakan tugas & tanggungjawab.

3. al A'amil al Multazim - Amilin yang komited dan istiqomah terhadap amal Islami.

3 nokhtah ini bagi menegaskan tanggungjawab dan amanah yang mesti digalas oleh seorang pejuang.

Mudah-mudahan mereka dapat mewakafkan diri buat perjuangan ini di saat rata-rata manusia tidak lagi mempedulikan amanah mereka sebagai seorang Muslim.

Thursday, April 16, 2009

Fikir & Renunglah !

Pihak Berkuasa Negeri dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan Mac yang lalu telah memutuskan bahawa semua Ketua Kampung dan JKKK ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa pada 16 April 2009.

Di daerah Kuala Kangsar Surat pemakluman penamatan perkhidmatan telah dihantar dan ditandatangani oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Kangsar kepada semua Ketua Kampung daerah Kuala Kangsar.

Dengan keluarnya surat ini, sahlah bahawa semua Ketua Kampung di seluruh Perak dipecat dan JKKK dibubarkan oleh kerajaan BN. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Zambry di awal-awal perlantikannya sebagai MB bahawa Ketua Kampung dan JKKK tidak akan ditamatkan perkhidmatan.

Ketua Kampung dan JKKK yang dilantik oleh kerajaan PR adalah sah sehingga tamat tempoh perkhidmatan selama dua tahun. Kerajaan boleh bertukar tetapi tidak semestinya Ketua Kampung dan JKKK juga bertukar sedangkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat lagi.

Berbeza sama sekali dengan amalan Kerajaan PR di bawah kepimpinan Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin. Hj Nizar di awal pemerintahan PR telah membuat kenyataan terbuka bahawa semua Ketua Kampung dan JKKK boleh terus berkhidmat dengan kerajaan negeri sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 31.12.2008, tetapi seluruh Ketua-ketua Kampung melalui Pengerusi persatuan Ketua-ketua Kampung sendiri yang membuat kenyataan bahawa Ketua-ketua Kampung seluruh Perak tidak akan memberi kerjasama dengan Kerajaan PR walaupun mereka berkhidmat dengan kerajaan PR. Ini adalah kenyataan bodoh seorang Pengerusi Persatuan.

Hj Nizar telah memanggil semua Ketua Kampung seluruh Perak untuk diberi taklimat oleh Kerajaan Negeri di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sebahagian besar Ketua-ketua Kampung hadir, dalam sessi dialog ada di kalangan Ketua Kampung bersetuju terus berkhidmat dan ada juga yang akan meletakkan jawatan. Hj Nizar menjelaskan bahawa semua Ketua kampung berhak menentukan sikap masing-masing, mereka diberi pilihan samada terus berkhidmat atau sebaliknya.

Selang beberapa minggu kemudian, semua Ketua Kampung seluruh Perak meletakkan jawatan beramai-ramai, surat perletakkan jawatan beramai-ramai ditandatangani oleh setiap Ketua Kampung dan diserahkan ke Pejabat Menteri Besar, ada juga Ketua kampung yang tidak bersedia meletakkan jawatan, mereka dipujuk, dirayu dan dipaksa oleh AJK Persatuan Ketua-ketua Kampung supaya letak jawatan, ada yang datang ke pejabat MB berjumpa saya dan MB menyatakan mereka tidak bersetuju meletakkan jawatan tetapi dipaksa oleh Persatuan.

Kerajaan Negeri tidak ada pilihan, perletakan jawatan beramai-ramai itu diterima oleh MB. Mesyuarat EXCO memutuskan kaedah pemilihan Ketua kampung di seluruh Perak dibuat melalui pungutan suara iaitu Ketua Kampung dipilih melalui pilihanraya. Sesiapa sahaja yang layak boleh dicalonkan dan di undi. Kaedah ini dilaksanakan di seluruh Perak kecuali di kampung-kampung yang Ketua Kampungnya tidak meletakkan jawatan. Bulan Ogos selesai proses pemilihan dan yang terpilih diberi watikah perlantikan oleh YAB MB Perak ketika itu, dan tempoh perlantikannya adalah selama dua tahun.

Ini adalah amalan yang paling adil dibuat oleh Kerajaan PR. Tradisi yang diamalkan oleh UMNO BN dulu ialah memberi kuasa kepada Ketua UMNO bahagian atau wakil rakyat untuk melantik Ketua Kampung, biasanya Ketua kampung yang dilantik ialah Ketua-ketua UMNO Cawangan yang sudah tentu ada yang tidak disenangi oleh orang-orang kampung. Berbeza dengan PR yang memberi peluang kepada orang kampung memilih Ketua Kampung yang mereka suka.

Apa salahnya mereka diberi peluang berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, kerajaan berhak menentukan polisi dan dasar, mereka pula berkhidmat berdasarkan polisi dan dasar. Sebagaimana kerajaan PR, sewaktu kerajaan PR menawarkan Ketua Kampung zaman BN untuk terus berkhidmat, mereka hendaklah terikat dengan polisi dan dasar-dasar kerajaan, begitu juga Ketua-ketua Kampung yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya, yang terpilih tidak semua penyokong dan ahli mana-mana parti PR, semua yang terpilih mesti mengikut polisi dan dasar-dasar kerajaan PR.

Jelas kerajaan PR lebih terbuka sikapnya berbanding kerajaan BN, malahan supaya semua pembangunan dapat dilaksankan secara saksama, kerajaan PR negeri Perak juga telah menubuhkan JKKK di perkampungan Cina, malahan Ketua Kampung dan JKKK perkampungan orang-orang Asli juga akan ditubuhkan.

Hj Nizar selaku MB juga menunjukkan sikap keterbukaan yang begitu tinggi kepada semua kakitangan kerajaan, tidak ada yang dipecat, sebarang pertukaran yang ada unsur-unsur penganiyaan dan fitnah dibatalkan pertukaran. Dua orang pemandunya adalah pemandu MB lama, Hj Nizar mengekalkannya sehingga mereka sendiri yang telah berkhidmat selama 11 bulan itu terasa sangat sayang kepada MB Nizar, ada kelainannya kata mereka, menjadi pemandu Hj Nizar mereka dapat solat berjamaah dengan Hj Nizar dan ada peluang mendapat ilmu melalui tazkirah dan kuliah yang disampaikan oleh Hj Nizar di surau atau masjid. semua kakitangan di rumah kediaman tidak ada seorang pun yang ditukar, mereka terus berkhidmat dengan Hj Nizar sehingga mereka juga seronok, Hj Nizar buat surau yang agak besar bagi membolehkan semua pekerja di rumah kediaman solat berjamaah di surau dan sekali sekala MB akan mengimami solat dan menyampaikan tazkirah. Yang bertukar cuma PA Datin Seri yang kurang memberi kerjasama dengan Datin Seri.

Saya sebagai SETPOL juga tetap mengekalkan kakitangan pejabat, saya tidak tukar dan ganti orang lain, walaupun saya ada kuasa. PA saya juga dulu PA Najmuddin ketia beliau SETPOL kepada Tajol Rosli. Dulu PA tersebut adalah staf di JAIP yang dipinjamkan bagi membantu Najmuddin yang ada kaitan dengan JAIP. Saya boleh kembalikan dia di pejabat yang lama dan tukar orang PAS berkhidmat di situ. Tetapi saya tidak sampai hati berbuat demikian sebab dia dah seronok kerja dengan saya. Kawan-kawan yang datang mengunjungi saya sering bertanya mengapa tak ditukar staf lama, dia ni UMNOlah, dulu berkhidmat dengan Najmuddin, nanti dia sampaikan pada bos lamanya apa yang tak betul, saya jawab, kalau begitu dia tidak akan sampaikan pada bos lamanya, sebab apa yang saya buat betul. Ternyata dakwaan kawan -kawan semuanya prasangka sahaja. Jurutaip pejabat saya pun saya kekalkan, walaupun ada rungutan dari orang ramai kononnya staf saya yang seorang ini (wanita) serius dan strict, jarang senyum. Nak jumpa saya mesti melalui meja dia dulu, macam-macam ditanya, ada temu janji ke tidak, kena tunggu ikut giliran. Saya tetap kekalkan dia, walaupun dia street tapi bagus juga, kalau tidak, saya tidak boleh buat kerja, asyik melayan orang sahaja kerjanya. bukan ada urusan penting pun, bukan urusan yang berkaitan dengan rakyat, semuanya mohon balak, tanah dan projek. Bila ada staf yang strict, saya senang buat kerja untuk merancang berbagai-bagai program kerajaan dengan rakyat dan mengambil tindakan terhadap minit-minit MB. Dialah yang menentukan nak jumpa ustaz kalau tidak ada temu janji mesti selepas pukul 10 atau selepas Zohor. Biasanya pagi-pagi hari saya mesti mengadap MB untuk berbincang program-program MB, dan menyemak dan menjawab surat.

Pemandu saya juga dulu pemandu Najmuddin walaupun jawatannya kontrak, saya boleh cari pemandu lain dari PAS yang lebih saya percaya, tetapi saya tidak berbuat demikian, sebab pemandu tersebut ingin berkhidmat dengan saya. Tetapi tidak sampai sebulan, beliau memohon berhenti, saya tanya tidak suka dengan cara saya ke, dia nafikan, katanya "ok, cara ustaz saya suka, ceramah ustaz pun hebat juga, dulu saya pemandu ustaz sekarang pun ustaz tak ada masalah" cuma dia kata nak tumpu pada perniagaan. Dia sendiri yang cadangkan pemandu lain, juga bekas pemandu EXCO BN dulu, orangnya warak katanya, saya pun terima, dan bersedia berkhidmat dengan saya, katanya seronok dapat berkhidmat dengan ustaz, boleh tumpang dengar ceramah dan kuliah. Dulu tak ada peluang langsung, nak solat pun payah, maklum pemandu EXCO dulu Cina.

Semua pekerja dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang 11 bulan di bawah PR cukup selesa dan terasa kelainannya berbanding puluhan tahun bersama BN. Saya yakin kalau pilihanraya semula diadakan di Perak, Kerusi PAS dan PKR akan bertambah banyak manakala DAP tetap kekal dengan jumlah kerusi yang sedia ada, kerana rakyat 11 bulan di bawah PR jauh lebih baik daripada 50 tahun bersama BN. Rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian, kecuali mereka yang benar-benar buta hati dan jumud.




Thursday, April 9, 2009

Fakta PRK 059 BUKIT GANTANG

P059 BUKIT GANTANG

UNDI

PR (PAS)

21, 860

BN (UMNO)

19, 071

BEBAS

62

ROSAK

456

MAJORITI

2,789 (PR)

DUN KUALA SEPETANG

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

8, 466

7, 490

BN

6, 259

6, 193

MAJORITI

2,207 (PR)

1,297 (PR)

DUN CHANGKAT JERING

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

9, 896

9, 163

BN

8, 206

7, 939

MAJORITI

1, 690 (PR)

1, 224 (PR)

DUN TRONG

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

3, 367

3, 301

BN

4, 124

4, 021

MAJORITI

757 (BN)

720 (BN)


Secara jelas terdapat perubahan pola pengundi di ketiga-tiga DUN.
Sokongan ketara dilakukan oleh pengundi bukan Melayu disamping telah mula dilihat kecenderungan pengundi Melayu melakukan perubahan.

Sumber dari : Dango Mamamat

Penghargaan dari DS Nizar

Dipetik dari : www.kamparin.blogspot.com

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS di Bkt Gantang dimulai dengan setinggi2 kesyukuran serta sujud syukur kepada Allah SWT. Kedua setinggi2 terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi yang berdaftar di P059 yang telah memberi undi yang cukup berharga kepada saya dan Pakatan Rakyat. Ketiga terimakasih tidak terhingga dan berpanjangan kepada semua petugas PR dari PAS , DAP , PKR dan PSM serta pimpinan masing diperingkat Pusat, Negeri dan Kawasan serta bahagian.

Keempat penghormatan dan tahniah kasih kepada semua petugas PAS dari badan perhubungan setiap negeri dari setiap pelusuk tanah air yang berkampong disemua UPU dan memberi sumbangan dalam apa bentuk sekalipun, disetiap program dalam membantu pengundi menyebelahi kita.

Terima kasih banyak2 kepada semua NGO, Bloggers, Media alternatif bebas, mahasiswa, kelab2 penyokong , Unit Amal, Helwa dan Nisa' yang turut menyerang dan mematahkan setiap hujah dan serangan UMNO BN. Kepada semua petugas di Markaz Air Kuning termasuk Pengarah Pilihanraya, Penyokong, Pencadang dan Wakil Calun serta semua petugas menggantung poster dan bendera, terima kasih banyak2.

Terima kasih kepada semua dewan muslimat , ulama' dan pemuda PAS setiap peringkat semua negeri kerana banyak membantu dan berdoa hajat serta munajat. Hasbunallah wa ni'mal wakil!

Penghargaan kepada golongan professional termasuk doktor, peguam, pakar IT dan webers yang menyumbang secara professional. Juga kepada unit gerak saraf yab berjaya disaat akhir mengeluarkan peluru berpandu cukup berkesan kepada UMNO.

Terima kasih kepada Murshidul Am, Timb Murshidul AM , Presiden, Timb Presiden dan semua Naib Presiden PAS yang telah memberi kepercayan kpd saya dicalunkan untuk memikul amanah ini. Penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PKR, DAP dan PSM yang bertungkus lumus memberi dorongan dan sokongan disepanjang kempen.

Terima kasi kepada semua rakyat Malaysia dan warga Perak yang telah berdoa disepanjang kempen serta bermunajat, zikir, solat hajat, bacaan yaasin dsbnya memohon pertolongan Allah SWT.

Terima kasih berpanjangan kepada semua ajensi kerajaan khususnya Tan Seri Pengerusi SPR dan semua petugas SPR, Pasukan keselamatan Polis, DO Taiping Datok Mahmud Morsidi selaku PP, semua petugas SPR, KTM, pegawai dan petugas pejabat Tanah Taiping, PACA dan Rela, Ayahanda2, Bomba dan Penyelamat wakil Rakyat Parlimen dan ADUN serta lain lain ajensi kerajaan pusat, negeri dan daerah.

Khusus penghargaan dan terima kasih kepada pemandu (sdr lan), smua pengiring dan penunjuk arah jalan, pengawal2 peribadi, YDP Bkt Gantang Ust Nordin dan unit keselamatan mengawal serta pengiring pergerakan istri saya Dati Seri Fatimah yang turut berkempen juga.

Terima kasih kepada semua ahli dan pimpinan UMNO BN yang berkerja sama menjayakan pilihanraya kecil P059. Kepada semua yang disebut dan tidak tersebut diatas, saya dengan rendah diri memohon kemaafan dan keampunan diatas apa jua kesilapan dan dosa yang terkeluar dari mulut saya atau keperibadian dan gaya badan serta peradaban yang tidak sengajakan, terkasar bahasa dan yang telah mengguris serta melukakan hati dan perasaan, maka saya mintak ampun dan kemaafan dunia akhirat.

Saya akur bahawa kemenangan ini kurniaan Allah SWT yang memerlukan dipikul tanggungjawab dan amanah besar sebagai Ahli Parlimen . Diharapkan doa berterusan agar saya dan keluarga dilindungi Allah SWT dan sentiasa dalam peliharan NYA.

Saya dedikasi kemenangan ini kepada Allah Yarham YB TN Hj Roslan Shahrum dan keluarganya . Pemergian beliau meninggalkan kita dan kemenangan ini adalah isyarat kerja baik beliau yang insyaAllah akan saya teruskan. Mari sama-sama sedekahkan Alfaatihah untuk arwah YB Hj Roslan Shahrum.....alfaatihah. Saya dan istri akan menziarah istri arwah YB Roslan pada petang ini, insyaAllah.

Jika tiada halangan saya akan mengangkat sumpah didepan speaker Parlimen minggu depan. Kini saya sedang berhadapan dengan YB Dato' Zambry Kader di mahkamah Tinggi KL dibantu oleh peguam2 saya untuk memohon perisytiharan (judicial review) dari mahkamah tinggi bahawa YB Dato' Zambri adalah tidah sah menjawat MB Perak dulu kini selalamanya. Doakan keputusan menyebelahi rakyat dan keadilan dapat ditegakan.

Salam hormat. Hidup Rakyat, Salam Reformasi dan Takbeer!

20 komen

Wednesday, April 8, 2009

Syukur Atas Kemenangan.

Alhamdulillah.
Selamat sampai dari Bukit Gantang jam 1.00 pagi.

Terus bukak laptop. Nak akses berita-berita terkini. Sepanjang hari di Parlimen Bukit Gantang tadi agak merisaukan juga. Mana tidaknya, peratus keluar mengundi agak membimbangkan pada sebelah pagi. Cuma kemeriahan di semua tempat pembuangan undi dapat mengubat sedikit kerisauan. Bermula di UPU Sg Tinggi , Padang Gajah, Air Terjun,Pekan Trong dan hampir di semua UPU memang cukup meriah. Gelagat perayu undi tak terkira. Cumanya perangai perayu muda BN agak kurang sopan...... ada yang tunjuk bontot tak kira lelaki maupun perempuan ( Puteri UMNO ). Memang kurang asam betui !!
Semua tempat trafic jamn. Aku terperangkap dalam trafic jam di Pekan Trong sejauh 4 km.
Setelah selesai solat zohor dan makan , aku terus ke Markas Induk di Air Kuning. Jam menunjukkan 4.30 petang. Pimpinan pusat telah mula tiba. Aku sempat bersembang dengan beberapa bloger. Jam 6 ptg aku masuk ke dewan utama. Jam 6.15 PAS sedang mendahului..........sampai jam 8.15 mlm......Phone call / sms bertalu-talu , sampai tak terjawab... Maaf le ye..... PAS masih mendahului dan terus mendahului. Akhirnyaaa...... PAS menang . Takbir !

Aku terus sms sahabatku : Kehadiran Tun Mahathir ke Kuala Sepetang dihukum oleh pengundi Cina dengan penambahan undi kepada PAS sekali ganda ! Mahathir dah tak relevan !

Syukur...... keletihan berulang-alik ke Bukit Gantang setiap hari terubat dengan kemenangan !!!! Aku amat bersyukur kepadaMu ya ALLAH.

Saturday, April 4, 2009

Hebatnya cabaran .......

Malam tadi saya berceramah dengan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Sdr Sani Hanizan. Lokasi ceramah ialah di Kg Permatang Raja Pantai Remis dalam DUN Trong. Kampung ini agak jauh ke dalam dari jalan utama. Dalam PRU 12 PAS kalah di tempat ini.

Alhamdulillah sambutan penduduk tempatan agak baik. Cuaca pun baik. PA system pun baik. Tuan rumah Tn Hj Nordin pun baik. Cuma ........... ada satu yang tak baik.

Penghuni depan rumah tempat kami berceramah.

Sebaik sahaja pengerusi majlis membuka majlis ................ Muzik irama 60-an telah dipasangkan sekuat-kuatnya. Kalau kami yang duduk di rumah Hj Nordin dengar dengar dengan kuat, cuba bayangkan orang yang mendengar di dalam rumah tersebut. Memang sah penghuni rumah tu tak ada nilai menghormati orang lain.

Kami meneruskan ceramah kami dengan diiringi muzik 60-an yang cukup kuat. Tapi alhamdulillah sikap pendengar ceramah kami yang terdiri dari anak muda dan orang dewasa sangat baik.

Saya nyatakan dalam ceramah saya, kita jangan bertindak melulu. Kita sama-sama doakan sahaja agar Allah membuka hatinya dan menggerakkan tangannya nanti memangkah bulan pada hari mengundi nanti. Program kami ditamatkan jam 11.15 malam. Muzik masih kedengaran dengan kuat memecahkan kedamaian suasana malam di Kg Permatang Raja.

Begitulah hebatnya cabaran kami untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Dah lah ceramah dihadkan hingga jam 11 malam, Harakah digantung ( walaupun PM ke 6 ) dah membenarkannya diterbit semula, gangguan dari pelbagai pihak .......... namun itu semua tetap tidak akan mematahkan semangat juang para petugas Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan.

Doakan kemenangan calon kita DS Ir Mohamad Nizar mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Bukit Gantang kali ini. Takbir !!!!

Tuesday, March 31, 2009

Zamry !!! Lidah bercabang !

Dr Zamry ketika menyatakan kepada para pemberita berhubung dengan kes yang berlaku di Masjid Simpang, Taiping..... Beliau menyatakan bahawa DS Nizar merampas mikrofon ( seperti yang dilaporkan Berita Harian )..... Sah satu penipuan yang amat jijik dan berlaku di dalam masjid.

Aku berada di situ semasa kejadian tersebut. Aku duduk bersebelahan Tan Sri Muhyiddin Yassin di saf yang pertama di belakang imam....

Senario kejadian:-

7.00 ptg - aku sampai di Masjid Simpang. Angin bertiup kencang. Aku duduk dalam kereta.
7.15 ptg - kedengaran bunyi siren polis peronda / pengiring. 2 buah kereta dan 3 motosikal polis.
Aku agak mesti ' orang besar datang '
7.20 ptg -Aku masuk masjid.... Sah orang besar... TS Muhyiddin Yassin , Dr Zambry , calon dan
penyokong BN. Aku ambil wuduk. Aku masuk masjid.
7.25 - Aku nampak DS Nizar masuk dan disambut oleh para jemaah. Bilal azan. Lepas tu
Iqomah. Aku nampak imam muda berjubah mempelawa DS Nizar jadi imam. Rakaat pertama DS baca ayat " Wa'tasimu bihablillah ...... dan rakaat kedua surah al Kafirun ". Lepas beri salam , wirid dan doa. DS doa beserta Qunut Nazilah.... semua aminkan ...termasuk TS Muhyiddin Yassin, Dr Zamry , calon Bn , Hj Kadri ( bos Zaman Motor Jln K.Kangsar IPoh , yang kecewa tak dapat jadi calon PRK B Gantang) dan para jemaah... Hancur BN.... Amin .....

Lepas berdoa, imam BN ambil mikrofon dari DS Nizar menyatakan kita nak solat hajat. So teruslah solat hajat. TS Muhyiddin Yassin,Dr Zamry , DS Nizar dan semua jamaah solat hajat.

Selesai solat hajat, doa...... imam muda minta mikrofon dari imam BN tu dan menyatakan serta menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah berhubung ayat yang dibacakan tadi..... Tindakan imam muda ni amat tak disenangi oleh TS Muhyiddin Yassin, Dr Zamry, Hj Kadri..... Hj Kadri melulu kepada DS Nizar minta tak payah tazkirah la...... Aku yang duduk sebelah TS Muhyiddin Yassin turut mendengar kata-kata TS M Yasin.... " tak payah tazkirah2 lah.... ini bukan majlis depa.... "
DS Nizar dalam keadaan tenang......duduk meraikan majlis dan baca Yasin bersama2....

Lepas baca Yasin DS Nizar beredar kerana ada majlis lain yang mesti beliau hadir......

Dlm pukul 9.10 , DS Nizar menalipon aku bertanyakan apa yang berlaku selepas beliau beredar. Aku kata tak ada apa2 yang berlaku. Aku kata imam muda mengimamkan solat Isya. DS Nizar kata dia amat kagum dengan keberanian imam muda tersebut. Dr Zamry rasa amat terpukul dengan majlis tersebut........

Moral of the story :- Berita Harian lapor .... Nizar rampas mikrofon...... Mana ada peristiwa rampas merampas ! So inilah nilai pemberitaan yang ada kepada media arus perdana..... Menipu je kerjanya !!!!

Pengundi Bukit Gantang akan membuktikan bahawa rakyat dah muak dengan BN dan kuncu-kuncunya !!!!!!!

Thursday, March 26, 2009

UMNO .......... SElamat tinggal ...

Aku baru mendapat maklumat telefon....... " Sheikh.............Muhyidin Timbalan Presiden , Zahid, Hishamudin & Shafie Afdal Naib Presiden."

Najib & Hishamudin dari satu keluarga( Hussein Onn & Tun Razak ).
Muhyiddin orang Tun Mahathir.
Khairi menantu Pak Lah.......

Berkecamuk lagi lah UMNO lepas ni..... Tak percaya !!!! Tunggulah nanti.........

Sebelum informer tamatkan perbualan, dia kata........
Nizar mesti menang punya !!! sebab adik dia dah menang Ketua Pemuda UMNO.......
Hahaha ........ Nizar JAMALUDIN , Khairy JAMALUDIN.......

aKU kata..... jauh panggang dari api.... Nizar BAIK...... Khairy PENYANGAK / PERASUAH !!!!!