Tuesday, December 2, 2008
Harga Minyak Dah Turun...... Tapi .......
Setelah selesai urusan ku, jam menunjukkan jam 1.05 tengahari. Azan berkumandang, lalu aku menunaikan solat zohor di Masjid Jamik Daerah Tapah yang terletak di tengah Pekan Tapah. Setelah selesai solat zohor, aku singgah untuk makan tengahari di gerai makanan di tepi masjid tersebut.
Nasi satu pinggan, ikan goreng ( talapia ), ulam kacang botol ( kacang kelisa satu ), ulam cabang tiga dua cabang dan gulai kari tanpa ikan. Aku order milo ais.
Aku menikmati makanan tersebut. Pelayan kedai datang sebelah ku dan kira..... Diletaknya sekeping kertas tercatat 480. Aku agak tentu RM4.80 sekali dengan air. Setelah selesai makan aku ke kaunter bayaran. Juruwang tanya minum apa..... milo air kata ku.
RM6.30....... Haaaaaa.....
Maknanya :-
Milo ais = RM1.80
Nasi kosong =RM1.00
Ikan goreng =RM3.00
Ulam kacang botol =RM0.50
Ulam cabang 3 = RM0.20
Gulai kosong = RM0.10
Logik ke............. Katanya minyak dah turun banyak kali !!!!!! Harga barang macam mana !!!!!
Siapakah yang sepatutnya melakukan pemantauan........
Adakah penurunan harga minyak sekadar gimik semata-mata ?
Boleh tolong komen ke ????
Monday, December 1, 2008
AMANAH RAKYAT DIPIKUL
Thursday, November 27, 2008
TO WHOM IT MAY CONCERN
Berat rasanya untuk menulisnya…… tapi rasanya perlu dicoretkan buat renungan serta tindakan sebelum terlambat !!!!
Rabu 26 November 2008 jam 10.10 pagi aku menerima panggilan dari sahabatku yang sangat ku kenali budi pekertinya. Dia memaklumkan kepada ku dengan nada yang cukup berbudi. “ Boleh phone ke masa ni, kalau mengganggu, nanti dia contact semula ”. Aku ketika itu sedang tele-conference. “ Boleh call semula dalam pukul 11.30 nanti.” “ No problem ” balas sahabat ku.
Sahabat ku memaklumkan bahawa kemungkinan Umar Aziz akan ditempatkan ke Tingkatan Satu di sebuah kebangsaan biasa di Chemor. Ini yang menimbulkan masalah kepada beliau. Sahabat ku ini ingin memasukkan anaknya ke Sek Men Sam Tet agar ada kesinambungan dari apa yang telah diperolehinya sebelum ini.
Macam mana ye …. Aku boleh membantu sahabat ku ini…. Teringat pulak…. Kalau-kalau boleh beliau mendapatkan sedikit sokongan dari YAB Menteri Besar. Ini kerana sahabat ku ini merupakan penyokong kuat PAS serta banyak sumbangan yang beliau berikan untuk perjuangan ini. Untuk renungan…. Sahabat ku ini merupakan seorang Jurutera di sebuah syarikat carigali minyak dan banyak masanya berada di tengah-tengah lautan baik di Terengganu dan akhir-akhir ini banyak masanya berada di
Lalu aku syorkan sahabat ku ke
Jam 1.45 tgh sahabat ku menelifon ku, mengatakan beliau berada di Café SUK dan kebetulan MB pun turut berada di
Jam 2.00 ptg sahabat ku terus ke
Tolong ……. Tolong …………..Tolong….. rakyat datang mesti ada sebab. Kalau saja-saja nak datang, tak mungkin. Mesti ada hal ! Tolonglah layan sikit. Jangan di ding-dong ke
Akhirnya sahabat ku dengan rasa yang amat terkilan, beredar keluar. Kebetulan bertemu dengan Hj Che Leh yang bersedia menegur sapa. Lalu dimaklumkan tujuannya datang untuk kalau boleh mendapatkan sedikit sokongan dari
Gambaran serta harapan rakyat kepada pemerintahan Pakatan Rakyat amat tinggi !!! Jangan sampai nanti rakyat mengatakan …… sama je macam dulu.!!!
Buat mereka-mereka yang berwajib…… renung-renung luahan rakyat bawahan ini. Kami amat inginkan kerajaan yang ada sekarang kekal. Justeru itu lakukan lah sedikit perubahan !!!
Wednesday, November 26, 2008
Menggamit Memori..... Mengharungi Perjuangan !
Paluan rebana Februari 1978 masih terngiang-ngiang di telinga ku. Mana tidaknya, aku bersama kumpulan rebana kampung ku mengiringi Allahyarham Dato’ Hj Hassan Adli ( Panglima Jihad PAS ) merasmikan penubuhan PAS Pasir Panjang Laut yang merupakan antara cawangan terawal di Kawasan Lumut. Mengimbau kenangan ayahanda ku bersama Allahyarham Cikgu Hussain Thalji dan Allahyarham Cikgu Hanan menubuhkan PAS Cawangan Pasir Panjang Laut. Berbekalkan pengalaman 18 tahun sebagai setiausaha UMNO Bahagian Lumut, ayah ku menggerakkan PAS cawangan yang kini YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin menjadi ADUN Pasir Panjang.
Aku didaftarkan oleh ayah ku menjadi ahli PAS dengan nombor keahlian 245630 sekitar awal 80 an.
Tahun 1979 aku dipujuk oleh Ustaz Shoaib Alias untuk mengikuti Nadwah Kepimpinan di Sek Men Sains Taiping. Program yang amat berharga bagi diri ku. Selepas itu aku saban kali menyertai program kepimpinan.
Januari 1986 aku mula memasuki alam pekerjaan. Pertengahan Januari 1986 aku menjalani latihan asas di
Setelah ‘ attachment ‘ di Seremban selama 3 bulan, aku memulakan karier ku di
Selesai pilihanraya aku meneruskan perjalanan menimba pengalaman. Penghuni rumah sewa ku di bawah seliaan IRC. Nama-nama seperti Ir Wahid Jani, Ir Mohd Jiwa, Ir Khalid Hasnan, Hameed Ubaidullah, Fauzi Saim dan ramai lagi mendominasi program tarbiyah ku. Namun jiwa ku sebati dengan PAS . Hujung minggu , aku akan ke Masjid Ar Rahman Universiti Malaya mengikuti kuliah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Begitu juga Masjid Mujahideen Damansara Utama kuliah TG Hj Abd Hadi Awang. Syukur Alhamdulillah program-program tersebut memberikan aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan.
1988 aku mula bersama PAS Kawasan Tambun bermula di cawangan Sg Rokam. Nama-nama seperti Cikgu Idzam, Abg Arif, Shefek Afendi , Mat Zin Rani di cawangan Manjoi sukar ku lupakan. Nama-nama seperti Pak Arif, Pak Suri, Abg Isa , Pak Dris , Cikgu Ali ( blogger al-husyeen ) merupakan nama yang cukup sinonim dengan cawangan Sungai Rokam. Insan-insan inilah yang mengajar ku meniti liku-liku perjuangan sehingga aku diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Tambun selama 2 penggal. Di waktu yang sama aku mula diamanahkan di peringkat negeri. Aku sempat berketuakan Ustaz Sidek Nor, Cikgu Dahlan , Cikgu Noh, Ustaz Jihbaz Mukhlis, Ustaz Misbahul Munir dan Muhaimin Sulam.
Selepas 2 penggal bersama Kawasan Tambun, persempadanan semula kawasan pilihanraya menyebabkan aku berada di Kawasan Gopeng. Satu kawasan yang unik dari segi sejarahnya. Pak Imam Majid , satu nama yang cukup terkenal dengan semangat perjuangannya merupakan YDP Kawasan Gopeng ketika itu. Atas sebab faktor usia, beliau mengharapkan seorang pengganti yang boleh membawa Kawasan Gopeng ke mercu kejayaan. Kepimpinan kawasan bertukar kepada Ustaz Hj Abu Bakar Hussain. Aku pula diamanahkan sebagai Ketua Pemuda Gopeng di bantu oleh Kamalullail Shaari dan Ismail Che Mat.
Dalam waktu yang sama aku diamanahkan sebagai setiausaha PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan. Cawangan ini cukup unik sejarahnya. Dalam pilihanraya umum ke 8 iaitu tahun 1990, semasa ceramah kempen di rumah Pak Ya, yang hadir ceramah ialah Abg Arif ( penceramah ), Shefek Afendi ( tukang jaga mikrofon ) Abg Isa dan Pak Ya ( tuan rumah ). Selepas pilihanraya tersebut aku diminta untuk menjadi setiausaha cawangan. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan melalui usrah yang bermula dengan 3 orang, hari ini cawangan tersebut mampu menjadi cawangan contoh di Kawasan Gopeng dengan berbagai-bagai aktiviti kemasyarakatan. Bayangkan pernah PAS cawangan melaksanakan program Qurban dengan menyembelih seekor unta yang menelan belanja lebih RM16 ribu seekor ! Hasil dari usrah yang berterusan.
Waktu yang sama aku juga bersama mengikuti usrah cawangan Sungai Rokam. Usrah yang agak elit sedikit. Naqibnya Ustaz Asmudi. Sebelum tu usrah kami naqibnya Ustaz Bashiri Rahmat ( bekas ahli Parlimen Parit ). Antara ahli usrah Sabirin Arshad ( kini Dato’ Dr Sabirin CEO Astronautic Tecnology / angkasa lepas ), Yahya Mat Som ( kini Prof di USA ), Cikgu Ali ( blogger al husyeen ), Khamis Mansor , Cikgu Sawi dan Pak Ya Kecik. Usrah ni agak kritikal sikit. Asyik nak berbalah je…….
Dalam waktu yang sama aku mengetuai usrah Pekan Razaki ( satu cawangan yang agak kontroversi ). Nama-nama seperti ayahanda Yusuf Sam, Cikgu Hanapi, Pak Nik, Zainal Berahi, Bob, Kamal, Shukeri, Hj Tapi , Allahyarham Hj Sopian dan Allahyarham Pak Yob merupakan nama-nama yang sukar untuk dilupakan. Namun yang amat menyedihkan ialah insan-insan yang disebutkan tadi terpanggil untuk mendirikan Surau Mujahidin Pekan Razaki akhirnya diperlekehkan oleh insan yang bernama Rahim Ghafoo. Aku turut merasai tempias kesedihan itu bila aku ‘diharamkan’ untuk menjejak kaki ke surau tersebut. Pedih rasanya….. apalah dosa ku ………
Kepada sahabat-sahabat ku di Kawasan Gopeng, teruskan perjuangan kalian. Badrin,Zainal,Naim, Pak Nik, Wafa, Kamalullail, Radzi dan ramai lagi………. Tugas kalian masih banyak yang perlu dilakukan. Kemenangan pasti datang.
Jun 2004 aku dipindahkan ke Manjung tak lama ….. 10 bulan. Mac 2005 aku ditukarkan ke Teluk Intan. Peringkat awalnya aku sekadar memerhatikan perkembangan semasa. Krisis yang melanda membuat ku rasa terpanggil untuk menyumbang untuk perjuangan. Bermula dengan sedikit sumbangan di cawangan Rumah Awam seterusnya ke peringkat Kawasan. Alhamdulillah krisis yang melanda dapat diredakan dengan formula husnul zan dan meraikan pandangan sahabat disamping sikap bertolak ansur. Ziarah ke cawangan-cawangan dikerapkan dan mendengar masalah cawangan dititikberatkan. Aku diberikan tugas Ketua Penerangan kawasan. Tugas yang amat berat. Kerana pengalaman lalu sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak amat sukar. Berdepan / bertekak dengan Ketua Polis Daerah Ipoh Tuan Tejuddin umpamanya di Hentian Sebelah Ipoh Selatan semasa demonstrasi amat perit ku rasa
Februari 2008 Parlimen dibubarkan …….. DUN Changkat Jong diamanahkan kepada PAS untuk meletakkan calon. Bendahari Kawasan diamanahkan menjadi calon. Aku dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya !!! Beratnya tugas ini !!! Rupanya tugas ini menjadi amat ringan apabila semua pihak memberikan komitmen yang cukup tinggi. Ulama, Pemuda, Muslimat, cawangan-cawangan bertungkus lumus bekerja.
Berkat doa dan tawakkal selepas berusaha, sewaktu azan maghrib dilaungkan di Masjid At Taqwa Padang Tembak , aku bersama teman-teman di bilik gerakan MTD turut bertakbir kerana hasil laporan semua unit UPU membuahkan keputusan yang cukup bermakna …. Calon PAS Hj Mohd Anuar Sudin menang dengan majoriti 899. Takbir !!!!
Kini 9 bulan berlalu……. Untuk mempertahankan kemenangan sebenarnya lebih sukar dari mencapai kemenangan. Namun sahabat-sahabat ku mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan ini. Teruskan sahabat-sahabat ku. Ikhlaskan diri mu. Allah akan memudahkan segala usaha kita. Pengorbanan yang kita lakukan bermula dari masa, harta dan jiwa raga ini ….. kita serahkan kepada Allah .
Teruskan perjuangan !
Monday, November 17, 2008
TARIKH : 22 NOVEMBER 2008 ( SABTU )
MASA : 9.30 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS TELUK INTAN, KG PADANG TEMBAK.
PENCERAMAH
- UST SUIB DIN ( Ketua Dewan Ulama PAS Perak )
- PEGUAM HJ ASMUNI AWI ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak )
- YB HJ MOHD ANUAR SUDIN ( ADUN Changkat Jong )
Semua ADUN BN bertindak keluar dewan .......... Tapi akhbar harian memutar belit peristiwa yang sebenarnya berlaku. Untuk mendapat gambaran sebenar..... hadirlah beramai-ramai.
Friday, November 7, 2008
5 HARI YANG PASTI
Aku memilih tajuk 5 hari yang mesti ditempuhi oleh setiap insan. Mahu atau tidak, hari-hari tersebut pasti akan dilalui iaitu :
يوم المفقود – iaitu hari yang telah berlalu iaitu hari yang telah dilalui dalam kehidupan ini.
يوم المشهودhari sekarang iaitu hari yang sedang dihadapi pada masa ini atau ketika ini
يوم المورود hari besok iaitu hari akan datang yang tidak diketahui bagaimana keadaannya
يوم المو عود hari yang dijanjikan iaitu hari ketika menghadapi Sakratul Maut nanti
Justeru dengan mengingati dan menginsafi hari-hari yang tersebut akan meletakkan diri kita sentiasa mengingati Allah. Dengan ingat akan hari pembalasan umpamanya akan menjadi kita sentiasa takut akan Allah dalam apa jua keadaan. Sekiranya kita seorang blogger umpamanya, sekiranya tulisan kita boleh mendatangkan mudarat ....... eloklah rasa dielakkan untuk ditulis. Sekiranya tulisan kita boleh menyebabkan ada insan yang akan tersinggung justeru dari fakta yang kurang tepat..... eloklah tidak ditulis / dilapor.
Renungan ini buat blogger yang sejak akhir-akhir ini mendedahkan kelemahan jemaah untuk dibahaskan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Moga-moga apabila kita merenung 5 hari yang telah dan akan kita lalui ini akan dapat menyedarkan kita untuk terus berjuang dengan penuh keikhlasan serta mengharapkan redha Allah bukannya redha manusia.
Sahabat2 ku sekelian...... renung-renung lah ......
Saturday, November 1, 2008
GAMBAR PROGRAM SEMINAR PECUTAN TERAKHIR SPM 2008
SELAMAT BERJAYA ADIK-ADIK KU
AKU SANGAT YAKIN DENGAN KEUPAYAAN ADIK-ADIK SEKELIAN.......
ANDA SEMUA SEBENARNYA MEMPUNYAI POTENSI YANG CUKUP BESAR UNTUK BERJAYA ........... DENGAN SYARAT :
BERUSAHA ...........
BERDOA ..........
BERTAWAKKAL .......
BOLEHKAH ANDA MELAKUKANNYA ? ....... INSYAALLAH BOLEH !!!!!!
SELAMAT BERJAYA !!!!!
Friday, October 31, 2008
Kelemahan ku
Tugas ku di pejabat semakin berat..... setiap hari pengurusan menekankan pencapaian TARGET ! TARGET ! TARGET !...........waduh ! letih dan pusing kepala dibuatnya ......
Namun ianya bukanlah alasan bagi meninggalkan perjuangan..... perjuangan mesti diteruskan !!!! Alhamdulillah aku mempunyai sahabat-sahabat yang amat memahami peranan masing-masing. Inilah hasil yang diperolehi melalui tarbiyyah yang diberikan oleh gerakan Islam.
Justeru ku menyeru kepada rakan2 dan sahabat2 yang masih tercari2 cari penyelesaian dalam hidup ini....... marilah bersama dengan gerakan Islam yang mempraktikkan apa yang dikehendaki dalam Islam. Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan.
InsyaAllah akan ku teruskan perjuangan ini .........
Tuesday, October 14, 2008
Selepas Ramadhan
Teringin pulak nak berbuka di D'Muara Ikan Bakar Lekir.... dah hampir setahun tak ke situ. So jam 6 petang aku sekeluarga menuju ke Lekir. Dalam perjalanan ke Lekir tu anak-anak merayu nak tengok sungai misteri di Kg Sg Rubana.....
Menurut penduduk kampung yang setiap hari melalui jambatan yang merentangi sungai tersebut, keadaan sungai ini sangat kotor. Permukaannya penuh dengan sampah, keladi bunting dan berbagai tumbuhan. Tapi sesuatu yang aneh telah berlaku pada 29 Ramadhan ketika hujan renyai-renyai dan guruh yang kuat....... Keesokan harinya..... semua sampat, tumbuhan dan rumpai-rumpai yang menutupi permukaan sungai itu hilang.....tiada langsung kesan-kesan pembersihan yang dilakukan oleh jentera.... yang anihnya.... permukaan air seolah-olah seperti tak pernah dilitupi oleh tumbuhan. Dato Seri Mufti Negeri Perak turut mengunjungi lokasi tersebut kerana timbul macam-macam andaian kerana dibimbangi akan ada berlaku amalan syirik selepas kejadian tersebut...
Peristiwa ini berlaku di malam-malam akhir Ramadhan.....
Aku meneruskan perjalanan ku ke Lekir... Maghrib sudah hampir.... Aku menempah makanan dahulu .... lalu terus ke Masjid Batu 8 Lekir.... Solat maghrib ada 10 orang jemaah. Lepas maghrib ada kuliah..... Yang menghairankan aku ialah... Tuan Guru yang mengajar di tengah-tengah masjid.... anak muridnya..... booking setiap tiang masjid dan dinding. Jarak tuan guru dengan anak murid punya la jauh...... macam mana nak berkat ilmu yang dipelajari !!!!! Sah dari maklumat yang ku perolehi...... mereka-mereka ni bila cakap tentang perjuangan Islam m mereka ni lah yang menentangnya. Huru hara lah, tak maju lah, masyarakat majmuk lah .... dan macam -macam alasan lagi.......
Marilah kita ambil tanggungjawab untuk memperjuangkan agama Allah dengan kita menyertai Jamaah Islam dan Perjuangan Islam.
Soksek , soksek mak datin.....
Aku ke Medi Klinik Shahrol yang merupakan klinik panel ku....
Sementara aku menunggu giliran ( ramai pulak pesakit hari ni ) , aku membaca surat khabar. Tapi pembacaan ku agak terganggu dek perbualan dua orang makcik ( style macam mak datin je ).
Aku pasang telinga sikit, sebab soksek-soksek mereka tu menarik juga..... bab politik.... Bab apa lagi....kalau tidak isu peralihan kuasa. Aku terus pasang telinga.....
Aye kesian dan sedih kat Pak Lah ( loghat Parit... aye tu aku/saya ) deme suruh dia berhenti. Pak Lah tu baik, ugame nye ok..... aye sayangkan ugame nye.... dia pandai juga bab ugama....yang ganti dia tu entahle.... kes altantunya pun belum selesai..... Esh.... hancor negara kite....
Balas makcik yang sorang lagi.... eh.eh. Hancor.... Belum sempat nak sembang panjang, giliran makcik tu tiba..... Datin Sabariah !!!! Masuk !..... ( betul lah telahan awal ku.... mak datin )
Setelah menemui doktor , tiba pulak giliran makcik yang kedua..... Datin Siti Saadiah !!! Masuk !..... sah lah telahan ku... datin juga....
Moralnya ....... Banyak pihak melihat peralihan kuasa yang bakal berlaku pada Mac 2009 adalah peralihan yang tidak membawa apa erti. Ini adalah kerana dasar yang sama akan diteruskan iaitu amalan rasuah berleluasa, penghayatan Islam sekadar retorik, pembaziran berterusan dan berbagai lagi perkara yang buruk akan terus berlaku........
Monday, September 15, 2008
Tazkirah Buat Yang Lupa
Tapi malam tadi dengan usaha ketua kampung yang baru, Hj Jumali Sadeli telah melakukan satu perubahan dengan menyelitkan program Tazkirah selepas solat sunat tarawih.
Aku mengambil kesempatan untuk menyampaikan Tazkirah yang berkisar tentang kematian yang menjadi satu kemestian bagi setiap yang bernyawa. Hidup insan di dunia ini sementara sifatnya. Justeru apakah bekalan yang akan di bawa untuk bertemu Allah kalau tidak amal soleh serta bekalan taqwa yang menjadi natijah kepada ibadah puasa yang kita lakukan. Taqwa dalam ertikata melakukan apa yang diperintah oleh Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Aku juga turut mengingatkan amanah kepimpinan yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah dilaksanakan seperti mana yang dikehendaki oleh Allah.
Diakhirnya aku mengingatkan para jamaah agar sama-sama memahami konsep jamaah yang sebenarnya.
Moga-moga usaha murni untuk menyedarkan ahli kariah yang dilakukan oleh ketua kampung Kerajaan Pakatan Rakyat ini diredhai oleh Allah..... insyaAllah.
Cawangan IPF Ulu Bernam di bubarkan.
Tazkirah di Masjid Ulu Bernam sebelum solat terawih.
sedang di sampaikan oleh Naib YDP Teluk Intan Sdra Ahmad Kabir
cawangan IPF Ulu Bernam ( jurucakap IPF Sdra Surya berbaju batik )
Seramai lebih 50 orang ahli IPF Cawangan Ulu Bernam telah mengambil keputusan keluar parti seterusnya menyertai Kelab Penyokong PAS Teluk Intan. Menurut jurucakap mereka Sdra Suryanarayanan , keputusan mereka keluar parti diambil kerana mereka amat kecewa dengan pimpinan parti yang tidak pernah mengambil hirau dengan mereka. Pemimpin IPF tidak pernah mengambil tahu masalah yang mereka hadapi.
Baru-baru ini telah diadakan satu majlis perasmian Kelab Penyokong PAS Cawangan Ulu Bernam bertempat di perkarangan Masjid Ulu Bernam bersempena majlis berbuka puasa bersama ADUN Changkat Jong YB Hj Mohd Anuar Sudin. Dalam ucapan perasmian tersebut, YB Hj Mohd Anuar telah menjelaskan dasar-dasar perjuangan PAS serta dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak yang mana masalah rakyat yang bukan Islam tidak akan dipinggirkan oleh pemerintah.
Beliau turut menyatakan kepada ahli-ahli Kelab Penyokong PAS agar dapat berhubung dengan ketua kampung serta pimpinan PAS tempatan sekiranya mereka mempunyai sabarang masalah.
Setelah selesai menunaikan solat terawih di Masjid Ulu Bernam, YB berkesempatan bertemu pula dengan penduduk Kg Sungai Samak dalam satu majlis ramah mesra. Kunjungan beliau amat disenangi oleh penduduk tempatan kerana sebelum ini wakil rakyat BN hanya menemui penduduk kampung semasa musim pilihanraya sahaja. Inilah yang dilakukan oleh wakil rakyat BN hampir 50 tahun. Kegembiraan mereka ditambah pula dengan berita berhubung peruntukan untuk menurapkan jalan di kampung tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Mereka cukup gembira dengan pemerintahan Pakatan Rakyat yang menunaikan apa yang dijanjikan semasa kempen pilihanraya ke 12 yang lalu. Mereka menyatakan sokongan padu mereka kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat.
Thursday, September 11, 2008
Sayangilah kami .....
Petang tadi aku berkesempatan mengunjungi Rumah Anak Yatim & Miskin ( perempuan ) BARAKAH di Kg Batak Rabit, Teluk Intan.
Kunjungan ku di sambut dengan penuh keriangan penghuni rumah tersebut yaang terdiri dari 10 orang anak perempuan berusia dalam lingkungan 7 ke 11 tahun. Terbayang di raut wajah anak kecil ada yang tanpa ibu, ada yang tanpa bapa dan ada yang miskin. Aku sempat menyelami isi hati mereka yang rata-ratanya rindukan kasih sayang baik dari ibu mau pun bapa. Aku memberikan dorongan kepada mereka agar belajar bersungguh-sungguh kerana dengan ilmu sahajalah kita akan menjadi insan yang berguna. Ketaatan kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya mesti dijadikan amalan.
Kepada teman-teman ku yang menikmati kesenangan yang Allah kurniakan......... renungi serta selami lah hati anak-anak yang masih kecil ini........ ziarahilah mereka...... bantulah mereka dan sayangilah mereka ..........
Suasana Ceria !!!!!
Persoalannya ............. kenapa agaknya permainan mercun ini tak dapat dibenteras ye !!! Kenapa para peniaga masih menjual benda yang tak berfaedah ini !!!! Sebagaimana saranan YAB Menteri Besar Kelantan agar penjual mercun dikenakan tindakan , sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib, khususnya pihak polis.
Malang rasanya ....... sampai di kawasan sekolah pun boleh kedengaran bunyi mercun !!!!!
Aku terus mengambil anak ku pulang ke rumah..... Ceria je air mukanya. Sebelum menaiki kenderaan , aku menyuruh anak ku bergambar dengan rakan-rakan karibnya. Apa lagi..... posing le mereka....... Aku berdoa agar mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang , setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. Kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan kejayaan anak didik mereka, kuucapkan jutaan terima kasih, semoga usaha kalian diberi ganjaran pahala oleh Allah swt.
Melangkah keluar dari SK Seri Setia selepas selesai UPSR
Bersama teman karibnya …. Dari kiri : Najwa , Irdina …….
Monday, September 8, 2008
Kenapa boleh berlaku ?????
Malam tadi setelah selesai mengimamkan solat terawih di Masjid Kg Banjar, aku terus pulang ke rumah. Kebiasaannya aku akan terus ke Surau Taman Intan Mas untuk bersama bertadarus dengan kumpulan remaja. Tapi malam tadi aku terus pulang ke rumah. Setiba di rumah , aku menerima panggilan telefon dari kakak ipar ku bertanyakan arah rumah adik iparnya di Kg Bahagia. Aku bertanya kenapa? Katanya ada kematian.
Aku terus ke tempat yang dijanjikan bersama isteriku. Kami bertemu di Taman Sri Murni dan terus kerumah yang dimaksudkan iaitu di Taman Sri Bahagia. Setibanya kami disitu , telah kelihatan ramai saudara mara dan jiran tetangga. Kelihatan juga ADUN Sg Manik merangkap Ketua Pemuda UMNO Perak.
Takziah kepada Cikgu Zulfitri ( guru SMK Seri Perak ) kerana kehilangan isteri tersayang iaitu Allahyarhamah Cikgu Akma Liza ( guru SK Perwira Teluk Intan ) yang terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan menghadiri kuliah untuk pengajian Master beliau di UPSI Tanjung Malim. Dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 2 ptg Jumaat tersebut, kereta Toyota Avanza yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.
Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah pihak-pihak yang mengambil kesempatan keatas kemalangan yang berlaku. Aku difahamkan seluruh barang kemas yang ada di badan termasuk gelang tangan, rantai leher, cincin hinggakan subang di telinga yang terselindung di belakang tudung kepala pun turut hilang. Bayangkan insan yang sanggup melakukan perkara ini. Dimana nilai kemanusiaan yang ada pada insan tersebut. Dikala insan yang menderita kesakitan yang membawa kepada kematian, ada insan yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Hal ini mesti diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib. Beg pakaian diselongkar, komputer riba dicuri dan banyak lagi...... Kenapa perkara ini boleh berlaku ?????
Harapan ku agar para pembaca dapat menyedarkan masyarakat melalui dakwah di mana-mana anda berada tentang peri pentingnya nilai-nilai kemanusiaan tak kira apa jua agama yang dianuti. Sekiranya yang melakukan perkara tersebut adalah orang Islam...... di mana nilai puasa yang sedang dilakukan. Sekiranya yang melakukannya seorang bukan Islam, di mana nilai kemanusiaan mu...........