Friday, November 7, 2008

5 HARI YANG PASTI

Tengahari tadi aku menerima jemputan untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Surau Diri Jumaat Taman Melor Teluk Intan. Bagi menyampaikan khutbah bukanlah seperti menyampaikan ceramah. Ia mempunyai adab serta rukun-rukun yang mesti diikuti. Aku memohon kehadrat Allah agar memberikan aku kemudahan untuk berkhutbah.

Aku memilih tajuk 5 hari yang mesti ditempuhi oleh setiap insan. Mahu atau tidak, hari-hari tersebut pasti akan dilalui iaitu :

يوم المفقود iaitu hari yang telah berlalu iaitu hari yang telah dilalui dalam kehidupan ini.

يوم المشهودhari sekarang iaitu hari yang sedang dihadapi pada masa ini atau ketika ini

يوم المورود hari besok iaitu hari akan datang yang tidak diketahui bagaimana keadaannya

يوم المو عود hari yang dijanjikan iaitu hari ketika menghadapi Sakratul Maut nanti

يوم الممدود hari tiada penghujung atau kesudahan iaitu hari ketika kita berada di alam akhirat nanti

Justeru dengan mengingati dan menginsafi hari-hari yang tersebut akan meletakkan diri kita sentiasa mengingati Allah. Dengan ingat akan hari pembalasan umpamanya akan menjadi kita sentiasa takut akan Allah dalam apa jua keadaan. Sekiranya kita seorang blogger umpamanya, sekiranya tulisan kita boleh mendatangkan mudarat ....... eloklah rasa dielakkan untuk ditulis. Sekiranya tulisan kita boleh menyebabkan ada insan yang akan tersinggung justeru dari fakta yang kurang tepat..... eloklah tidak ditulis / dilapor.

Renungan ini buat blogger yang sejak akhir-akhir ini mendedahkan kelemahan jemaah untuk dibahaskan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Moga-moga apabila kita merenung 5 hari yang telah dan akan kita lalui ini akan dapat menyedarkan kita untuk terus berjuang dengan penuh keikhlasan serta mengharapkan redha Allah bukannya redha manusia.

Sahabat2 ku sekelian...... renung-renung lah ......