Monday, May 6, 2013

Pilihanraya Umum ke 13

PRU ke 13 telah melabuhkan tirai dengan BN gagal sekali lagi memperolehi majoriti 2/3.  Keputusan kerusi Parlimen BN 133  PR 89 merupakan sesuatu yang mengerikan buat parti yang memerintah.

Bagi PR kekalahan diterima dengan hati yang terbuka walaupun di sana terdapat ruang yang boleh dipertikai oleh banyak pihak.

Apa pun , perjuangan mesti diteruskan. Kita bertemu kembali di PRU ke 14 dengan persiapan yang lebih rapi. Insya Allah.

Friday, February 22, 2013

Bubarkah Parlimen 22 Feb 2013 ?

Jam ditangan sekarang menunjukkan pukul 1.00 pagi 22.2.2013

Jangkaan banyak pihak Parlimen akan dibubarkan pada hari ini.

Semalam 21.2.2013 PM Najib ke Sarawak. Hari ini 22.2.2013 PM Najib akan ke Sabah.

Kalau laporan dikedua-dua negeri ini memihak kepada BN, maka Parlimen akan dibubarkan pada sebelah tengahari atau petang 22.2.2013.

Tapi .......... kalau laporan tidak memihak kepada BN , alamatnya ..............tangguh lagi la.........

Friday, January 4, 2013

Selamat Tahun Baru Masehi 2013

Tahun 2013 tahun untuk berubah untuk semua rakyat Malaysia.
Tahun ini adalah tahun pilihanraya.

Semua jom kita ubah kerajaan yang lebih baik iaitu PAKATAN RAKYAT.

Cukuplah ...... kerajaan BN boleh berehat setelah 55 tahun memerintah.