Friday, April 30, 2010

SEPETANG BERSAMA YB CHANGKAT JONG

1 Mei 2010 bertempat di Kg Sungai Samak, YB ADUN Changkat Jong Hj Mohd Anuar Sudin akan bertandang di situ. Bermula jam 3 petang YB akan beramah mesra bersama penduduk tempatan. Beberapa acara telah diatur bagi menjayakan progam SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG.

Antara program yang diatur ialah pemeriksaan kesihatan bermula jam 3.00 petang diikuti penyampaian sumbangan kebajikan kepada penduduk setempat. Sumbangan akan disampaikan oleh YB sendiri.

Sebelah malamnya, akan diadakan ceramah oleh dua orang penceramah cilik dari Indonesia di perkarangan Masjid Sungai Samak.

Wednesday, April 28, 2010

Sinar Harian Akhbar Pembuli ?

Banyak pihak berpandangan peranan media, khususnya surat khabar adalah penyampai maklumat dan pencetus kesedaran rakyat. Peranan itu amat popular zaman berzaman.

Namun, peranan media akan dipertikaikan apabila terlibat dengan penyebaran maklumat yang berat sebelah atau tidak adil dalam laporannya. Perkara ini akan berlaku tatkala media berkenaan mula dipengaruhi agenda tersembunyi (the hidden agenda) oleh pihak tertentu. Lebih teruk lagi apabila media berkenaan telah dipengaruhi matlamat perniagaan dan putaran isu sensasi yang memacu circulation dan volume cetakan.

Atas nilai sedemikian, akhbar Sinar Harian sebagai sebuah akhbar lokal nampaknya sedia dipengaruhi oleh nilai-nilai berat sebelah atau tidak adil itu. Rujukan khusus kepada kenyataan ini adalah laporannya di muka depan pada 27 dan 28 April (kelmarin dan hari ini) menyentuh integriti Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peranan Sinar Harian nampaknya sudah bersifat manipulatif, provokatif dan representatif kepada pengaruh politik, iaitu musuh politik kerajaan Negeri - Umno. Di samping secara sedar akhbar itu telah cuba berperanan untuk mempengaruhi kesedaran rakyat ke arah memunculkan persepsi serong kepada seorang menteri besar bertaraf ulamak bergelar 'tok guru.'

Apa jadahnya pihak pengurusan media tersebut, berapa peningkatan volume jualan dan sejauh mana ia membawa impak negatif terhadap integriti menteri besar Kelantan tidaklah menjadi soal. Apa yang penting, cara penampilan paparan muka depan itu (lihat gambar) sudah pasti akan dipuji Umno dan semua orang Umno akan tertarik membeli dan membacanya. Mungkin kajian rambang boleh dibuat di kios-kios akhbar atau pembeli akhbar sendiri bagi membuktikannya.

Apapun, bagi saya peranan akhbar harus dipadukan dengan moral. Sewajarnya pemain dan pengamal media dan kapitalisnya harus melihat prinsip kebenaran dan keadilan. Prinsip ini boleh dijayakan sekiranya melihat secara tawaduk nilai mengutamakan moral di dalam proses maklumat (moral first in information). Sebenarnya prinsip ini hanya ada kepada pemain, pengamal dan kapitalis media yang beragama sahaja.

Jika begitu, mungkin Sinar Harian adalah mewakili kelompok media yang tidak termasuk di dalam lingkungan tersebut. Selayaknya, Sinar Harian mendapat title 'media pembuli.'

Semoga Tuhan yang Esa memberi petunjuk dan hidayah ke atas mereka yang bersifat pembuli dan masukkan iman dan takwa di lubuk hati mereka.

Sumber : Dipetik dari tulisan Wan Nik Wan Yussof S/U Poliik YAB Menteri Besar Kelantan.

Tuesday, April 27, 2010

CERAMAH BESAR-BESARAN DI TELUK INTAN PADA 3 MEI 2010

Isnin 3 Mei 2010 akan menampilkan satu lagi ceramah besar-besaran akan berlangsung di Teluk Intan.
Kali ini kehadiran Hj Mohd Sabu sebagai penceramah utama sudah tentunya amat dinanti-nantikan oleh rakyat.

OLEH ITU TOLONG PASTIKAN MAKLUMAT INI DISEBARKAN SECARA MELUAS.

TARIKH : 3 MEI 2010 ( ISNIN )
JAM : 9.15 MALAM
TEMPAT : DATARAN PAS TELUK INTAN,
KG PADANG TEMBAK, 36000 TELUK INTAN.


SEBARKAN !!!

Monday, April 26, 2010

Laporan akhbar tidak tepat : Yb Anuar Sudin


Teluk Intan 26 April 2010 :
Saya dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan selama 6 hari kerana jangkitan kuman dalam air kencing. Tetapi laporan akhbar milik BN menyatakan bahawa YB kena jangkitan kuman paru-paru yang kritikal. Inilah bentuk laporan media yang amat tidak tepat yang dikuasai oleh kerajaan BN. Demikian kata-kata YB ADUN Changkat Jong semasa menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Teluk Intan malam tadi. Seterusnya YB menyebut bagaimana pemimpin Umno Bahagian memfitnah beliau dengan mengatakan beliau tidak masuk kampung tetapi tinggal di Ipoh dan bina rumah besar di Ipoh. Inilah kerja jahat pemimpin Umno.

Zalim nya UMNO.

Tengahari tadi saya terima satu sms " ana ditukarkan ke SJKC kat Cheras Selangor ". Satu sms yang amat menyayatkan sanubari. Kenapa puak-puak UMNO suka sangat menganiya mereka-mereka yang berjuang demi kebenaran.

Sahabat yang menghantar sms ini adalah sebahagian dari blogger yang dianiaya oleh pelapor-pelapor UMNO yang gagal dalam berhujah. Kupasan dalam blog sahabat ini sering mendapat tamparan hebat pembaca-pembaca dari kalangan UMNO. Mereka ini membuat laporan kepada KPP Pelajaran, Pengarah JPN dan sebagainya.

Puas lah hati puak-puak UMNO nie.... Tapi ingat !!!! Kami golongan yang teraniya ini akan mengadu kepada Allah.

Ya Allah ! Kami mengadu kepada MU . Kami dizalimi ! Kami Dianiyai !
Ya Allah ! Kau balas tindakan jahat mereka !

Bayangkan kepayahan dan kesukaran yang bakal dialami oleh sahabat ini serta keluarganya.

Apakah tindakan UMNO ini mampu mematahkan semangat kami ???

Tidak sama sekali !!! Perjuangan akan tetap diteruskan.

( **** inilah sebab blog **t**hi** ditutup )

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Hulu Selangor : Berbaloi kah ?

Calon BN memperolehi 24,997 , PKR 23,272 dengan lebih 700 undi rosak membolehkan BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725.

Fakta menunjukkan terdapat penambahan pengundi baru lebih 2000 orang bagi Parlimen Hulu Selangor ini. Pengundi orang asli turut bertambah dari 254 orang pada PRU 2008 kepada 1,063 dalam daftar pengundi yang digunapakai dalam PRK kali ini. Andaian mudahnya orang asli melahirkan anak sekitar 800 orang dalam tempoh 2 tahun dan terus berumur 21 tahun setelah 2 tahun dilahirkan !!!! ( logik ke ). Tapi itulah hakikatnya. BN menggunakan apa jua cara untuk merampas mana-mana kerusi yang dimenangi oleh PR dlm PRU 12 dalam undi yang tipis.

Kerja merampas secara haram ini memang kerja yang biasa bagi BN ( contoh rampasan kuasa di Perak ).

Reaksi TS Muhyiddin Yasin kurang senang dengan keputusan yang mereka perolehi di Hulu Selangor ini. BN mengharapkan majoriti yang diperolehi melebihi 5000 undi kerana jumlah wang serta projek yang telah ditaburkan kepada pengundi Hulu Selangor cukup banyak. Malangnya majoriti yang diperolehi cukup tidak berbaloi. Orang asli dan undi pos tetap menjadi talian hayat mereka.

Nampaknya PRU 13 Hulu Selangor akan kembali ke tangan PR sebagaimana berlakunya dalam PRK Ijok satu ketika dahulu !!!.

Kepada para pengundi diucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Kepada para petugas PR, tiada istilah kecewa bagi kita. Keyakinan kita BN akan tumbang dalam PRU ke 13 nanti.

Teruskan Perjuangan menegak KEADILAN & KEBENARAN .