Friday, March 26, 2010

Khutbah Jumaat DS Nizar di University of Leeds

Oleh; Ibnu JJ

Leeds (United Kingdom), 19 Mac 2010 - YB Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin hari ini telah menyampaikan khutbah Jumaat dan memimpin solat Jumaat di hadapan kira-kira lebih 500 pelajar Muslim University of Leeds, UK. Khutbah yang disampaikan itu menyentuh isu perpaduan Ummat Islam yang secara jelas telah memukau ratusan sidang Jamaah yang hadir. Dato' Seri Nizar dalam rangka lawatan mewakili kepimpinan Perhubungan PAS Perak telah meluangkan masa ke University of Leeds atas jemputan Leeds Univerity Islamic Society (ISOC) untuk menyampaikan agenda penting Ummat Islam seluruh dunia.

Sidang Jamaah yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa daripada puluhan Negara luar UK itu ternyata terpegun dan tersentak dengan isi kandungan khutbah yang disampaikan beliau. Isu perpaduan Ummah sejagat ini dilihat sebagai satu agenda penting bagi mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia. Sebaik selesai berkhutbah, terdapat beberapa pelajar antarabangsa seperti daripada Arab Saudi, Turkey dan Indonesia menemui Dato' Seri dan melahirkan rasa terpegun mereka dengan isi kandungan penyampaian khutbah Jumaat hari ini.

Kehadiran Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin ke Leeds hari ini dan kesudian beliau memimpin sidang Jumaat hari ini telah melakarkan satu sejarah luar biasa. Leeds hari ini telah menyaksikan seorang pimpinan dari Gerakan Islam luar UK diberikan penghormatan untuk menyampaikan khutbah di hadapan para penuntut yang terdiri daripada latar belakang pengajian yang pelbagai. Sejarah yang dilakarkan ini juga membuktikan agenda perpaduan Ummah dan kemenangan Islam yang dibawa PAS ini bukanlah bersifat tempatan semata-mata, tetapi merupakan sesuatu yang bersifat 'alamiah dan menyeluruh.

Para penuntut yang ditemui selepas selesai solat Jumaat merakamkan rasa bertuah mereka kerana dapat bertemu dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh YB Dato' Seri yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pimpinan kerajaan dan parti politik dari Malaysia. YB Dato' Seri juga sempat berkongsikan isu-isu setempat yang berlaku di Malaysia, khususnya di negeri Perak yang jelas telah membelakangkan prinsip keadilan sejagat selaras dengan firman Allah SWT dari surah al-Maidah ayat 8;

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Dato' Seri di dalam khutbah beliau melahirkan harapan supaya semua yang hadir, membelakangkan isu perbezaan kaum, bangsa dan negara bagi mencapai perpaduan Ummah yang berteraskan aqidah Islam. Beliau juga menasihatkan para Jamaah agar tidak terpengaruh dengan sandiwara Kerajaan Sekular di negara masing-masing yang berhasrat melemahkan ikatan antara Ummat Islam yang menjadi senjata utama kekuatan Islam sejak dari zaman Nabi SAW. Isu di Palestine yang dipetik sebagai contoh dilihat sebagai satu bukti nyata bagaimana perpecahan Ummat Islam boleh meruntuhkan agama itu sendiri.

Persinggahan Dato' Seri Nizar yang turut disertai Isteri beliau, Datin Seri Fatimah Taat, anak beliau, Ustaz Syahid Muhammad Nizar dan wakil Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Al-Fadhil Ustaz Fakhrulrazi Mohd Mokhtar. Lawatan ringkas mereka ke Leeds diakhiri dengan pertemuan tidak rasmi dengan anak-anak Malaysia yang menuntut di Universiti ini.

Di Hantar Al-Hakimi As-Syah Alami

Wednesday, March 24, 2010

Selamat kembali ke tanahair

KLIA 23 Mac 2010 :
Alhamdulillah. Setelah 5 jam penerbangan dari Hearthrow Airport London jam 3.45 ptg waktu tempatan, kami tiba di Lapangan Terbang Cairo jam 10.00 mlm waktu tempatan. Seterusnya menunggu hingga jam 1.40 pagi untuk meneruskan kembali perjalanan pulang ke Malaysia. Penerbangan mengambil masa 8 jam lebih.
Jam 5.05 kami selamat mendarat di KLIA.
Di pintu keluar kapalterbang, Sdr Amran serta dua orang blogger telah sedia menanti. Seorang kenalan lama Sdra Amran yang bertugas di KLIA telah membenarkan beliau untuk masuk hingga ke pintu kapalterbang. Terima kasih kepada pegawai tersebut. Laluan keluar kami diiring oleh pegawai-pegawai KLIA tanpa sebarang halangan.
Alhamdulillah, segala urusan bagasi dapat diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang masalah. Melepasi Imigresen juga tidak ada masalah. Terima kasih kepada pihak Imigresen yang juga memberikan laluan kepada kami.
Jelas membuktikan bahawa sokongan yang diberikan kepada DS Nizar amat padu. Semasa di Lapangan Terbang Cairo, DS Nizar dikerumuni oleh sekumpulan ahli rombongan kaum tionghua dari Johor yang bercuti di Mesir selama 11 hari. Mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan beliau. DS Nizar juga sempat berbual dengan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan yang menaiki kapalterbang bersama kami, disamping rombongan seramai 23 orang dari Triways Travel yang transit di Cairo sekembali dari mengerjakan umrah.
Alhamdulillah saya selamat tiba di Teluk Intan jam 12 tgh malam.

Monday, March 22, 2010

Catatan Perjalanan Seterusnya ......

Cardiff , 20 Mac :
Seawal 8.30 pagi kami menaiki teksi dari tempat penginapan di Sheffield menuju ke stesen bas Sheffield. Sekali lagi panggilan teksi memerlukan kurang dari 3 minit untuk sampai. Lepas sahaja telefon, dah sampai depan rumah. Sistem apa yang mereka gunakan ???
Bas bertolak jam 9.00 pagi kami menaiki bas National Express menuju destinasi seterusnya iaitu Cardiff. Setelah satu setengah jam perjalanan, kami tiba di Bandar Birmingham. Semua penumpang diminta turun kerana perjalanan akan bersambung pada jam 11.15 pagi. Rupanya pemandu bas hanya dibenarkan memandu dalam tempoh tersebut sekiranya perjalanan adalah jauh. Ini bagi membolehkan mereka berehat dengan secukupnya. Tapi pemandu bas di Malaysia tidak menikmati kemudahan sebegini baik. Patutlah banyak berlakunya kemalangan bas ekspres di Malaysia.
Kami tiba di Cardiff sekitar jam 3.00 petang. Bandar Cardiff merupakan bandar pelabuhan sebelum ini, tetapi kini bandar pelabuhan telah berpindah di Newport yang terletak sekitar 20 km dari Cardiff.
Kami tidak sempat menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut kerana berada dalam bas. Kami difahamkan bahawa DS Nizar telah menyampaikan khutbah Jumaat di Leeds berhampiran dengan Manchester. Khutbah Jumaat yang cukup menarik disampaikan oleh DS Nizar dalam bahasa Inggeris telah mendapat pujian dari sidang Jumaat yang terdiri dari berbagai bangsa dan warna kulit.
Setibanya di Cardiff, kami telah disambut oleh seorang sahabat di sini. Disebabkan belum makan , kami di bawa untuk makan disebuah restoran di tengah-tengah bandar Cardiff. Menu yang dipilih ialah Mee Goreng Mamak. Di UK pun ada mee goreng mamak. Sedap juga.... maklumlah perut lapar. Sewaktu makan, terjumpa pulak seorang pelajar Malaysia yang berasal dari Titi Serong.... apa lagi berborak sakan lah YB Khalil.

Malamnya.... ada program bersama jemaah.

Sunday, March 21, 2010

DS Nizar di Impirial College London






Penjelasan DS Nizar di hadapan kira-kira 150 pelajar Malaysia yang terdiri dari orang Melayu,Cina dan India amat memberi kesan kepada mereka. Mereka mengatakan maklumat yang mereka perolehi dari media utama negara adalah amat berbeza.
Bermula dengan isu Perak, isu politik tempatan adalah amat berbeza sekali.
Suatu yang menarik ialah kehadiran seorang pelajar dari Maghribi yang mengikuti program DS Nizar di Manchaster telah turut hadir sekali lagi di London yang jarak perjalanan mengambil masa 4 jam. Beliau turut mengemukakan soalan berhubung dengan soal perlembagaan negeri Perak.
Hampir 30 soalan yang cukup menarik dikemukakan oleh para peserta dan dijawab dengan amat baik dan meyakinkan oleh DS Nizar. Selesai program, DS NIzar bersama YB Khalil Idham Lim bergegas ke Lapangan Terbang untuk ke Dublin, Ireland selama 2 hari.
Program kami berakhir hari ini di Southampton dan insyaAllah akan kembali ke tanahair pada hari selasa.

gambar kenangan 2

Pusat Bandar Sheffield terdapatnya Eye of Sheffield

Stesen keretapi Sheffield

Di Universiti Nottingham tempat DS Najib belajar dulu.

Bersama Muhaimin & Hj Azlan di Restoran Lebonan di tengah Kota London

gambar kenangan

Di Lapangan Terbang Hearthrow London, bersama YB Khalil & Ust Fakhrurazi

Di Bandar Cardiff berlatarbelakang Stadium Mellinium

Di Bandar Cardiff

Bandar Birmingham

Pasar utama pusat bandar Amman Jordan

Dalam Gua Ashabul Kahfi di Jordan bersama PJ, YB Khalil & Ust Fakhurrazi