Wednesday, March 3, 2010

Hati-hati dengan kenyataan .....

Ahli Parlimen Bagan Serai keluar dari PKR. Sebentar tadi saya mendapat panggilan dari seorang sahabat yang mengatakan YB Bagan Serai ni tak akan menyertai UMNO , tapi lebih meminati PAS.

Oleh itu harap-harap kenyataan ini benar. Kalau ada sahabat-sahabat kat Bagan Serai boleh sahkan maklumat ini. Difahamkan YB ni seorang yang baik. UMNO memang berminat untuk tarik dia...... tapi jiwanya menolak UMNO.

Cuba renung-renungkan.

Tuesday, March 2, 2010

Pengaruh wang dan kebendaan....

Seorang demi seorang keluar parti. Fairuz,Tan Tee Beng,Zahrain dan ......... kalau dibaca sebab-sebab keluar parti ..... tak lain tak bukan .... tak puas hati berhubung dengan tender , tak dapat jadi CEO dan macam-macam berkait dengan wang & jawatan.

Biarkan mereka pergi dan tak perlu untuk disedihkan.... Adanya mereka pun menyiksakan lagi je.....

Peringatan buat pemimpin yang lain ......... amanah rakyat dan amanah perjuangan bukan untuk buat harta peribadi. Rakyat inginkan pembelaan. Yang miskin perlukan pembelaan. Yang susah perlukan pembelaan. Pemimpin mengumpul harta sedap-sedap je memerah keringat rakyat. Dah jadi pemimpin ..... suku sakat kaya raya.... Tengok je Dato Seri Nazir Razak ( adik PM 1 Malaysia ) antara 40 terkaya di Malaysia ..... baca ulasan Datuk Mahfuz Omar....

Baru baru ini majalah Malaysian bisnes menyenaraikan 40 orang rakyat Malaysia terkaya.Penyeneraian ini dibuat berdasarkan kaji selidik nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai dipasaran saham pada 15 januari 2010.

Apa yg menarik ialah adanya muka baru dari 40 orang rakyat Malaysia yg terkaya. Antara muka baru yang disenaraikan ialah Datuk Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak. Kekayaan Datuk Nazir Razak dikaitkan dengan CIMB Group dimana beliau sebagai ketua pegawai eksekutif. Seperti yg dinyatakan kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan beliau didalam syarikat yg tersenarai dibursa saham Kuala Lumpur. Syarikat yang dimaksudkan sudah tentu lah CIMB Group.

Setahu saya CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan(GLC). Datuk Nazir ialah ketua pegawai executif CIMB group. Persoalannya sekarang ialah adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB. kalau mengikut kaedah yg diguna untuk mengenal pasti kekayaan sesaorang berdasarkan pegangan syer didalam syarikat yg tersenarai ini bermakna Datuk Nazir memilikki sejumlah pegangan didalam CIMB group.

Isunya apa status CIMB sekarang. Adakah masih sebagai syarikat kaitan kerajaan.Berapa jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang asalnya ialah Bank Bumiputra.Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majorati atau sekadar golden syer.Perdana Menteri perlu menjelaskan semua ini termasuk berapa pegangan yg dimiliki olih adiknya Nazir dan bila pegangan itu diperolihi serta darimana pegangan itu diperolihi.Adakah pegangan itu diperolihi dari pegangan kerajaan.Rakyat perlu diberikan penjelasan bagaimana Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri yang bekerja makan gaji dengan syarikat kaitan kerajaan tiba tiba menjadi orang yang ke 40 terkaya diMalaysia dengan jumlah kekayaan rm385 juta.pelik bin ajaib.

Dato,Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tapisan dalam perjuangan.........

Seminggu sebelum 27 Februari 2010, saya menerima panggilan dari seorang sahabat..... " Syeikh ! anta tunggu 27 hb Feb ni, ada beberapa nama pimpinan PKR akan keluar parti.... Depa dapat habuan cukup besar dari BN " ...

Rupa-rupanya memang benar..... Tapi biarkanlah mereka keluar.... Ini merupakan tapisan yang sangat berharga buat rakan PR iaitu PKR. Bagi mereka yang tak tahan dengan dugaan, mereka akan meninggalkan perjuangan dengan seribu satu alasan bagi mengiya kan tindakan mereka.

Bagi kita yang yakin dengan perjuangan yang mulia ini ..... Teruskan Perjuangan !

( Selalunya ..... sahabat yang bagi info ni , kebanyakkan infonya tepat .... maklumlah !!! )