Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Tahniah Kerajaan Pakatan Rakyat !

Itulah perkataan yang keluar dari mulut 2 orang pegawai polis yang ku temui di Dataran Menara Condong Teluk Intan pada tengah malam 31 Disember 2008. Melihat cara pakaian ku pada malam itu ( ada lambang bulan ) mereka menjangkakan aku orang PAS.

Kenapa tuan ! " Tengoklah sendiri.... kan malam ni tak ada konsert sebagaimana lazimnya di lakukan oleh kerajaan dulu. Tengoklah nanti... lagi 20 minit, kawasan ni akan lengang dan kami pun tak payah le berjaga / berkawal sampai jam 3 pagi sebagaimana pada tahun-tahun yang lalu ".

Memang betul kata-kata pegawai polis tersebut. Selepas sahaja jam Menara Condong berdetik jam 12 malam, 10 minit selepas itu aku dapati para pengunjung di situ mula beredar.....

Aman !!! Tak ada konsert !!! Tak ada pesta-pesta-an !!! Cuma pergaulan bebas je yang masih tak dapat nak dibenteras. InsyaAllah akan adalah nanti usaha-usaha untuk memperbaiki keadaan di masa-masa akan datang. Tahniah juga kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan melalui YDP nya yang tidak membenarkan dan tidak menganjurkan majlis pesta menyambut tahun baru.

Selamat Tahun Baru 2009. Marilah kita sama-sama berganding bahu meneruskan agenda Kerajaan Pakatan Rakyat. - ADIL, AMANAH,BERKEBAJIKAN -



Jam 12.25 - 1 Jan 2009

Jam 12.20 - 1 Jan 2009 Dataran Menara Condong semakin lengang

Jam 12.15 - 1 Jan 2009

Jam 12.10 - 1 Jan 2009 dah mula lengang

Jam 12.05 tgh malam - 1 Jan 2009 ( atas )

Jam 11.58 - 31 Disember 2008 ( bawah )