Sunday, December 19, 2010

Konvensyen - Sesi petang

Kepala Batas :

Dewan Melinium Kepala Batas masih dipenuhi peserta Konvensyen.

2.45 ptg .

Perbahasan sesi petang diteruskan.

3.45 ptg .

Moderator : YB Khalid Samad

Perbahasan oleh wakil-wakil PR.
1. Sdr Zairil Khir Johari - DAP
2. Ust Nasarudin Tantatwi - PAS
3. Sdr Rafizi Ramli - PKR

Sesi Perbahasan

Kepala Batas : 1 tgh

Ketika ini sedang berlangsung sesi perbahasan kepada kertas pembentangan.

Pembahas mewakili komponen PR
1. Mazlan Aliman - PAS
2. YB Joyce - DAP Sarawak
3. YB Nurul Izzah - PKR.

Kini Dr Jayabala sedang berbahas. Perbahasan dijangka akan ditangguh untuk rehat kira-kira jam 1.30 tgh.

Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2

Kepala Batas :

Dewan Melenium Kepala Batas dipenuhi dengan ribuan pimpinan Pakatan Rakyat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali ke 2.

Ucapan pimpinan tertinggi PR telah disampaikan dengan penuh yakin serta semangat yang tinggi.

Ketika ini (12.00 tgh ) pembentangan oleh 3 pimpinan mewakili parti masing-masing. PAS diwakili oleh YB Ust Nasharuddin Mat Isa , DAP diwakili oleh YB Anthony Loke dan PKR diwaklili oleh YB Saifuddin Nasution.

PAS mempertegaskan asas Federalisme.
DAP mempertegaskan asas percukaian dan pentadbiran kerajaan.
PKR mempertegaskan isu kerosakan institusi kerajaan seperti Polis, SPRM dan beberapa isntitusi kerajaan.

Tekad kerajaan baru PR ialah membenteras segala bentuk kebobrokan serta kerosakan pelbagai institusi kerajaan.

Laporan seterusnya menyusul selepas ini.

Sunday, December 5, 2010

ISU BANTAHAN AIR DI SELANGOR ...... Mesti baca !!!

Kepada semua Rakyat Malaysia !!!!

Artikel ini agak kasar , tapi fikir dan buat keputusan selepas membacanya.

UMNO / BN mesti ditolak jika rakyat inginkan keadilan dan bebas dari KEZALIMAN BN !

Kisah rompakan

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, Umno telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Umno telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidakkah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

Rompakan ini cukup licik - orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaun yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang diswastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh!

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Inilah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Rahsia sudah kantoi

Hanya apabila kerajaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia. Rahsia Syabas sudah kantoi!

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal di mana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk dijadikan hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 ( kerajaan BN memerintah Selangor ) apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ia telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmahan. Bukti ini muncul daripada laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa: bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM5.1 juta setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau RM5 juta ini duit lima sen - sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu daripada laporan audit ini, syarikat Syabas ini telah memberikan 72 peratus kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat kroni melalui rundingan 'sap sap sui'. Juga daripada laporan yang sama telah diketahui bagaiman RM325 juta 'tenggelam lesap' entah ke mana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur hebat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta.

Kembalikan hak rakyat

Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa? Seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik - adalah di antara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Justeru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad ini, warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang di-Pertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetia-kawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api elektrik
dan hospital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.

Friday, November 19, 2010

Ibadat Korban 1431


Kariah Kg Banjar buat pertama kalinya menganjurkan program ibadat Korban atas anjuran Masjid Al Khairiyah. Sebelum ini program korban dilaksanakan atas nama individu. Alhamdulillah, pada tahun ini ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya. 5 ekor lembu telah dikorbankan. Saya selaku imam di masjid tersebut turut melakukan penyembelihan di samping Sdr Ismail dan Sdr Abd Aziz.

Program bermula jam 9.00 pagi dan selesai jam 12 tengahari. Agihan daging korban telah dihantar ke setiap rumah di Kampung Banjar.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011......bajet tumbangkan BN

Pembentangan bajet petang tadi memberikan petanda awal BN akan tumbang dalam PRU 13 akan datang. Bayangkan 110 juta peruntukan kepada PERMATA memanaskan lagi keadaan. Sah Rosmah mempengaruhi Najib dalam bajet kali ini.
Elaun Pengerusi JKKK dan para imam dinaikkan bagi tujuan gula-gula agar polisi kerajaan dilaksanakan. Bantuan perkapita sekolah agama rakyat yang dulunya ditarik,dikembalikan semula. Sah bajet pilihanraya.......
Namun kakitangan awam terus tidak dipedulikan tuntutan mereka . Bonus 2 bulan gaji yang diharapkan , masih tidak dipenuhi. Kekal RM500.00 sahaja yang diperolehi.

Siap BN ............ PRU 13 pasti akan berlaku perubahan kerajaan baru.... Kerajaan Pakatan Rakyat.

Friday, October 8, 2010

YB BN .......

Billboard besar yang terdapat di DUN Sg Manik

Bagi sesiapa yang melalui kawasan Sg Manik sudah pasti akan dapat melihat papan besar ini di beberapa persimpangan jalan.
Nampaknya para ADUN BN terpaksa menagih simpati pengundi agar mereka dapat bertahan di PRU akan datang. Bagi ADUN PR semua ini tak perlu untuk dibazir-bazirkan. Yang penting bagi wakil rakyat ialah berkhidmat dengan ikhlas untuk rakyat.... Tak payah nak tunjuk-tunjuk. Rakyat dah GETIK dengan gelagat wakil rakyat BN !!! Saya penggal mohon ditegur...... Tapi bila dah lama sikit..... jangan harap boleh ditegur !!!! Teguran yang sesuai untuk UMNO / BN ni ialah ......... jangan dipangkah BN lagi ........... baru mereka tahu langit tinggi rendah !

Ayuh semua !!!!! Bersiapkan sedialah kita untuk menggantikan BN dalam PRU akan datang. BN akan berkubur kali ini !

Friday, September 24, 2010

Terima kasih DS Nizar

Saya menyatakan keadaan bonda setelah 6 hari menjalani pembedahan usus.



Bonda membisikkan di telinga saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian DS Nizar menziarahi bonda malam tadi ( khamis ). Walaupun padat dengan pelbagai program yang telah disusun oleh Pejabat ADUN Pasir Panjang, namun DS Nizar sempat hadir untuk menziarahi bonda saya yang terlantar di Hospital Seri Manjung sejak 8 hari yang lalu. Kunjungan DS sedikit sebanyak menghibur hati bonda.

DS Nizar meluangkan kira-kira 30 minit di wad 6 Hospital Seri Manjung setelah menghadiri majlis sambutan Hari Raya di Surau Kg Permatang. Kehadiran DS Nizar mengejutkan kakitangan khususnya di wad 6. DS Nizar mengambil peluang menziarahi sambil bertanya khabar semua pesakit lelaki yang terlantar di wad 6. DS Nizar diiringi oleh Pegawai Khas beliau Sdr Midun serta beberapa petugas di Pejabat DUN.

Terima kasih sekali lagi kepada DS Nizar atas kunjungan beliau.

Thursday, September 23, 2010

Terima kasih atas doa semua sahabat2.


Ucapan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat yang telah mendoakan kesejahteraan bonda saya yang telah selamat menjalani pembedahan usus pada hari Jumaat lepas.
Alhamdulillah keadaan bonda pada petang tadi telah beransur stabil. Walaupun masih dalam keadaan lemah, namun bonda masih mengenali siapa-siapa yang datang menziarahinya.

Terima kasih sekali lagi dari saya.

Keadaan pada hari ke 6 di wad 6 Hospital Seri Manjung


Sunday, September 19, 2010

Buat penyokong UMNO .....masa untuk BERUBAH


( Gambar hiasan : ehsan dari umno.blogspot.com )

Pemimpin UMNO seringkali menuding jari dan mencari kesalahan pemimpin PR dalam apa jua isu. Tetapi apabila 16 September 2010 dijadikan CUTI UMUM sempena penubuhan Malaysia , mereka lupa bahawa tarikh ini menjadi isu ketika dicadangkan oleh DS Anwar pada tahun 2008 yang lalu.

Ikuti arkib-arkib berikut ..... penyokong UMNO kena keluar dari UMNO dan tinggalkan pemimpin-pemimpin anda yang HIPOKRIT !!!

1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. ”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.
2- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.

3-ARKIB: 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)
Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.

Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.

Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun

4 - ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.

Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya

1 Syawal 1431 pengalaman pertama tidak berhari raya di kampung halaman. Gema takbir di pagi raya memang terasa sayu. Hujan lebat tidak menghalang penduduk Kg Banjar Teluk Intan untuk memenuhi ruang solat dimasjid Kg Banjar.
Pertama kali menyampaikan khutbah di hari raya 'idul fitri. Alhamdulillah selamat. Setelah selesai terus menziarahi Naib Pengerusi masjid Kg Banjar sebagai seorang yang disegani oleh penduduk tempatan.
Setelah itu baru berangkat pulang ke kampung halaman isteri di Pantai Remis.

Sesungguhnya berada di perantauan tetap tidak sama dengan kampung halaman.

Oleh itu pulanglah anak-anak diperantauan. Pastikan kepulangan mu dari perantauan disertai dengan misi dakwah serta misi menjelaskan kebenaran. Teruskan Perjuangan !

Friday, September 3, 2010

Al Fatihah

Jumaat 3 Sept 2010 :

Tengahari tadi terima sms dari seorang sahabat memaklumkan kematian isteri Hj Hafift akibat kemalangan di Makkah semasa sedang menunaikan umrah.

Dua hari sebelum beliau berangkat ke Makkah saya sempat menemui beliau di bank. Beliau kelihatan seperti biasa dan sempat berpesan kepada saya agar meneruskan kerja-kerja gerakan Islam. Beliau akan sentiasa mendoakan kemenangan jemaah kita. Beliau sememangnya kurang sihat sejak sekian lama dan kerap menjalani rawatan hemodialasis dan akan berkunjung ke bank selepas menjalani rawatan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Al Fatihah.

Tuesday, August 24, 2010

Ehya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan

AF Ust Ibrahim menyampaikan Tazkirah.

Jadual Ehya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan

Solat Tarawih dipimpin oleh pimpinan cawangan Rumah Awam

YDP Kawasan serta pimpinan kawasan

Pelapis pimpinan kawasan turut serta semasa iftar jamaei

Menunggu waktu berbuka digunakan untuk bertukar-tukar fikiran

14 Ramadhan 1431 :

Tradisi lazim PAS Kawasan Teluk Intan menganjurkan program sepanjang Ramadhan diteruskan pada tahun ini. Hari Selasa merupakan yang dipilih saban tahun.

Petang tadi PAS Cawangan Rumah Awam mengambil tugas pengendalian majlis.

Majlis bermula dengan iftar jamaei dan diikuti dengan solat maghrib. Kemudian diikuti dengan solat isya , solat sunat tarawih. Seterusnya majlis tazkirah dijalankan. Tazkirah kali ini disampaikan oleh AF Ust Ibrahim Zakaria.

Tazkirah dimulakan dengan menceritakan pengalaman beliau dalam tahanan penjara di Mesir selama 25 hari. Sepanjang dalam penjara dan soal siasat, beliau dipukul, disepak, ditumbuk dan dikenakan kejangan letrik oleh pihak berkuasa Mesir. Beliau seterusnya mengingatkan ahli-ahli PAS meneruskan semangat jihad dan bergantung kepada pertolongan Allah. Tingkatkan semangat ukhuwah dikalangan ahli khususnya di kawasan Teluk Intan amnya di negeri Perak. Beliau seterusnya menyatakan keyakinan PAS bersama Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara. Perkara yang sama dinyatakan oleh beliau semasa disoalsiasat di Mesir.

Beliau mengambil kesempatan mengingatkan ahli PAS kawasan meningkatkan program tarbiyyah . Beliau turut menyerukan pimpinan kawasan meningkatkan lagi program-program tarbiyah.

Selepas program , saudara Setiausaha PAS Kawasan mengingatkan program pada minggu depan iaitu hari selasa 31 Ogos bertempat di Bilik Gerakan Pemuda Kg Bahagia. Kali ini program akan diisi oleh Ketua Pemuda PAS Pusat AF Ust Nasarudin Hassan Tantawi.

Adalah diharapkan maklumat ini disebar luas kepada masyarakat.


Sunday, August 22, 2010

Kursus Blog




Unit IT PAS Kawasan Teluk Intan mengambil inisiatif menganjurkan kursus pengendalian blog. Kursus yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan ahli kawasan. Peserta diberikan pendedahan baru dalam IT.
Bagi saya ianya cukup berharga sekali... Hasil baru yang saya perolehi ialah contoh banner yang terdapat dalam blog ini.

Thursday, August 19, 2010

DS NIZAR DI TELUK INTAN

DS Nizar Jamaluddin akan bersama-sama penduduk Teluk Intan pada hari Isnin 23 Ogos 2010.

Pelbagai program telah diatur bagi menemukan DS Nizar dengan masyarakat.

Seawal 5.30 petang DS Nizar akan dibawa ke Pasar Ramadhan di Pekan Teluk Intan. Pasar Ramadhan ini merupakan tempat tumpuan utama penduduk Teluk Intan bagi mendapatkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan diberikan amanah untuk mengiringi DS serta rombongan untuk beramah mesra dengan pengunjung serta peniaga di sana.

Selepas itu DS Nizar akan ke Surau Kg Air Hitam, Changkat Jong untuk program berbuka puasa bersama penduduk tempatan. Cawangan PAS Air Hitam telah diamanahkan untuk mengiringi DS Nizar di sana.

Kemudiannya, DS Nizar akan terus ke Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti untuk bersama-sama dengan penduduk tempatan menunaikan Solat Tarawih dan seterusnya menyampaikan Tazkirah Ramadhan di situ.

Adalah diharapkan semua ahli serta petugas parti di semua peringkat di Kawasan Teluk Intan dapat menyebarkan maklumat program ini kepada rakan-rakan serta masyarakat.

PAS Kawasan Teluk Intan amat mengalu-alukan kehadiran Dato Seri Nizar ke Teluk Intan pada hari tersebut.

Wednesday, August 18, 2010

Takziah buat PJ PAS Perak

DS Nizar sedang mengucapkan takziah kepada Ust Abu Bakar


Para pengunjung berpusu-pusu mengucapkan takziah

Ucapan takziah terus diterima

Dato Ngeh Ko Ham, YB Nga Kor Ming dan YB Sivakumar turut hadir

16 Ogos 2010 Ipoh :

Pesuruhjaya PAS Perak Ust Hj Abu Bakar Hussain telah kehilangan isteri tersayang apabila Ustazah Siti Rafeah Ramli menghembuskan nafas terakhir jam 2.20 petang di Hospital Ipoh.

Penderitaan kanser payudara yang sudah ditahap kritikal telah ditanggung sejak 4 tahun yang lalu. Namun dalam keadaan sedemikian , beliau terus memberikan galakan kepada PJ menjalankan tugasnya.

Pada awal Ramadhan yang lalu, beliau bertambah kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir petang tadi.

Jenazahnya telah selamat disemadikan jam 9.30 malam tadi di Tanah Perkuburan Kg Melayu Ipoh dengan dihadiri ribuan insan yang terdiri dari berbagai bangsa.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempat bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.

Friday, August 13, 2010

Saman Ekor

Kelmarin balik dari kerja , buka peti surat di pagar rumah. Ada kad dari Pos Malaysia untuk membuat tuntutan surat berdaftar. Hari ni pergi buat tuntutan di Pejabat Pos......

Alamak ......... surat saman ekor dari PDRM.

Kena saman RM300.00 sebab bawa kereta lajuuuuuuu.... 75 km/j di kawasan 60 km/j dekat Sabak Bernam.

Bayangkan nak bawa kereta 60 km/j......... Rasanya PDRM saja pasang perangkap untuk perah duit dari rakyat ...... Rakyat didahulukan !!!! Pendapatan diutamakan !!!

Nak bayar ke tak nak bayar ?????

Jawapannya ............ JANGAN BAYAR !

Ataupun jangan naik kereta...... ke mana2 pun naik basikal ..... basikal pun kena BASIKAL TUA ...... macam gambar MB Rakyat Perak nie .....

Monday, August 9, 2010

Masjid Nurul Hijrah Taman Intan Mas

Ayam yang sedang dibakar. Kelihatan Hj Akram bersama Cikgu Sani

Naib Pengerusi Hj Basri ( kiri ), Hj Husaini , Sdr Azmi dan dibelakang tu Sdr Sham



Keadaan dalam masjid

Aturcara majlis


Masjid yang dalam proses naiktaraf

Pengerusi Masjid Hj Mohd Akram ( kanan )

9 Ogos 2010 , Teluk Intan :

Kini masjid Nurul Hijrah Taman Intan Mas, Teluk Intan telah setahun dinaiktaraf sebagai masjid oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak.
Masjid yang menjadi kebanggaan warga Taman Intan Mas ini diterajui oleh seorang pengerusi yang cukup berwibawa iaitu Haji Mohd Akram bin Ayob. Pelbagai program untuk mengimarahkan rumah ibadah ini telah dilaksanakan. Hampir setiap program yang dianjurkan mendapat sokongan yang padu oleh ahli kariah.
Petang tadi telah diadakan persiapan bagi program BBQ yang dirancang oleh jawatankuasa masjid. Seekor kambing , puluhan ekor ayam serta ikan kembung serta pari menjadi menu yang akan dijamu pada sebelah malam nanti.
Sebelum ahli kariah menjamu selera, satu Tazkirah Ramadhan akan diadakan.

Masjid yang baru siap dinaiktaraf ini masih memerlukan sumbangan orang ramai . Oleh itu sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pengerusi Masjid Tuan Haji Mhd Akram ditalian 019-5586104.

Thursday, July 15, 2010

Minyak Naik ! Barang Naik ! BN !!!!

15 Julai Khamis : Petang tadi jam 6.30 petang semasa sedang bermesyuarat , telefon berdering.... walau pun sedang bermesyuarat, namun panggilan ini mesti dijawab .Panggilan dari sahabat karib ku.... Petrol naik malam ni Sheikh !!! Itu sahaja yang sempat dikatakan .... Biasanya maklumat sahabat karib ku ini...... tepat ! Maklumlah .........

Jam 7.30 mlm... mesyuarat tamat. Dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah isi minyak di Stesen Petronas ..... Nampak macam biasa je.... Jadi isi minyak penuh-penuh....

Lepas solat Isyak di Masjid Kg Banjar..... ambil peluang meninjau di Stesen Petronas ...... Dah sesak ..... Balik ..... buka internet ........ Sah harga minyak naik !!! Bukan minyak saja yang naik ! Gula pun naik !!!!

Sah .... lepas ni macam-macam akan naik ........... Ini lah BBBBBBNNNNNN !!!! BN !!!! Barang Naik .... Nak Pangkah BN lagi ke ............!!!!!

Harap-harap lepas ni gaji naik !!!

Sunday, June 20, 2010

Selamat Bertugas

Isnin 21 Jun merupakan hari pertama persekolahan setelah 2 minggu cuti penggal pertama. Ianya juga merupakan hari pertama bertugas buat rakan-rakan guru yang ditukarkan ke sekolah baru akibat dari politik meng'gila' yang diamalkan oleh UMNO.

Tak padan rasanya arahan pertukaran beralasankan ' menentang Yang Dipertuan Agung'. Itulah luahan yang diluahkan oleh salah seorang yang ditukarkan yang sempat saya temui Sabtu yang lalu.

Beginilah keadaan demokrasi atau definasi demokrasi yang diamalkan oleh BN. Menyokong mereka bererti taat kepada Yang Dipertuan Agung. Menentang BN bererti menentang Yang Dipertuan Agung.

Logik ke ?????? Kepada yang masih sayangkan BN ........ Fikir lah dengan iman !!!!

Monday, June 14, 2010

Al-Fatihah

Isnin 14 Jun 2010 :
Sebelum memulakan usrah di Kg Bahagia dua minggu lepas, saya menghubungi Ustaz Hassan Shukri bertujuan menjemput beliau memberikan pengisian dalam program Liqa Fikr Kawasan Teluk Intan pada hari Rabu 16 Jun 2010. Tanpa sebarang alasan dengan nada yang ceria Ust. Hassan menerima pelawaan tersebut. Mudahnya berurusan dengan Ust Hassan. Beliau mohon confirm semula hari Isnin selepas Muktamar.
Pagi tadi saya bercadang nak menghubungi Ust Hassan. Tapi disebabkan agak sibuk di sebelah pagi, saya bercadang nak telefon sebelah petang. Tapi jam 2 ptg ...... terima sms dari adik ipar ...... Ustaz Hassan meninggal dunia. Pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.... Meninggal dalam perjuangan !!! Ustaz Hassan memandu sendiri dari Kelantan ke KL selepas Muktamar !!! Kuatnya semangat beliau ! Mari sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat rohnya dan kita mendoakan beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh...... AL-FATIHAH !

Wednesday, June 9, 2010

Cabaran Dakwah . ( Sabah satu perumpamaan )

Antara produk asli Sabah


Kedua-dua anak perempuan ku di LCC-T

Bersama anak ke 2

Melawat Muzium Sabah

Di kaki Gunung Kinabalu

Di Pusat Info Kinabalu Park

Di Pekan Nabalu membelakangi Gunung Kinabalu
Kota Kinabalu 9 Jun :

Memang benar apa yang dikatakan oleh beberapa orang sahabat saya yang pernah menetap di Sabah. Pendedahan kepada Islam memang rendah. Saya dapati sepanjang perjalanan ke Gunung Kinabalu terdapat banyak gereja. Boleh dikatakan tak sampai 1 km akan ada sebuah gereja. Sehingga ke Pekan Kundasang baru jumpa sebuah masjid. Nama-nama tempat seperti Bedalu , Tamparuli , Ranau dan sebagainya adalah medan-medan dakwah yang cukup mencabar.

Jadi tugas dakwah yang dipikul oleh pendakwah Islam di sana memang cukup mencabar. Berbanding dengan kerja dakwah kita di Semenanjung. Jadi bagi penggerak gerakerja dakwah di Semenanjung jangan menjadikan kepayahan sebagai satu alasan untuk tidak bekerja untuk gerakan Islam.

Alasan itu dan ini memang tidak boleh di terima sama sekali. Jadi kerja-kerja dakwah mesti diteruskan. Yang ada tenaga , berdakwah dengan tenaga. Yang ada keupayaan kewangan , berdakwah dengan wang. Yang ada keupayaan fikiran, berdakwah dengan fikiran.

Yang penting kerja dakwah tiada penghujung !!!

( Pengalaman berada di Sabah selama 3 hari )

Sunday, June 6, 2010

Demonstrasi anjuran PR ....... bandingkan !!!

Hj Mohd Sabu menyampaikan ucapan


Sebahagian dari 10,000pesertademonstrasi

Wakil Muslimat

Sebahagian dari doa umat Islam

Kuala Lumpur 4 Jun:
Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.
Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer.
Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini.

Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.

Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut.

Berikut kronologi perhimpunan tersebut:

2.00pm Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.
Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dengan kehadiran sekitar 200 orang tanpa kehadiran komponen BN yang lain seperti MCA,MIC dan Gerakan.

Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.
Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance.

Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan.

Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.

2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS.

3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.
3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.

Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.
Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.

Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.

Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel.

"Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.

Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.

"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.
Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel.

"Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.

Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.

"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.

Demonstrasi anjuran BN ......





Kuala Lumpur 4 Jun : Kira-kira 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini.

Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.
Tampil dalam pakaian putih, mereka bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin".

Selain itu juga, peserta yang terlibat membawa kain rentang yang bertulis seperti "justice for Gaza" (keadilan untuk Gaza) dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang".

Perhimpunan aman membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam.

Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.

Bagaimanapun, tidak kelihatan kelibat pemimpin parti komponen BN yang lain seperti MIC dan MCA. Tampil dalam pakaian putih, mereka bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel seperti "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin".

Selain itu juga, peserta yang terlibat membawa kain rentang yang bertulis seperti "justice for Gaza" (keadilan untuk Gaza) dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang".

Perhimpunan aman membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam.

Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.

Bagaimanapun, tidak kelihatan kelibat pemimpin parti komponen BN yang lain seperti MIC dan MCA.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut menyatakan tidak puas hati terhadap kekejaman tentera Israel.

"Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.

Seorang aktivis NGO Islam daripada Turki turut hadir menyatakan sokongan mereka.

Seyfuddin Seyif dalam ucapannya mendesak semua pihak memboikot barangan Israel seperti McDonald, Coca-cola dan Levi's.

"Katanya tidak kepada Israel," katanya.

Sebelum itu beberapa aktivis NGO yang hadir mengedarkan risalah boikot barangan Israel di masjid berkenaan.

Dipetik dari Malaysiakini.

Wednesday, June 2, 2010

Ramah Mesra Dewan Himpunan Penyokong PAS












Teluk Intan : 1 Jun.
Setelah penubuhan secara rasmi DHPP di Klang baru-baru ini, PAS Kawasan Teluk Intan merintis pertemuan ramah mesra dengan DHPP Teluk Intan.
Program telah diadakan di Markas PAS Kawasan Teluk Intan telah dihadiri oleh lebih 50 orang ahli DHPP yang terdiri dari kaum India dan Tionghua. Pimpinan kawasan yang terdiri daripada YDP , Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan serta ADUN Changkat Jong telah menyampaikan ucapan yang berkisar tentang peranan yang boleh dimainkan secara aktif oleh DHPP.
Dalam majlis tersebut pihak DHPP turut menyampaikan ucapan melalui wakil mereka iaitu Sdr Suryanarayanan, Sdr Richard Wong dan Sdr Prakash. Mereka melahirkan rasa gembira kerana kini mereka telah diterima sebagai sebahagian dari komuniti PAS dan berjanji akan melaksanakan misi PAS For All.