Saturday, March 13, 2010

Hari terakhir di Mesir.

Kaherah, 13 Mac.

DS Nizar, Ust Abu Bakar , YB Khalil serta rombongan PAS Perak dijangka akan bersama dengan mahasiswa dan mahasiswi Mesir menunaikan solat jenazah seorang mahasiswa yang meninggal dunia di Iskandariah. Allahyarham yang berasal dari Selangor adalah pelajar jurusan perubatan tahun satu di Tanta. Allahyarham difahamkan telah terjatuh dari bangunan tingkat 4 di Iskandariah.

Sebelum ke sana, satu pertemuan terakhir bersama pimpinan pelajar telah diadakan.

Hari ini merupakan hari terakhir lawatan kerja PAS Perak di Mesir.
Petang ini kami akan berangkat ke Jordan dan Syria selama 3 hari dan seterusnya akan kembali ke Mesir sebelum berangkat ke UK.

Sambutan luar dugaan !!!!

Kaherah, 12 Mac :
Sambutan kepada wacana perdana bersama DS Nizar Jamaluddin malam tadi adalah amat luarbiasa. Pelajar Malaysia membanjiri Dataran Hayyu Asyir datangnya dari Tanta , Iskandariah , Mansurah ( yang jaraknya sekitar 2 jam perjalanan untuk sampai ke Kaherah ) serta sekitar Kaherah datang bagi mendengar secara langsung berhubung dengan kemelut politik Perak.
Program bermula dengan solat isya' berjemaah yang diimamkan oleh PJ PAS Perak, Ust Hj Abu Bakar HUssain. Selepas itu diadakan solat hajat yang diimamkan oleh DS Nizar Jamaluddin.
Ceramah bermula jam 8.30 malam dengan dipengerusikan oleh Sdri Zahidah yang berasal dari Bagan Datoh berjaya mengendalikan majlis dengan baik.Cuaca yang dingin dengan tiupan angin yang sejuk tidak menghalang kehadiran para mahasiswa dan mahasiswi untuk menunggu majlis dari mula hingga tamat.
Penceramah pertama Ust Fakhrurrazi Mokhtar,YB Khalil Idham Lim,Ust Abu Bakar dan diakhiri dengan YB DS Nizar.
Sesuatu yang amat menarik setelah DS Nizar selesai menyampaikan ceramah ialah diadakan lelongan T-shirt BUBAR DUN PERAK yang ditandatangani sendiri oleh DS Nizar. Bermula dengan bidaan 20 L.E yang mana akhirnya dibida dengan harga 500 L.E!!!!!.
Kutipan derma yang dilancarkan mampu mengumpul sejumlah 2500 L.E satu jumlah yang diluar jangkaan kerana yang hadir adalah terdiri dari golongan pelajar.
Rata-rata pelajar yang hadir kira-kira 1500 orang itu melahirkan rasa puas hati mendengar penjelasan sebenar apa yang berlaku di Negeri Perak.

** gambar sekitar program akan diupdate setelah saya kembali ke tanahair.

Friday, March 12, 2010

Ceramah Besar-besaran

Kahirah : Malam ini akan diadakan satu ceramah perdana yang akan membariskan DS Nizar Jamaluddin,Ust Abu Bakar Husain, YB Khalil Idham Lim .
Ceramah akan diadakan di Dataran Hayyu Asyir yang menempatkan pelajar Pahang,Kedah,Selangor dan Sarawak. Sebaran besar-besaran telah dilaksanakan oleh sebuah NGO SUARA dijangka akan menghimpunkan ribuan pelajar bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung kemelut Negeri Perak.

Sungguhpun pihak penganjur menerima tekanan yang hebat dari pihak kedutaan, namun mereka bertekad untuk meneruskan program tersebut.

Lawatan ke Giza




Ramah Mesra bersama anak-anak Kelantan di Mesir
Bersama YB Khalil dan Hj Azlan berlatarbelakang Piramid dan Sphinx di Giza




Kahirah, 11 Mac : Sempat melawat Giza di mana terdapatnya Piramid.

Pada sebelah malam kami menerima jemputan dari Persatuan Anak Kelantan dalam satu majlis Ramah Mesra.

Program di Mesir


Bersama anak-anak Perak di Wisma Anak Perak Mesir
Eminent '10 bersama pelajar Syariah dan Perubatan di Tanta, Mesir

Kaherah:Hari kedua kami bersama ratusan pelajar Malaysia di Tonto dalam satu majlis Eminent '10 yang mengumpulkan lebih 500 orang pelajar di bidang Syariah dan Perubatan.

Majlis yang bermula jam 2 petang berakhir selama lebih 2 jam dengan pengisian oleh YB Khalil , Ust Fakhrurazi dan saya sendiri.

Dalam sesi soal jawab , para peserta telah menggunakan peluang untuk bertanya berhubung dengan kemelut Negeri Perak.



Setelah selesai program di Tonto , kami bergegas kembali ke Kahirah bagi menghadiri program Ramah Mesra di Rumah Perak bersama lebih 500 orang pelajar . Majlis berakhir sekitar jam 12 tgh malam.

Wednesday, March 10, 2010

Program di Mesir

SElepas sarapan pagi ni, kami dijadualkan ke beberapa tempat yang telah di susun. Saya bersama YB Khalil, Ust Fakhrurazi, Hj Azlan akan ke Tonto yang jaraknya sekitar 2 1/2 jam dari Kaherah.

PJ , DS Nizar dan Hj Asmuni dijadualkan ke satu tempat yang lain.

Pada sebelah malam, kami dijadualkan mengadakan satu sesi dialog bersama pelajar di Rumah Perak.

Sesaknya Kaherah

Sesaknya Bandar Kahirah. Malam tadi selepas program diskusi, kami singgah untuk membeli barang bersama DS Nizar dan isteri. Satu beg pakaian kepunyaan Datin Seri telah hilang ( mungkin tersalah hantar oleh pihak EygptAir ).

Kami ke pusat bandar yang sangat sesak. Teksi cukup mudah, dan tambang pun murah. Bukan macam KL, nampak pelancong luar ( kena cekik lah ). Di pusat membeli belah kami tak nampak anak-anak muda yang melepak. Tak seperti di Malaysia. Ada saja kompleks membeli belah maka ada lah golongan anak muda yang melepak-lepak. Lepas tu kami singgah makan di kedai makan yang menyediakan hidangan kambing. Tak mahal pun makanannya.

Tuesday, March 9, 2010

Selamat sampai ke bumi ambia'




Alhamdulliah. Setelah penerbangan selama 10 jam , rombongan kami seramai 10 orang selamat mendarat di bumi ambia , Mesir.

Berlepas jam 12.30 malam dari KLIA, rombongan diketuai oleh PJ PAS Perak, Ust Abu Bakar Hussain. Turut serta DS Nizar Jamaluddin, Hj Asmuni Awi, Khalil Idham Lim, Hj Azlan Jamaluddin dan Ust Fakhrurazi mewakili Dewan Pemuda PAS Perak. Turut sama isteri DS Nizar serta isteri Hj Asmuni Awi.

Kami mempunyai jadual yang sangat ketat di sini. InsyaAllah satu ceramah umum akan diadakan di sini.

Untuk berita yang lebih terkini boleh melayari blog cinaislam.blogspot

InsyaAllah selepas empat hari kami di Mesir, kami akan meneruskan misi ke Jordan dan UK. Semoga semua berjalan lancar.

Monday, March 8, 2010

Mencari pengalaman baru


Jauh berjalan, luas pandangan.

InsyaAllah hari ini saya akan memulakan perjalanan ke bumi ambia' iaitu Mesir , Jordan dan seterusnya ke UK. Harapan agar perjalanan akan selamat pergi dan balik. Rombongan seramai 10 orang diketuai oleh PJ Perak.

Moga-moga misi bertemu pelajar Malaysia di sana mencapai natijahnya.

Mohd Azhar 8 Februai 2010