Saturday, February 27, 2010

Syukur kepada Allah.




Terima kasih kepada sahabat-sahabat. Sumbangan kalian amat bermakna bagi kelancaran program. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.

Alhamdulillah....... itulah ungkapan yang keluar dari kebanyakan jawatankuasa induk Majlis Makan Malam Bersama DS Nizar Jamaluddin pada 26 Februari 2010. Penat lelah lebih 3 minggu membuahkan hasil yang cukup baik. Dengan jumlah meja yang terjual sebanyak 130 meja menjangkau 80% sasaran yang ditetapkan. Justeru KPI Kawasan bagi menjayakan program ini adalah baik.

Melihatkan kesungguhan semua pihak bagi menjayakan program ini, tidak mustahil bagi semua petugas serta jentera parti dapat mengorak langkah seterusnya bagi mengekalkan kemenangan DUN Changkat Jong kepada Pakatan Rakyat.

Maka semua petugas parti akan menggiatkan lebih banyak program mendekati masyarakat dan seterusnya menjuarai segala bentuk isu masyarakat. PAS dan Pakatan Rakyat kini dilihat amat relevan untuk menggantikan UMNO / BN walaupun UMNO sedang giat mempromosi UMNO JUARA RAKYAT.

Petang tadi ketika dalam perjalanan ke Ipoh bagi menghadiri mesyuarat Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, disepanjang perjalanan dapat dilihat cukup banyak banner program UMNO JUARA RAKYAT !!! Benarkan UMNO JUARA RAKYAT atau UMNO JUAL RAKYAT !!!

Oleh itu pesanan saya selaku Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Teluk Intan agar jentera parti diperingkat UPU meneruskan usaha bertemu rakyat serta mengambil berat tentang rakyat. Jangan jadi macam UMNO yang memperbodohkan dan memperkudakan rakyat. Kitalah sebenarnya JUARA RAKYAT !!!