Saturday, May 15, 2010

QIAMULLAIL PERDANA

QIAMULLAIL PERDANA

TARIKH : 16 MEI 2010 AHAD

BERMULA : 4.45 PAGI

TEMPAT : MARKAS PAS , KG PADANG TEMBAK,
TELUK INTAN

TETAMU : DATO SERI MOHD NIZAR JAMALUDDIN

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.

DS NIZAR DI TELUK INTAN AHAD INI

Dato Seri Nizar Jamaluddin akan bersama menyertai program Qiamullail mingguan anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Teluk Intan bertempat di Markas PAS Kawasan Teluk Intan .

Ahad 16 Mei 2010 bermula jam 4.45 pagi DS Nizar akan turut sama dan seterusnya akan menyampaikan kuliah subuh. Ini merupakan julung kalinya DS Nizar bersama dalam program Qiamullail PAS Kawasan Teluk Intan.

Adalah diharapkan kehadiran yang memberangsangkan di kalangan ahli serta pendokong PAS di sekitar Teluk Intan.

Wednesday, May 12, 2010

Kezaliman yang berterusan oleh si pemerintah

Mashitah satu nama yang istimewa. Bau wangi yang tercium oleh Rasulullah saw semasa peristiwa Isra’ Mikraj datangnya dari kubur Mashitah.

Mashitah bertugas sebagai tukang sikat rambut. Majikannya adalah Firaun laknatullah. Mashitah sekeluarga dihukum kerana mempertahankan perjuangan iman. Bayi yang dibenarkan oleh Allah berkata-kata adalah anak Mashitah. Bayi ini menyatakan kepada ibu agar mempertahankan iman perjuangan. Akhirnya Mashitah sekeluarga terkorban demi mempertahankan perjuangan iman. Kezaliman Firaun berterusan kepada mereka-mereka yang benci kepada perjuangan iman.

Zaman moden ini, kezaliman terus berlaku. Perjuangan iman pasti mendapat tentangan. Namun peristiwa Mashitah memberikan ransangan buat pejuang demi mempertahankan kebenaran yang di bawa oleh Islam.

Sudah dua minggu, sahabat ku ditukarkan jauh dari keluarga tersayang. Anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini rasa tertekan dek kerana berpisah agak jauh dengan bapa tercinta.

Sahabat ku ........ kuatkan semangat. Kami semua mendoakan kesejahteraan ke atas keluargamu. Kami yakin keluargamu juga mempunyai kekuatan semangat bagi menempuh dugaan ini. InsyaAllah kejayaan cemerlang menanti anak-anakmu. Kami panjatkan doa buat kejayaan mereka.

Ditukarkan dari Teluk Intan ke Cheras dek kerana tulisan dalam blog. Tulisan mu amat tajam buat mereka yang melakukan kezaliman. Tulisan setajam mata pedang tidak mampu dibalas dengan hujah ..... tapi dibalaskan dengan kuasa yang ada pada mereka. Sementara mereka berkuasa ............. tapi bila Putrajaya milik kita ...... keadilan kepada semua akan menjadi keutamaan kita.

Justeru ......... teruskan perjuangan ....... walau dimana kita berada.