Saturday, April 10, 2010

YB Anuar masih di wad 2 D Hospital Teluk Intan

Jam 9.30 malam tadi, saya menghubungi Kak Faridah ( isteri YB Anuar ) bertanyakan keadaan kesihatan YB. Alhamdulillah beliau kata hari YB tak muntah seperti semalam. YB sedang berihat ketika ini. Saya bertanyakan sahabat-sahabat dan rakyat yang datang menziarahi YB. Beliau kata ramai yang datang.
Saya masih belum menziarahi YB kerana ingin memberikan ruang YB untuk berehat. Sebenarnya sejak menjadi wakil rakyat, YB sememangnya terlalu letih. Ruang untuk berehat terlalu terhad. Oleh itu berilah ruang untuk beliau berehat seketika !
Mari sama-sama kita mendoakan agar YB cepat sembuh.