Friday, April 23, 2010

Debaran Hulu Selangor.

Ahad 25 April 2010 merupakan satu lagi tarikh keramat buat rakyat yang cintakan keadilan. Selepas 'victory' Bukit Gantang yang memberikan impak kepada politik Malaysia, kini Hulu Selangor akan turut menempa 'victory' yang kedua.
Bagi PR kemenangan di Hulu Selangor memberikan erti yang cukup besar. Di tengah-tengah rakyat yang hauskan keadilan dari segenap sudut Hulu Selangor muncul menjadi medan pertarungan. Kemenangan PR akan memukul BN hingga ke perusuk yang sukar bagi mereka untuk bangkit semula. Najib / Muhyiddin sudah tidak ada erti buat BN andainya BN tumpas di Hulu Selangor.

Justeru BN menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi menjayakan misi mereka. Polis, SPR , SPRM dan banyak lagi agensi kerajaan diperalat sepenuhnya oleh BN dalam kempen PRK Hulu Selangor. Bagi agensi ini, apa yang dilakukan oleh BN adalah sah dan betul di sisi-sisi undang-undang. Tetapi apa yang dilakukan oleh PR, semuanya salah dan tak kena di sisi-sisi undang-undang.

Oleh itu, adalah amat diharapkan kepada pengundi Hulu Selangor, khususnya pengundi Melayu, jadikan undi anda sebagai alat untuk mengajar segala tindakan jelek BN ini melalui pensel yang akan memangkah pada hari Ahad ini.
Mulakan dengan niat untuk menegakkan kebenaran dengan memangkah calon PR Datuk Zaid Ibrahim dan marilah kita lenyapkan keangkuhan BN bermula di Hulu Selangor .

Selamat Mengundi.

Thursday, April 22, 2010

Penjelasan.

Setelah menerima banyak panggilan bertanyakan kenapa website / blog **tan*ij*au tak boleh nak access / buka, maka terpaksalah saya menjelaskan kepada mereka. Kesian para pengunjung / peminat blog tersebut.
Saya menjelaskan kepada mereka betapa JAHAT nya UMNO melalui kuncu-kuncu yang tidak bermoral itu. Setelah UMNO tak mampu nak berhujah , mereka main taktik kotor. Lapor kepada mangkuk-mangkuk yang tak berprinsip.
Tapi jangan bimbang, mereka merancang ! Allah juga merancang. Perancangan Allah yang terbaik.
InsyaAllah blog ini akan muncul semula nanti !!! Teruskan perjuangan wahai sahabat ku !!! Depa kacau kita hari ni, nanti Allah kacau depa pulak !

Monday, April 19, 2010

ucapan penangguhan Ydp kaw



ust ismail sedang menyampaikan ucapan penangguhan dengan cara yang cukup menarik dan bersahaja.

Gambar perasmian



Ucapan perasmian.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kaw. Teluk Intan kali ke 36





T Intan 19 April :
Gabungan seluruh kekuatan yang ada dalam parti merupakan resipi utama kejayaan PAS Teluk Intan sehingga mampu memenangi kerusi dalam pilihanraya yang lalu. Dengan penampilan yang cukup meyakinkan ini, masyarakat kini meyakini akan kemampuan PR mentadbir negara. Demikian kata-kata perangsang Dr Khairudin Dato Abd Malik ketika merasmikan mesyuarat agung kawasan Teluk Intan hari ini.