Friday, January 29, 2010

Solat Hajat



Sebahagian daripada pencinta kebenaran yang hadir.


Alhamdulillah. Sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat supaya diadakan solat hajat serentak seluruh negara, maka PAS Kawasan Teluk Intan melaksanakan arahan tersebut sebaik mungkin.

Sebelum masuk waktu solat isya, markas kawasan menerima kehadiran para pencinta kebenaran yang cukup ramai.

Solat Isya dan solat hajat telah dipimpin oleh Ketua Urusan Ulama Kawasan Teluk Intan diikuti dengan doa yang cukup relevan dengan himpunan tersebut.

Selepas itu program diteruskan dengan penjelasan beberapa isu tempatan dan nasional oleh pimpinan PAS Kawasan termasuk Ketua Pemuda kawasan, Pengarah Pilihanraya Kawasan dan YDP Kawasan. Program telah dikendalikan dengan cukup baik oleh Timbalan YDP Kawasan.

Tuesday, January 26, 2010

9 Februari 2010

Februari 2010 ini genap setahun kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dirampas secara haram oleh BN. Sepanjang setahun ini cukup banyak benda haram berlaku dalam Negeri Perak.

Kini perhatian rakyat seluruh negara, malah dunia menantikan tarikh 9 Februari 2010 hari Selasa . Beranikah !!! 5 hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tanpa adanya tangan-tangan ghaib di belakang yang boleh mempengaruhi keputusan mereka. Sanggupkah mereka menerima risiko atas keputusan yang akan mereka ambil !! Satu persoalan yang masih belum terjawab. 3 bulan untuk membuat keputusan yang sangat penting ini. Keputusan yang akan menjadi rujukan untuk kes-kes yang seterusnya di masa akan datang.

Rakyat mengharapkan satu keputusan yang adil dari kamar hakim yang bersidang. Institusi kehakiman akan tercemar andainya keadilan tidak diperolehi.

Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan , kemakmuran dan keadilan dapat dikembalikan.

Semua dipohon untuk menunaikan solat hajat, munajat dan berdoa untuk kemenangan kita bersama.

AL FATIHAH


Ust Bakar menyempurnakan talkin di tanah perkuburan Kg Melayu.

Malam tadi ada usrah bulanan Rapat Jaya Tambahan Ipoh. Malam tadi buat kat markas cawangan. Bulan lepas buat kat rumah Pak Ya. Sebelum usrah mula, ahli usrah ( Hj Medi ) bagi tahu Hj Osman dah terlalu uzur dan berhajat sangat nak jumpa. Aku terus ke rumah Hj Osman dan sempat berjumpa dengan beliau. Dalam keadaan menangis Hj Osman mohon ampun maaf banyak2 kerana dah lama tak dapat datang usrah kerana uzur.

Malam tadi aku sampai agak lewat ( dlm 9.30 mlm ). So tak sempat nak ziarah Hj Osman. Habis usrah lewat sikit jam 11.00 mlm. Tak sampai hati nak ganggu Hj Osman. Sampai rumah jam 1.30 pagi.

Pukul 2.30 pagi dapat mesej dari Ust Bakar ( PJ PAS Perak ) dan Hj Wahed ( Ketua PAS Cawangan )..... Hj Osman baru saja meninggal. Inna lillahi wainna ilai hiroji'un.

Siapa Hj Osman.

Hj Osman atau Wak merupakan penggerak / aktivis PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan yang sangat gigih. Sesuai dengan title bekas pesara Bank Hong Leong , beliau merupakan Bendahari PAS Cawangan Rapat Jaya yang pertama. Bahagian hadapan rumah beliau telah dijadikan sebagai bilik gerakan dan markas PAS Rapat Jaya Tambahan. Di waktu PAS baru bertapak di Rapat Jaya Tambahan , maka rumah beliaulah dijadikan tempat kami bergerak.

Setelah PAS berkembang dengan baiknya di Rapat Jaya Tambahan, beliau telah melepaskan jawatannya kepada Abg Haris Hussan sehinggalah ke hari ini. Apa yang menakjubkan kami di peringkat cawangan , walaupun mata Hj Osman makin rabun, ianya tidak melemahkan pergerakkan beliau. Setiap kali operasi memasang bendera PAS di seluruh kampung khususnya bila dekat dengan pilihanraya, Hj Osman mesti turut serta. Beliau bukannya nampak sangat..... tapi beliau tetap memberikan semangat kepada kami. Jam 2 , 3 pagi pasang bendera.... Hj Osman mesti ada sama.

Kini PAS Rapat Jaya Tambahan kehilangan seorang yang sangat gigih dalam perjuangan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Beliau selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Melayu jam 11.15 pagi 10 Safar 1431 dan talkin telah disempurnakan oleh Ust Hj Abu Bakar Hussain PJ PAS Perak yang merupakan jiran beliau di Rapat Jaya Tambahan

Sunday, January 24, 2010

Rakyat mahu DUN Perak dibubarkan.

Malam tadi ceramah Road Show Pakatan Rakyat berlangsung di Teluk Intan. Walaupun hebahan program hanya sempat dilakukan tak sampai 24 jam, namun kehadiran agak memuaskan.

Dengan barisan penceramah yang terdiri dari YB V Sivakumar , YB Khalil Idham Lim dan YB Anuar Sudin, orang ramai yang hadir rata-rata puas hati mendengar penjelasan daripada para penceramah.

Program penerangan akan diteruskan khususnya di DUN Changkat Jong bagi menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku di Negeri Perak.

Hari Ahad 24 hb Januari 2010 akan diadakan majlis dailog bersama penduduk Kg Esso bagi tujuan menjelaskan perkembangan sebena yang berlaku di Negeri Perak.

Kenapa boleh berlaku ???

Hampir seminggu internet tak boleh access..... pihak TM telah dihubungi... Sebanyak 5 report telah dibuat. Baru petang tadi nampaknya line okey....

Jawapan yang diberikan oleh pihak TM ......... kabel kena curi !!!! Alasan yang sudah sebati bila ada masalah !

Harap-harap lepas ni ..... kabel tak kena curi lagi....
Kabel kena curi tak lah pelik sangat !!!!

Bila enjin Jet F5E hilang ...... ini pelik ?????

Tapi bila 1 Malaysia ....... semua boleh jadi !!!!!