Saturday, January 2, 2010

Liqa' Pertama - Penuh keinsafan

Liqa'ul Fikr yang pertama untuk tahun 2010 berlangsung di Musolla Al Ehsan Paya Renggam semalam ( 1 Jan 2010 ). Pengisian kali ini dilakukan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut sama dalam program kali ini ialah Tuan PJ PAS Perak, Timbalan2 PJ, SU Perhubungan, Bendahari Perhubungan, Ketua Penerangan , semua YB PAS Perak, hampir 85% YDP kawasan2 serta pimpinan PAS seluruh negeri Perak.

Liqa' kali berlangsung dalam suasana penuh emosi dengan sedu tangis dikalangan para peserta kerana Naib Presiden telah menyentuh tajuk Adabul Ikhtilaf ( adab dalam perbezaan pendapat ). Sentuhan serta peringatan yang dibawa melalui perjalanan Sirah Rasulullah saw benar-benar menyentuh jiwa nurani para peserta. Pengajaran dari Perang Hunain, Perang Badar,Perang Ahzab , agihan ghanimah perang serta beberapa pengajaran lain dikupas serta dikaitkan dengan realiti semasa yang melanda jemaah masa kini cukup memberi impak yang amat mendalam.

Adalah diharapkan agar semua kepimpinan yang hadir dalam Liqa kali ini dapat menghayati serta melaksanakan harapan yang dibawa oleh Naib Presiden PAS tersebut.