Thursday, September 11, 2008

Sayangilah kami .....





Petang tadi aku berkesempatan mengunjungi Rumah Anak Yatim & Miskin ( perempuan ) BARAKAH di Kg Batak Rabit, Teluk Intan.

Kunjungan ku di sambut dengan penuh keriangan penghuni rumah tersebut yaang terdiri dari 10 orang anak perempuan berusia dalam lingkungan 7 ke 11 tahun. Terbayang di raut wajah anak kecil ada yang tanpa ibu, ada yang tanpa bapa dan ada yang miskin. Aku sempat menyelami isi hati mereka yang rata-ratanya rindukan kasih sayang baik dari ibu mau pun bapa. Aku memberikan dorongan kepada mereka agar belajar bersungguh-sungguh kerana dengan ilmu sahajalah kita akan menjadi insan yang berguna. Ketaatan kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya mesti dijadikan amalan.

Aku seterusnya menyampaikan sumbangan sahabatku sdra Muzafar Razman yang telah sudi memberikan sumbangan berupa beras,susu,gula dan milo kepada penghuni rumah anak yatim tersebut. Semoga Allah membalas segala sumbangan ikhlas yang telah dihulurkan itu.

Kepada teman-teman ku yang menikmati kesenangan yang Allah kurniakan......... renungi serta selami lah hati anak-anak yang masih kecil ini........ ziarahilah mereka...... bantulah mereka dan sayangilah mereka ..........




Suasana Ceria !!!!!

Aku bercuti selama 3 hari mulai 9 hingga 11 Sept. 2008. Kerana memberi semangat untuk anak ku yang menduduki peperiksaan UPSR 2008. Setelah tiga hari berturut-turut anak ku menjalani peperiksaan tersebut, maka jam 12. 55 tengahari tadi maka bersoraklah para pelajar tahun 6 SK Seri Setia, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan. Yeeeeeeeee........... Tum ! Tum ! Tum ! Bunyi mercun kedengaran di kawasan meletak basikal murid-murid !!!!

Persoalannya ............. kenapa agaknya permainan mercun ini tak dapat dibenteras ye !!! Kenapa para peniaga masih menjual benda yang tak berfaedah ini !!!! Sebagaimana saranan YAB Menteri Besar Kelantan agar penjual mercun dikenakan tindakan , sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib, khususnya pihak polis.

Malang rasanya ....... sampai di kawasan sekolah pun boleh kedengaran bunyi mercun !!!!!

Aku terus mengambil anak ku pulang ke rumah..... Ceria je air mukanya. Sebelum menaiki kenderaan , aku menyuruh anak ku bergambar dengan rakan-rakan karibnya. Apa lagi..... posing le mereka....... Aku berdoa agar mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang , setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. Kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan kejayaan anak didik mereka, kuucapkan jutaan terima kasih, semoga usaha kalian diberi ganjaran pahala oleh Allah swt.

Bersama rakan karibnya Irdina Wani ( yang banyak membantunya )

Melangkah keluar dari SK Seri Setia selepas selesai UPSR



Bersama teman karibnya …. Dari kiri : Najwa , Irdina …….

Monday, September 8, 2008

Kenapa boleh berlaku ?????

Malam tadi setelah selesai mengimamkan solat terawih di Masjid Kg Banjar, aku terus pulang ke rumah. Kebiasaannya aku akan terus ke Surau Taman Intan Mas untuk bersama bertadarus dengan kumpulan remaja. Tapi malam tadi aku terus pulang ke rumah. Setiba di rumah , aku menerima panggilan telefon dari kakak ipar ku bertanyakan arah rumah adik iparnya di Kg Bahagia. Aku bertanya kenapa? Katanya ada kematian.

Aku terus ke tempat yang dijanjikan bersama isteriku. Kami bertemu di Taman Sri Murni dan terus kerumah yang dimaksudkan iaitu di Taman Sri Bahagia. Setibanya kami disitu , telah kelihatan ramai saudara mara dan jiran tetangga. Kelihatan juga ADUN Sg Manik merangkap Ketua Pemuda UMNO Perak.

Takziah kepada Cikgu Zulfitri ( guru SMK Seri Perak ) kerana kehilangan isteri tersayang iaitu Allahyarhamah Cikgu Akma Liza ( guru SK Perwira Teluk Intan ) yang terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan menghadiri kuliah untuk pengajian Master beliau di UPSI Tanjung Malim. Dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 2 ptg Jumaat tersebut, kereta Toyota Avanza yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah pihak-pihak yang mengambil kesempatan keatas kemalangan yang berlaku. Aku difahamkan seluruh barang kemas yang ada di badan termasuk gelang tangan, rantai leher, cincin hinggakan subang di telinga yang terselindung di belakang tudung kepala pun turut hilang. Bayangkan insan yang sanggup melakukan perkara ini. Dimana nilai kemanusiaan yang ada pada insan tersebut. Dikala insan yang menderita kesakitan yang membawa kepada kematian, ada insan yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Hal ini mesti diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib. Beg pakaian diselongkar, komputer riba dicuri dan banyak lagi...... Kenapa perkara ini boleh berlaku ?????

Harapan ku agar para pembaca dapat menyedarkan masyarakat melalui dakwah di mana-mana anda berada tentang peri pentingnya nilai-nilai kemanusiaan tak kira apa jua agama yang dianuti. Sekiranya yang melakukan perkara tersebut adalah orang Islam...... di mana nilai puasa yang sedang dilakukan. Sekiranya yang melakukannya seorang bukan Islam, di mana nilai kemanusiaan mu...........