Monday, March 16, 2009

Takut .............

Pokok Sena yang mencatat sejarahnya yang tersendiri.

Sebelum ini terdapat plak yang dicatatkan peristiwa bersejarah 10 Mac 2009.
Tapi pagi tadi 15 Mac 2009 , plak tersebut telah dikorek oleh MBI

Semasa pulang dari Kuala Krai Kelantan, aku singgah di Ipoh untuk mengambil 2 orang anak perempuanku di Ulu Kinta. Dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan, aku nak tunjukkan kepada isteri dan anak-anakku tempat berlakunya Persidangan DUN yang cukup bersejarah di Negeri Perak pada 10 Mac 2009 lalu....

Tapi hampa rasanya...... plak yang mencatatkan peristiwa bersejarah itu telah dikorek....... semasa aku sedang mengambil gambar, lalu seorang pemuda Cina ..... " Itu MBI punya kerja.... dia sudah korek dan buang ...... tak apa .... nanti kita ganti lain " katanya dan terus beredar... Ramai juga yang datang untuk melihat plak tersebut... tetapi hampa......

Hairan sungguh....... BN nampak macam kuat sangat !!!! Tapi dengan plak dan pokok Sena pun depa takut !!!! Aku rasa minggu depan Zamry dan kuncu-kuncunya akan minta MBI korek pokok tu pulak agaknya ! Kalau dengan benda tak bernyawa pun depa takut ....... dengan rakyat ..... mesti lebih takut.....

Mana tidaknya...... pergi kemana-mana kena pakai escot polis depan belakang. Pergi masjid pun kena pakai escot..... Takutttttttt...............

1 comment:

  1. begitu la beratnya tanggungjawab kita utk menyedarkan mereka bhw kita perlu takut pada ALLAH shj. apabila nilai ALLAH tidak diletak pada tempat yg sebenar, maka lahirlah manusia yg takut pd manusia. mereka tidak paham nilai akhirat lebih tggi drpd nilai dunia...

    ReplyDelete