Saturday, April 4, 2009

Hebatnya cabaran .......

Malam tadi saya berceramah dengan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Sdr Sani Hanizan. Lokasi ceramah ialah di Kg Permatang Raja Pantai Remis dalam DUN Trong. Kampung ini agak jauh ke dalam dari jalan utama. Dalam PRU 12 PAS kalah di tempat ini.

Alhamdulillah sambutan penduduk tempatan agak baik. Cuaca pun baik. PA system pun baik. Tuan rumah Tn Hj Nordin pun baik. Cuma ........... ada satu yang tak baik.

Penghuni depan rumah tempat kami berceramah.

Sebaik sahaja pengerusi majlis membuka majlis ................ Muzik irama 60-an telah dipasangkan sekuat-kuatnya. Kalau kami yang duduk di rumah Hj Nordin dengar dengar dengan kuat, cuba bayangkan orang yang mendengar di dalam rumah tersebut. Memang sah penghuni rumah tu tak ada nilai menghormati orang lain.

Kami meneruskan ceramah kami dengan diiringi muzik 60-an yang cukup kuat. Tapi alhamdulillah sikap pendengar ceramah kami yang terdiri dari anak muda dan orang dewasa sangat baik.

Saya nyatakan dalam ceramah saya, kita jangan bertindak melulu. Kita sama-sama doakan sahaja agar Allah membuka hatinya dan menggerakkan tangannya nanti memangkah bulan pada hari mengundi nanti. Program kami ditamatkan jam 11.15 malam. Muzik masih kedengaran dengan kuat memecahkan kedamaian suasana malam di Kg Permatang Raja.

Begitulah hebatnya cabaran kami untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Dah lah ceramah dihadkan hingga jam 11 malam, Harakah digantung ( walaupun PM ke 6 ) dah membenarkannya diterbit semula, gangguan dari pelbagai pihak .......... namun itu semua tetap tidak akan mematahkan semangat juang para petugas Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan.

Doakan kemenangan calon kita DS Ir Mohamad Nizar mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Bukit Gantang kali ini. Takbir !!!!

No comments:

Post a Comment