Tuesday, January 26, 2010

AL FATIHAH


Ust Bakar menyempurnakan talkin di tanah perkuburan Kg Melayu.

Malam tadi ada usrah bulanan Rapat Jaya Tambahan Ipoh. Malam tadi buat kat markas cawangan. Bulan lepas buat kat rumah Pak Ya. Sebelum usrah mula, ahli usrah ( Hj Medi ) bagi tahu Hj Osman dah terlalu uzur dan berhajat sangat nak jumpa. Aku terus ke rumah Hj Osman dan sempat berjumpa dengan beliau. Dalam keadaan menangis Hj Osman mohon ampun maaf banyak2 kerana dah lama tak dapat datang usrah kerana uzur.

Malam tadi aku sampai agak lewat ( dlm 9.30 mlm ). So tak sempat nak ziarah Hj Osman. Habis usrah lewat sikit jam 11.00 mlm. Tak sampai hati nak ganggu Hj Osman. Sampai rumah jam 1.30 pagi.

Pukul 2.30 pagi dapat mesej dari Ust Bakar ( PJ PAS Perak ) dan Hj Wahed ( Ketua PAS Cawangan )..... Hj Osman baru saja meninggal. Inna lillahi wainna ilai hiroji'un.

Siapa Hj Osman.

Hj Osman atau Wak merupakan penggerak / aktivis PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan yang sangat gigih. Sesuai dengan title bekas pesara Bank Hong Leong , beliau merupakan Bendahari PAS Cawangan Rapat Jaya yang pertama. Bahagian hadapan rumah beliau telah dijadikan sebagai bilik gerakan dan markas PAS Rapat Jaya Tambahan. Di waktu PAS baru bertapak di Rapat Jaya Tambahan , maka rumah beliaulah dijadikan tempat kami bergerak.

Setelah PAS berkembang dengan baiknya di Rapat Jaya Tambahan, beliau telah melepaskan jawatannya kepada Abg Haris Hussan sehinggalah ke hari ini. Apa yang menakjubkan kami di peringkat cawangan , walaupun mata Hj Osman makin rabun, ianya tidak melemahkan pergerakkan beliau. Setiap kali operasi memasang bendera PAS di seluruh kampung khususnya bila dekat dengan pilihanraya, Hj Osman mesti turut serta. Beliau bukannya nampak sangat..... tapi beliau tetap memberikan semangat kepada kami. Jam 2 , 3 pagi pasang bendera.... Hj Osman mesti ada sama.

Kini PAS Rapat Jaya Tambahan kehilangan seorang yang sangat gigih dalam perjuangan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Beliau selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Melayu jam 11.15 pagi 10 Safar 1431 dan talkin telah disempurnakan oleh Ust Hj Abu Bakar Hussain PJ PAS Perak yang merupakan jiran beliau di Rapat Jaya Tambahan

No comments:

Post a Comment