Tuesday, January 12, 2010

Pelbagai Pandangan

Banyak pihak menghubungi aku berhubung dengan program ceramah yang akan diadakan pada hari JUmaat ini 15 Januari 2010 di Markas PAS Kawasan Teluk Intan. Penceramah undangan ialah Ustaz Akhil Hayy.
Ada yang mengatakan tak sesuai dijemput kerana isu perceraian dan perkahwinan beliau. Ada yang berpandangan beliau ada peminat yang tersendiri dan sebagainya.
Bagi aku, melihat dari aspek positif. Biarlah Ustaz Akhil jelaskan sendiri kedudukan beliau. Aku dah lama kenal Ustaz Akhil ni. Sejak kami dalam DPP Gopeng. InsyaAllah aku kenal hati budinya. Cuma bila bergelar artis semula ( tapi bukan dunia artis beliau sebelum ini "rock" ) pihak media dengan sifat mereka yang mencari publisiti melakukan sesuka hai mereka. Namun dalam keadaan begitu pun Ustaz Akil tetap membawa mesej dakwah dan jemaah di mana jua beliau berada.

Harapan ku agar program in tidak meninggalkan kesan yang negatif kepada perpaduan jemaah khususnya dalam PAS Kawasan Teluk Intan.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi .......

No comments:

Post a Comment