Saturday, March 13, 2010

Sambutan luar dugaan !!!!

Kaherah, 12 Mac :
Sambutan kepada wacana perdana bersama DS Nizar Jamaluddin malam tadi adalah amat luarbiasa. Pelajar Malaysia membanjiri Dataran Hayyu Asyir datangnya dari Tanta , Iskandariah , Mansurah ( yang jaraknya sekitar 2 jam perjalanan untuk sampai ke Kaherah ) serta sekitar Kaherah datang bagi mendengar secara langsung berhubung dengan kemelut politik Perak.
Program bermula dengan solat isya' berjemaah yang diimamkan oleh PJ PAS Perak, Ust Hj Abu Bakar HUssain. Selepas itu diadakan solat hajat yang diimamkan oleh DS Nizar Jamaluddin.
Ceramah bermula jam 8.30 malam dengan dipengerusikan oleh Sdri Zahidah yang berasal dari Bagan Datoh berjaya mengendalikan majlis dengan baik.Cuaca yang dingin dengan tiupan angin yang sejuk tidak menghalang kehadiran para mahasiswa dan mahasiswi untuk menunggu majlis dari mula hingga tamat.
Penceramah pertama Ust Fakhrurrazi Mokhtar,YB Khalil Idham Lim,Ust Abu Bakar dan diakhiri dengan YB DS Nizar.
Sesuatu yang amat menarik setelah DS Nizar selesai menyampaikan ceramah ialah diadakan lelongan T-shirt BUBAR DUN PERAK yang ditandatangani sendiri oleh DS Nizar. Bermula dengan bidaan 20 L.E yang mana akhirnya dibida dengan harga 500 L.E!!!!!.
Kutipan derma yang dilancarkan mampu mengumpul sejumlah 2500 L.E satu jumlah yang diluar jangkaan kerana yang hadir adalah terdiri dari golongan pelajar.
Rata-rata pelajar yang hadir kira-kira 1500 orang itu melahirkan rasa puas hati mendengar penjelasan sebenar apa yang berlaku di Negeri Perak.

** gambar sekitar program akan diupdate setelah saya kembali ke tanahair.

No comments:

Post a Comment