Sunday, April 25, 2010

Keputusan Hulu Selangor : Berbaloi kah ?

Calon BN memperolehi 24,997 , PKR 23,272 dengan lebih 700 undi rosak membolehkan BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725.

Fakta menunjukkan terdapat penambahan pengundi baru lebih 2000 orang bagi Parlimen Hulu Selangor ini. Pengundi orang asli turut bertambah dari 254 orang pada PRU 2008 kepada 1,063 dalam daftar pengundi yang digunapakai dalam PRK kali ini. Andaian mudahnya orang asli melahirkan anak sekitar 800 orang dalam tempoh 2 tahun dan terus berumur 21 tahun setelah 2 tahun dilahirkan !!!! ( logik ke ). Tapi itulah hakikatnya. BN menggunakan apa jua cara untuk merampas mana-mana kerusi yang dimenangi oleh PR dlm PRU 12 dalam undi yang tipis.

Kerja merampas secara haram ini memang kerja yang biasa bagi BN ( contoh rampasan kuasa di Perak ).

Reaksi TS Muhyiddin Yasin kurang senang dengan keputusan yang mereka perolehi di Hulu Selangor ini. BN mengharapkan majoriti yang diperolehi melebihi 5000 undi kerana jumlah wang serta projek yang telah ditaburkan kepada pengundi Hulu Selangor cukup banyak. Malangnya majoriti yang diperolehi cukup tidak berbaloi. Orang asli dan undi pos tetap menjadi talian hayat mereka.

Nampaknya PRU 13 Hulu Selangor akan kembali ke tangan PR sebagaimana berlakunya dalam PRK Ijok satu ketika dahulu !!!.

Kepada para pengundi diucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Kepada para petugas PR, tiada istilah kecewa bagi kita. Keyakinan kita BN akan tumbang dalam PRU ke 13 nanti.

Teruskan Perjuangan menegak KEADILAN & KEBENARAN .

No comments:

Post a Comment