Friday, September 24, 2010

Terima kasih DS Nizar

Saya menyatakan keadaan bonda setelah 6 hari menjalani pembedahan usus.



Bonda membisikkan di telinga saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian DS Nizar menziarahi bonda malam tadi ( khamis ). Walaupun padat dengan pelbagai program yang telah disusun oleh Pejabat ADUN Pasir Panjang, namun DS Nizar sempat hadir untuk menziarahi bonda saya yang terlantar di Hospital Seri Manjung sejak 8 hari yang lalu. Kunjungan DS sedikit sebanyak menghibur hati bonda.

DS Nizar meluangkan kira-kira 30 minit di wad 6 Hospital Seri Manjung setelah menghadiri majlis sambutan Hari Raya di Surau Kg Permatang. Kehadiran DS Nizar mengejutkan kakitangan khususnya di wad 6. DS Nizar mengambil peluang menziarahi sambil bertanya khabar semua pesakit lelaki yang terlantar di wad 6. DS Nizar diiringi oleh Pegawai Khas beliau Sdr Midun serta beberapa petugas di Pejabat DUN.

Terima kasih sekali lagi kepada DS Nizar atas kunjungan beliau.

1 comment:

  1. semoga Allah Memberkati dan Merahmati pemimpin yang baik sebegini. Marilah kita berdoa semoga Allah S.W.T. mengurniakan kita lebih ramai pemimpin yang baik begini dan semoga Allah melenyapkan pemimpin2 yang telah menzalimi kita selama ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN. TAKBIR!!!

    ReplyDelete