Sunday, December 5, 2010

ISU BANTAHAN AIR DI SELANGOR ...... Mesti baca !!!

Kepada semua Rakyat Malaysia !!!!

Artikel ini agak kasar , tapi fikir dan buat keputusan selepas membacanya.

UMNO / BN mesti ditolak jika rakyat inginkan keadilan dan bebas dari KEZALIMAN BN !

Kisah rompakan

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, Umno telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Umno telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidakkah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

Rompakan ini cukup licik - orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaun yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang diswastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh!

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Inilah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Rahsia sudah kantoi

Hanya apabila kerajaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia. Rahsia Syabas sudah kantoi!

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal di mana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk dijadikan hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 ( kerajaan BN memerintah Selangor ) apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ia telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmahan. Bukti ini muncul daripada laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa: bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM5.1 juta setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau RM5 juta ini duit lima sen - sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu daripada laporan audit ini, syarikat Syabas ini telah memberikan 72 peratus kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat kroni melalui rundingan 'sap sap sui'. Juga daripada laporan yang sama telah diketahui bagaiman RM325 juta 'tenggelam lesap' entah ke mana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur hebat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta.

Kembalikan hak rakyat

Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa? Seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik - adalah di antara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Justeru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad ini, warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang di-Pertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetia-kawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api elektrik
dan hospital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.

1 comment:

  1. BUKAN MENGAJAR ITIK BERENANG TAPI HANYA SEKADAR JADI PANDUAN, ISU BANTAHAN AIR IBARAT KATA LAGU BENCI TAPI RINDU PANDAI TAPI BODOH, PEMIKIRAN ORANG SEPERTI INI ADALAH MEMUSNAHKAN DAN MENGHIANATI NEGARA BANGSA AGAMA DAN SAUDARANYA SENDIRI, INI LAH DIKATAKAN MANUSIA YANG TAK TAHU BERSUKUR DENGAN SEGALA PEMBERIAN ALLAH, KALAU KITA SEBAGAI MANUSIA YANG BERTAMADUN DAN PUNYA PENGETAHUAN DAN PELAJARAN YANG TINGGI, JANGAN KITA PIKIR KITA PUNYA PELAJARAN YANG TINGGI SEMUANYA KITA TAHU, KITA SEHARUSNYA BERPIKIRAN TERBUKA DAN TAHU BAHAWA KALAU SE-SEORANG ITU MENJADI PEMIMPIN TIDAK SEMESTINYA DIA TERUS PANDAI DAN TAHU, BEGITU JUGA KITA SEBAGAI RAKYAT YANG BERBILANG KAUM DI MALAYSIA INI,CONTOH LAH KALAU KITA MULA MENJALANKAN SATU PERNIAGAAN TIDAK SEMESTINYA APA YANG KITA USAHAKAN ITU BETUL DAN TERUS BERJAYA, BEGITULAH JUGA SEORANG PEMIMPIN IA MESTI MULA BELAJAR DARI KESILAPAN, DAN DARI KESILAPAN ITULAH IA BELAJAR DAN TAHU DAN KEMUDIANNYA BARU LAH IA BUAT KERJA YANG BETUL DAN TAK AKAN BUAT KERJA YANG SALAH LAGI, SEBENARNYA AIR INI KITA SEMUA UMAT MANUSIA DI MUKA BUMI INI MIMANG PUN SEMUA ADA HAK KERANA SEMUANYA ITU ADALAH PEMBERIAN ALLAH, CUMA KITA INI YANG TIDAK TAHU BERSUKUR KEPADA ORANG YANG TELAH MEMBUAT KERJA PENYALANGERAAN UNTUK MENYALURKAN AIR DARI RUMAH KE RUMAH DENGAN HARAPAN KERAJAAN, RAKYAT TAK SUSAH LAGI MENGANGKUT AIR DARI SUNGAI ATAU TELAGA UNTUK KEPERLUAN HARIAN, APA SEBENARNYA HAK KITA YANG TELAH DI ROMPAK DAN DI SAMUN OLEH BN ATAU KERAJAAN, MANA-MANA KERAJAAN TAK ADA LAH YANG MENYUSAKAN RAKYATNYA SENDIRI MELAINKAN RAKYATNYA SENDIRI YANG MENYUSAKAN KERAJAAN, SAUDARA DAN SAUDARI SEMUA BANGSA MALAYSIA JANGANLAH TERPADAYA OLEH PEMIKIRAN YANG JAHAT DAN TAK ADA HASILNYA SAMASEKALI, BERSUKUR LAH KITA KERANA NEGARA KITA YANG TERCINTA INI AMAN MAKMUR SERTA MERDEKA WALAU PUN RAKYATNYA BERBILANG KAUM, APA LAGI YANG KITA MAHU SEMUA KAUM YANG BERBILANG BANGSA DAN AGAMA DA ADA MEWAKILI KITA DALAM PARTY KERAJAAN MAHU PUN PARTY PEMBANGKANG, PEMIKIRAN KITA YANG HARUS DULU LEBIH MERDEKA BARU LAH NEGARA KITA MALAYSIA INI BETUL-BETUL MERDEKA.

    ReplyDelete