Monday, September 15, 2008

Cawangan IPF Ulu Bernam di bubarkan.

YB ADUN Changkat Jong Hj Mohd Anuar Sudin sedang menyampaikan
Tazkirah di Masjid Ulu Bernam sebelum solat terawih.

Sesi penerangan kepada Kelab Penyokong PAS Ulu Bernam
sedang di sampaikan oleh Naib YDP Teluk Intan Sdra Ahmad Kabir

Sebahagian daripada ahli IPF Ulu Bernam yang telah membubarkan
cawangan IPF Ulu Bernam ( jurucakap IPF Sdra Surya berbaju batik )

Sesi ramah mesra YB Changkat Jong bersama penduduk Kg Sg Samak

Seramai lebih 50 orang ahli IPF Cawangan Ulu Bernam telah mengambil keputusan keluar parti seterusnya menyertai Kelab Penyokong PAS Teluk Intan. Menurut jurucakap mereka Sdra Suryanarayanan , keputusan mereka keluar parti diambil kerana mereka amat kecewa dengan pimpinan parti yang tidak pernah mengambil hirau dengan mereka. Pemimpin IPF tidak pernah mengambil tahu masalah yang mereka hadapi.

Baru-baru ini telah diadakan satu majlis perasmian Kelab Penyokong PAS Cawangan Ulu Bernam bertempat di perkarangan Masjid Ulu Bernam bersempena majlis berbuka puasa bersama ADUN Changkat Jong YB Hj Mohd Anuar Sudin. Dalam ucapan perasmian tersebut, YB Hj Mohd Anuar telah menjelaskan dasar-dasar perjuangan PAS serta dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak yang mana masalah rakyat yang bukan Islam tidak akan dipinggirkan oleh pemerintah.

Beliau turut menyatakan kepada ahli-ahli Kelab Penyokong PAS agar dapat berhubung dengan ketua kampung serta pimpinan PAS tempatan sekiranya mereka mempunyai sabarang masalah.

Setelah selesai menunaikan solat terawih di Masjid Ulu Bernam, YB berkesempatan bertemu pula dengan penduduk Kg Sungai Samak dalam satu majlis ramah mesra. Kunjungan beliau amat disenangi oleh penduduk tempatan kerana sebelum ini wakil rakyat BN hanya menemui penduduk kampung semasa musim pilihanraya sahaja. Inilah yang dilakukan oleh wakil rakyat BN hampir 50 tahun. Kegembiraan mereka ditambah pula dengan berita berhubung peruntukan untuk menurapkan jalan di kampung tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Mereka cukup gembira dengan pemerintahan Pakatan Rakyat yang menunaikan apa yang dijanjikan semasa kempen pilihanraya ke 12 yang lalu. Mereka menyatakan sokongan padu mereka kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat.

No comments:

Post a Comment